EPILOG

3.1K 160 135
                                    

10 tahun kemudian....

" Mama, mama! " jerit Park Dowoon. Dia berlari kedalam rumah lantas memeluk mamanya daripada belakang.

" Eh kenapa ni? " soal Jeongyeon. Dia yang baru nak memasak, tergendala kerana dipeluk oleh Dowoon, anaknya dengan Jinyoung.

" I found a letter. In your room. " kata Dowoon. Berkerut muka Jeongyeon lantas bahu anaknya yang berusia 9 tahun itu dipegang.

" Surat apa? "

" I don't know. " geleng Dowoon. Memang Jeongyeon dan Jinyoung yang mengajar anak mereka bercakap bahasa Inggeris sejak kecil lagi.

" Mana surat tu? "

" Nah! " Dowoon menghulurkan sepucuk surat kepada mamanya lantas dia berlari kembali ke bilik. Jeongyeon mematikan api dapur lantas mencabut apron daripada tubuh. Jam didinding dilihat. Jeongyeon mengeluh kecil. Hari ni Jinyoung on call. Dan Jeongyeon pula cuti. Agak terasa kebosanan tanpa suami disisi.

Sampul coklat ditilik. Macam dia kenal surat ini. Serta-merta air matanya jatuh. Ini surat yang dikirimkan Jimin kepadanya 10 tahun lepas sebelum Jimin meninggal dunia. Ya, Jimin meninggal didalam penjara kerana dipukul oleh banduan lain.

Jeongyeon mendapat berita itu semasa dia sedang berbulan madu dengan Jinyoung. Pihak polis bertugas yang memberikan surat itu kepadanya. Dah 10 tahun dia menyimpan surat itu kerana rasa sebak dihati. Dan hari ni dia akan buka surat ini.

Sampul dibuka lantas surat berwarna putih yang sudah lusuh dikeluarkan. Tulisan tangan Jimin. Jeongyeon mengalirkan air mata lagi sekali. Segera surat itu dibaca.

To Yoo Jeongyeon,
Hai sayang. How is your day? Saya hormati keputusan awak untuk tinggalkan saya. You deserve better. Siapa yang nak gangster sebagai suami kan? I'm sorry for all my wrongdoings. Saya selalu buat awak menangis. Kalau kita kahwin pun, tak sampai seminggu mesti awak nak cerai sebab tak tahan. Hehehe. Saya minta maaf sebab jadi gangster. Saya terpaksa. Saya tak pernah cerita sebab tak nak awak risau. My parents mati kena bunuh dengan Mingyu sebab hutang yang banyak. And to repay all back, I've to be their slave. Jadi orang bawahan dia. Saya tahu awak orang Taehyung dan awak terpaksa tinggalkan saya. Saya faham. Take care, Jeongyeon. Saya selalu ingat awak. Cinta saya pada awak akan saya bawa ke atas sana. Awak kena janji yang awak akan bahagia selalu dengan pasangan awak sekarang. Kalau awak menangis, saya janji saya akan turun jadi hantu dan cekik suami awak! Hehehe. Take care, love.

I Love You.

Berderai air mata Jeongyeon. Dadanya terasa sakit sekali. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Pegangannya pada kerusi terasa semakin melonggar. Kakinya mulai lemah dan dia jatuh terduduk. Namun, belum sempat dia jatuh, dia sudah disambut seseorang. Disambut oleh si suami.

" Kenapa baca surat Jimin, sayang? I know you'll cry like this. " pujuk Jinyoung lantas menarik Jeongyeon kedalam pelukan.

" I'm just can't. " Jeongyeon menyebamkan mukanya pada dada suami. Jinyoung mencium ubun-ubun Jeongyeon.

" Nasib baiklah saya balik. Saya rasa tak sedap hati. Janganlah menangis macam ni. Awak pregnant. " Jinyoung mengelus bahu Jeongyeon lantas beralih pula pada perut Jeongyeon. Dah mencecah 7 bulan.

" Saya teringatkan Jimin. " balas Jeongyeon.

" Anggaplah saya ni amanah daripada Jimin untuk jaga awak. Jangan nangis! Ingat tak Jimin tulis apa? Kalau awak menangis, dia akan turun jadi hantu dan cekik saya. Awak nak ke tu jadi? Saya tak nak mati awal! " seloroh Jinyoung. Jeongyeon menggeleng dan mengukir senyuman pahit.

" Jom rest. Hari ni saya ambil emergency leave. Awak rehat, biar saya yang masak. " Jinyoung memapah Jeongyeon kedalam bilik.

Jimin, terima kasih sebab pernah jadikan saya istimewa dalam hati awak.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now