47

2.6K 156 32
                                    

Jeongyeon POV

Dada aku berdegup dengan kencang. Tangan yang menggigil mulai mengeluarkan peluh sejuk. Hari ni merupakan hari perkahwinan ku. Dengan pilihan eomma. Sejujurnya, aku belum pernah nampak lagi siapa bakal suamiku. Tapi eomma kata dia baik.

Sebaik sahaja selesai didandan, aku ditinggalkan sendirian didalam bilik. Suasana sepi menyelubungi diri. Tiba-tiba sahaja pintu bilikku diketuk. Terpacul muka eomma disitu.

" Jeongyeon dah siap? " soal eomma. Aku mengangguk kecil dan menunduk. Rasa sebak sebenarnya. Tipulah kalau aku tak teringatkan Jimin. Dahlah dia di penjara cuma 10 tahun je. Macam mana kalau lepas dia keluar, dia bunuh aku ke? Ataupun serang aku? Okay, stop overthinking.

" Eomma sedih sebenarnya. " luah eomma. Aku mengangkat muka memandangnya. Lantas tangan eomma ditarik.

" Kenapa ni? Kan hari ni Jeong nak kahwin. Eomma kena happy. " pujukku. Senyuman manis diberikan. Eomma mulai menitiskan air mata.

" Lepas je appa meninggal, eomma ada kamu je. Tapi, bila kamu kecil, eomma hantar ke asrama. Lepas tu kamu belajar kat Universiti jauh. Ni kamu kahwin pula. Eomma sendiri yang jauhkan diri kamu dengan eomma. " Eomma menunduk dan menangis teresak. Tanganku naik mengusap bahunya. Kepalaku disandarkan pada bahunya.

" Jeong akan selalu lawat eomma. Janganlah risau. Nanti Jeong akan bawa suami Jeong lawat eomma bila Jeong tak on call. " aku memberi jaminan. Eomma tersenyum tawar.

" Jomlah kita ke dewan besar. " arah eomma. Segera mukaku muram semula. Kami akan ke dewan besar, tempat aku dikahwinkan.

Didalam kereta, aku hanya mendiamkan diri dan banyak termenung. Selepas beberapa minit, akhirnya kami tiba di dewan besar. Kakiku terasa lemah sekali. Dengan perlahan, aku mengikut eomma ke belakang dewan.

Fikiranku hanya ada Jimin sahaja kali ni. Hatiku dipagut sayu. Sedih apabila aku sendiri yang memungkiri janji.

" Hish apa awak ni? Rimaslah! " decit Jimin. Rambutnya disebak. Daripada tadi, Jeongyeon tak habis memeluk lengannya. Malu habis apabila diperhatikan.

" Alah awak kan saya punya. Salah ke saya nak peluk boyfriend sendiri? " Jeongyeon mencebik. Semakin ketat pelukannya pada lengan Jimin.

" Masalahnya kita kat kampus. Malulah! "

" Biarlah. Biar satu kampus tahu yang awak ni saya punya! "

Akhirnya pecah tangisanku. Sungguh aku rindukan Jimin. Kenapa Jimin mesti jadi orang Mingyu? Kenapa Jimin sendiri memilih untuk merosakkan masa depan mereka.

Tanganku dipaut oleh pakcikku, sebagai menggantikan mendiang appa yang telah pergi. Eomma disisiku hanya tersenyum manis. Aku nampak raut wajahnya yang seperti mahu menangis. Senyuman tawar diberikan lantas aku mengelap air matanya.

" Eomma jangan sedih macam ni. " pujukku. Eomma memandangku dengan sebal.

" Jadi isteri yang baik, okay? Jangan susahkan suami. " pesan eomma. Aku hanya mengangguk. Kemudian, pintu dewan besar dibuka.

     Serta-merta aku rasa darah mulai menyerbu muka. Takut, gemuruh dan sesak. Kesemua tetamu yang datang memerhatikanku. Aku hanya menunduk tanpa memandang hadapan. Yang sempat aku nampak, bakal suamiku sudah setia menunggu didepan paderi. Sebaik sahaja selamat tiba di hadapan paderi, rangkulan pakcikku dilepaskan. Aku berpusing menghadap paderi.

" Boleh kita mulakan? " soal paderi. Aku mengangguk. Paderi mulai membaca ayat pendahuluan dan pelbagai syarat lain untuk menjadi pasangan. Sehinggalah tiba ke acara kemuncak. Acara mengahwinkan kami.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now