26

2.1K 161 17
                                    

Hana membetulkan rambutnya yang terurai. Bajunya ditarik sedikit dan segala cacat cela dihilangkan. Wajahnya dimaniskan lantas loceng ditekan. Beberapa minit kemudian, keluarlah wajah tua yang dinantinya.

" Ha--Hana? Ni Hana ke? " soal wanita tua itu. Matanya sudah dipenuhi air mata. 5 tahun dia merindui gadis itu.

" Ya aunty. Ni Hana! " Hana tersenyum dan memeluk wanita dihadapannya. Puan Kim, eomma Taehyung.

" Bila kamu balik sini? Rindunya aunty kat kamu! " Puan Kim tersenyum. Wajah cantik itu dielusnya.

" Dalam bulan lepas. Hana balik sebab dah habis belajar kat Ireland. Tu yang balik sini jadi doktor kat hospital papa. " jawab Hana. Puan Kim mengangguk manis.

" Jomlah masuk dalam. Panas kat luar ni. " kata Puan Kim. Tangan gadis itu ditarik kedalam rumah.

        Sebaik sahaja Hana melabuhkan punggungnya di sofa, matanya melilau kekiri dan kekanan. Mencari tuan empunya badan. Puan Kim yang sedang menatang sedulang minuman tersengih melihat kelakuan Hana.

" Cari Taehyung lah tu! Dia tak ada. Tengah mengajar kot sekarang. " tegur Puan Kim. Hana tersenyum nipis. Malu apabila ditangkap oleh Puan Kim.

" Mengajar? Dia jadi cikgu ke, aunty? " soal Hana. Air teh panas diteguk sedikit.

" Upgrade sikit. Dia lecturer. Tapi sementara je. Lagi sebulan tamatlah mengajar. Fokus kat syarikat je. " terang Puan Kim serba-serbi.

" Dia ajar apa? "

" Biologi. "

" Dulu, kami sama-sama ambil sains tulen time sekolah. Dia minat sangat biologi. Nak jadi doktor katanya. Last-last, saya yang dapat. " Hana tertawa kecil. Puan Kim tersenyum kelat. Naik kesian dia melihat wajah Hana.

" Takpelah. Dua-dua dah kuasai sains tulen tu. Ni kamu nak makan tak? Aunty ada buat kimchi tadi. " kata Puan Kim. Hana menggeleng. Dia sudah singgah makan di kedai makan tadi.

" Hana ingat nak jumpa Taehyung. Lama sangat tak berbual. "

" Hujung minggu ni bolehlah. Dia biasanya balik rumah aunty hujung minggu. "

" Habistu hari kerja dia duduk mana? " soal Hana kehairanan.

" Duduk rumah dia sendiri dengan wife dia. " Hana tersentak. Terasa dirinya seperti dipanah petir. Bibirnya kelu untuk berbicara.

" Wi--wife? Saya tak salah dengar kan aunty? " Puan Kim mengeluh. Bahu Hana dielus lembut.

" Taehyung dah kahwin. 3 bulan lepas. Tapi aunty tak suka wife dia. Berlagak. Kurang ajar dengan aunty. " kutuk Puan Kim. Hana tersenyum tawar. Taehyung penipu! Kata sanggup tunggu dia! Tapi lelaki itu sudah berkahwin!

" Jodoh dia tu, aunty. Hana ni cuma masa lampau dia. "

" Siapa kata? Aunty nak Hana jadi menantu aunty. Bukannya perempuan tak sedar diri tu! "

" Macam mana? "

" Hana kena tolong aunty. " Hana berkerut.

" Tolong apa, aunty? "

" Tolong aunty pisahkan Taehyung dengan wife dia, Park Minyoung. "

------

Esok! Esok! Esok!

Minyoung mengerutkan dahinya. Berfikir. Esok 30 Disember bersamaan hari jadi Taehyung! Naik kusut fikirannya memikirkan sambutan yang akan dilakukan. Tiba-tiba akalnya membuahkan fikiran. Telefonnya diambil lantas nombor Jeena didail.

" Yo Jeena! " panggil Minyoung. Suara gadis ditalian itu kedengaran serak-serak basah. Tergelak Minyoung dibuatnya.

" Ha Min! Apehal call aku ni? Kacau aku tidur lah! " marah Jeena. Matanya ditenyehkan bagi menghilangkan ngantuk.

" Datang rumah aku sekarang. "

" Sekarang?! " Jeena melihat jam ditangan. Pukul 8 pagi. Terlampau awal!

" Yelah sekarang. Datang rumah aku. "

" Kau nak ajak gosip pun fikirlah sikit. Awal lagi. Pukul 10 pagi ke. Aduhai! "

" Bukan bergosip lah! Tu kat WhatsApp pun boleh! Ni aku nak ajak kau buat celebration. "

" Celebration? Siapa? "

" Datang rumah aku. Barulah kau tahu! " kata Minyoung sebelum talian dimatikan. Dia mengelus lembut perutnya. Terasa sesuatu yang bergerak-gerak didalamnya. Dia tersenyum kecil.

" Anak mama ni mesti tak sabar macam mama juga kan? Esok kan birthday papa. " bual Minyoung pada anak dalam kandungannya. Hari ini dia tiada kelas dan Taehyung pula ada kelas. Terpaksalah dia berseorangan di rumah.

        Setelah menunggu selama satu jam, kereta Jeena memasuki parkir rumahnya. Minyoung tersenyum sehingga ke telinga. Tangan Jeena ditarik masuk kedalam rumah.

" Hey perlahanlah! Gopoh sangat. " bebel Jeena. Dia menapak masuk kedalam rumah Minyoung. Fuh lawa! Di ruang tamu, terpapar gambar perkahwinan Taehyung dan Minyoung. Nampak bahagia! Gembira Jeena melihatnya.

" Okay, kau kena tolong aku buat preparation. Takkanlah aku nak buat sorang kan? " ajak Minyoung. Jeena mengangkat kening.

" Celebration apa kau nak buat ni? Cer cerita. Camne aku nak tolong kalau aku tak tahu birthday siapa. "

" Birthday Taehyung esok! " Mata Jeena terbuntang.

" Esok birthday Prof? Wow! Aku kena hebahkan satu U ni. " Minyoung menampar bahu sahabatnya.

" Janganlah! Dia tu dahlah handsome. Nanti ramai student bagi dia hadiah. Lepastu aku yang jealous. " muncung Minyoung. Jeena tergelak.

" Padan muka kau! Sedar diri sikit, kau tu kahwin dengan Profesor Kim Taehyung! Ramai tergilakan dia, kau kenalah sabar. " Minyoung mengeluh. Dia mengangguk kecil.

" Kau nak bagi dia hadiah apa? " soal Jeena. Minyoung mengeluarkan sesuatu daripada poketnya lantas dihulurkan kepada Jeena.

" Ni hadiah birthday dia. " Jeena menekup mulutnya melihat ' hadiah ' Taehyung. Sungguh dia tidak sangka. Pregnancy test bergaris dua. Minyoung mengandung!

" Wah!!! Berapa bulan weh? "

" Belum lagi. Baru 2 minggu. "

" Samalah dengan aku." Jeena menepuk mulutnya. Dia dah terlepas cakap.

" Sama dengan kau? Apa maksud kau ni? " Minyoung menggoncang bahu Jeena. Namun gadis itu hanya mendiamkan diri.

" Cakaplah weh! Apa yang sama? " Jeena masih membisukan diri. Minyoung menyentuh lembut perut Jeena.

" Kau mengandung kan? " soal Minyoung. Jeena tersentak. Kepalanya menunduk.

" Jawablah Jeena! Aku ni kawan baik kau. I need to know! " desak Minyoung. Jeena menitiskan air mata. Dirinya menangis teresak-esak.

" Aku mengandung anak Mingyu. " Minyoung terpempan. Terkejut mendengar pengakuan sahabatnya. Sungguh dia tidak menyangka.

" Mingyu tahu tak? " Jeena menggeleng. Minyoung menepuk dahinya.

" Kau kena beritahu dia. Mingyu ni bapak kepada anak kau. "

" Aku takut dia tak nak bertanggungjawab. "

" Kalau dia cintakan kau, dia akan bertanggungjawab. Kau kena beritahu Mingyu secepat yang mungkin. Pandai buat, pandai tanggung. " marah Minyoung. Jeena sudah tersedu-sedan menahan tangis.

" Okay dah. Stop nangis. Aku panggil kau sebab nak cakap pasal birthday Taehyung. Senyum sikit. " Minyoung menarik pipi Jeena kekiri dan kekanan. Tergelak kecil gadis itu.

" Min, thanks. "

" Kenapa? "

" Sebab jadi sahabat aku yang paling baik. Aku sayang kau. " Jeena memeluk tubuh Minyoung. Air matanya masih merembes keluar.

" Alololo! Aku sayang kau juga. "

------

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt