20

2.1K 167 0
                                    

" Haish sinilah. " aku menarik tangan Taehyung lantas dibaringkan kepalanya ke pehaku. Daripada tadi mengomel sakit kepala.

" Sorry. " ucap Taehyung sambil aku urut kepalanya.

" Kenapa? "

" Hari ni kita rancang nak keluar jalan-jalan. Tapi sebab saya sakit kepala, kita kena batalkan. Dahlah hari ni last day kita. " kata Taehyung dengan mata yang terpejam.

" Tak ada apalah. Pulau Jeju ni boleh datang lain kali. " balasku lantas mengambil sebotol minyak angin. Isinya dituangkan ke tapak tangan.

" Thanks. You're such a good wife. " pujinya. Pipi aku dah merah terok. Malu!

" Lusa dah habis cuti. " muncungku. Taehyung tersenyum.

" Then we back as lecturer and student. "

" Tak kisah pun pasal semua tu. "

" Habis tu? "

" Malas nak hadap buku. Pecah otak. "

" Ni your last year kan? Graduate je boleh terus jadi doktor praktikal. "

" And busy as hell. " aku mengeluh. Jariku lincah mengurut kepala Taehyung yang pening.

" Dah pilih nak hospital mana? "

" Boleh pilih ke? "

" Saya boleh aturkan. "

" Eh suka hati je! " aku mengerutkan dahi.

" Awak yang cakap saya boleh beli Korea. Setakat nak aturkan hospital yang wife kena pergi tu, not a big problem. "

" Saya ikut je. "

Trtttt... trtttt...

Telefon aku bergetar. Ada panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

" Kejap eh. " aku menjawab panggilan itu. Taehyung memejamkan matanya sambil berbaring di pehaku.

" Hello? " jawabku.

" Ni Puan Park Minyoung ke? " soal seseorang di talian.

" Ha ah. Siapa ni? "

" Saya Inspektor Jisung. Kami minta puan untuk datang ke rumah puan sekarang. Kami temui mayat Puan Park di stor rumah. Didapati meninggal petang semalam. "

Telefonku terlepas daripada tangan. Dan pandanganku mulai kabur.

-------

Jeongyeon POV

          Earphone dipakaikan ke telinga. Selepas memilih lagu kegemaran di MP3, aku segera memulakan langkah mengelilingi dataran tasik itu. Jam baru pukul 7 pagi dan tasik masih tidak dipenuhi ramai orang.

         Esok dah habis cuti, dan aku akan start busy balik. Sementara tengah bosan, aku habiskan masa dengan berjoging. Boleh kurus sekali.

        Sedang ralit mendengar lagu, aku tak sedar aku terlanggar seseorang. Jatuh terduduk aku. Sakitnya memang sampai merah punggung aku.

" Eh cik, okay tak? " soal orang yang dilanggar aku. Suara lelaki. Tangan dihulurkan kepadaku.

" Saya okay je. " tanganku memegang tangannya. Segera aku tegakkan tubuh badan dan membersihkan debu yang melekat.

" Terima kas-- KAU?! " terkejut aku dibuatnya. Park Jimin depan mata aku. Dan aku langgar dia LAGI. Untuk kali kedua selepas di konsert kelmarin.

" Rajin kau joging. " jawab Jimin. Tetapi matanya memandang bawah. Aku pula naik pelik.

" Saja. Kau pula buat apa kat sini? " soalku.

" Joging jugak. "

" Asal kau asyik pandang bawah je? Ke kau tengah berbual dengan semut? Sorry kacau. " aku kembali memakai earphone dan membuka langkah untuk berlari kembali.

" Kejap! " Jimin menarik tanganku. Terdorong kebelakang habis. Aku dahlah tak setinggi dia.

" Eh pahal? Kau nak apa? "

" A--aku... aku... urm aku... " Jimin gagap pula! Apa dia nak ni?

" Aku apa? "

" Pasal kat konsert tu, aku terlepas cakap. Tapi apa yang keluar tu sebenarnya perasaan se--sebenar aku. " aku tergamam. Jimin mengangkat nuka dan memandang anak mataku.

" Kau suka aku? " soalku. Jimin mengangguk, perlahan.

" Sebenarnya aku... " saja aku biarkan ayat tergantung.

" Aku.... " dan aku buat lagi. Hehe.

" Aku sebenarnya... " Jimin nampak hilang sabar. Dahinya habis berkerut.

" Aku apa? Suka eh buat ayat tergantung. " dia mencebik. Aku tergelak kecil.

" Sebenarnya aku pun sukakan kau. " cakapku lantas berlari pantas meninggalkannya. Jimin nampak tercengang dan dengan perlahan senyuman terukir.

" Hei Jeongyeon! " aku memandang kebelakang. Tetapi kini jarakku dengan Jimin dah melebihi 200 meter.

" Sarangheyo Yoo Jeongyeon- ah! " jeritnya. Aku tersenyum lebar. Aku menunjukkan jari telunjukku padanya lantas aku letak didalam hati. Jimin tergelak kecil.

Saya sayangkan awak, Park Jimin. 

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now