9

2.4K 183 9
                                    

Taehyung POV

" Kenapa hyung ajak jumpa ni? " soalku. Selepas menghantar Minyoung pulang, terus aku memecut berjumpa Junmyeon.

" Aik? Jumpa sepupu sendiri pun tak boleh ke? " Junmyeon menghulurkan tangan lantas kami bersalam. Tubuhnya aku peluk erat.

" Syarikat macam mana? " soalku. Dah sebulan aku serahkan urusan Empayar Kim kat Junmyeon. Memang tak menang tangan aku nak uruskan hal dunia gangster dan pensyarah dalam satu masa.

" Okay je. Banyak juga syarikat bagi tender. Rezeki kaulah, Taehyung. "

" Kau juga yang membantu. " Aku tersenyum. Lama kelamaan wajah Junmyeon kembali serius

" Kau dah berapa lama kahwin? " soalnya.

" Dah sebulan. Pahal? " memang aku rapat dengan Junmyeon. Tapi berkenaan hal kerja sahaja. Lelaki ini terlalu serius dalam setiap perkara.

" Habistu tak nak berhenti jadi gangster? " aku mendecit. Aku benci soalan itu diutarakan.

" Hyung, kau tahu kan aku je yang uruskan perniagaan sekarang? " Wajah Junmyeon aku pandang. Dulu, Empayar Kim ni aku dan Junmyeon yang uruskan. Tetapi, jejaka dihadapannya ini buat keputusan mendadak tahun lepas. Berhenti jadi gangster.

" Kau tahu tak kenapa aku berhenti jadi gangster? " aku menggeleng. Dia tak pernah beritahu sebabnya.

" Sebab isteri aku, Lia. "

" Huh? Pasal perempuan lah ni? Hyung, kau memang biarkan perempuan control kau kan? " aku mengerutkan dahi. Queen Control!

" Kau tahu kenapa aku kahwin dengan Lia? " tanpa mengendahkan kata-kataku, Junmyeon terus bertanya. Sekali lagi, aku menggeleng.

" Sebab dulu aku rogol Lia. " tergamam. Itu reaksi aku sekarang. Macam kes aku juga.

" Aku order Lia. Tapi aku tak tahu dia kena jual dengan ayah dia. Aku ingatkan dia pelacur, sama macam yang lain. Her virgin was stolen by me. Tapi aku kan gangster, kisah apa aku. " Junmyeon tergelak. Namun, air matanya bertakung.

" Tapi, hati aku tak tenang. Setiap masa aku teringatkan dia. Pastu, aku cari balik dia. Aku sanggup beli dia. Sebab dia buat hidup aku terganggu. " aku masih mendiamkan diri. Bagi ruang untuk Junmyeon bercerita.

" Aku baru dapat tahu yang rupanya dia kena jual dengan ayah dia. Lia baru 19 tahun. Masih muda. Dan aku dah kotorkan dia. " aku tersentak. Mudanya Lia! Minyoung pun dah 20 tahun.

" Aku kahwin dengan dia. Tapi aku tak cintakan dia. Lebih kepada kasihan. Dia pun tak menganggu tugas aku sebagai gangster, and I'm okay. Balik rumah? Boleh mimpilah. Setiap malam, aku tidur dengan ramai perempuan. Lia pula aku biar je dekat rumah. " Junmyeon mengalirkan air mata. Aku menghulurkan sehelai tisu kepadanya, namun dia menolak.

" Sampailah satu hari, Lia kena culik. Musuh keluarga kita sejak dulu lagi, empayar keluarga Mingyu tu jadikan Lia tawanan. Seminggu dia kena tahan. Dan... dann.... " air mata Junmyeon terhambur. Aku bertindak menepuk bahunya. Tak pernah dia lihat sepupunya ini menangis.

" Aku tak tahu dia mengandung anak kami masa tu. Dah hampir 4 bulan, sejak aku rogol dia. Aku memang tak nak ambil tahu semua perkara tu. "

" Habis tu, macam mana hyung selamatkan Lia? " soalku. Sungguh aku tak menyangka ini punca Junmyeon berhenti menjadi gangster.

" Berlawan. Kau tahu kan aku ada parut kat perut? Kesan kena kelar dengan ayah Mingyu. 2 minggu aku kat hospital, Lia lah yang jaga. Dengan perut dia yang makin besar tu, aduh comel. " Junmyeon tersengih. Aku nampak muka bahagianya.

" Bahagianya kau, hyung. Kan bagus aku macam kau. " aku memandang kebawah.

" Siapa kata? Appa aku mana suka aku dengan Lia. Berkeras dia membantah. Sampai lah dia meninggal, restu pun dia tak bagi. Dia kecewa sangat aku tinggalkan dunia gangster ni. "

" Tapi eomma aku nak aku tinggalkan dunia gangster ni. " kataku. Eomma banyak kali mendesak, tapi aku yang tak nak.

" Siapa nama isteri kau? " soal Junmyeon. Aku berkerut.

" Park Minyoung. Kenapa tanya? " Junmyeon ni nak kahwin dua ke?

" Jaga dia elok-elok. Jangan sampai Mingyu tahu kau dah berkahwin. Dia tu gila. Dia nak jatuhkan kau dengan gunakan orang sekeliling kau. " Junmyeon memberi amaran. Aku hanya terdiam. Perkara itu sudah lama diketahui.

" Kalau kau sayang Minyoung, kau tinggalkan lah dunia gangster ni. Tak ada faedah. " kata-kata Junmyeon membuatkan aku tergamam.

" Tapi Empayar Kim macam mana? "

" Perniagaan judi ni? Tak ada untung. Kalau kena serbu dengan polis, kau tak rasa kau masuk dalam lokap ke? Kau dah ada syarikat. Kau dah jadi pensyarah. Baik kau fokus pada dua benda ni je. Dunia gangster ni kau tinggalkan. Tak miskin pun lah kalau kita tarik diri dalam perniagaan judi. " Junmyeon menghirup sedikit air sebelum berlalu pergi. Aku pula yang termangu.

----

     Mingyu memberhentikan keretanya dihadapan 7Eleven. Tiba-tiba sahaja tekaknya teringin mahukan air Slurpee. Pintu ditolak kasar lantas cawan bersaiz besar diambil. Dia menelan air liur melihat pelbagai perisa di mesin air. Segera semua perisa dicampurkan.

        Sebaik sahaja dia berpaling, ada seorang gadis yang melangkah laju terlanggar bahunya menyebabkan air Slurpee dipegangannya jatuh mencium lantai!

" Maafkan saya! Maafkan saya! " segera gadis itu meminta maaf. Dia pantas menunduk. Cawan dikutip dan air Slurpee itu disapu menggunakan tangan.

" Kau buta ke? Mata kat mana?! Dasar perempuan bodoh! " marah Mingyu. Gadis itu masih lagi menunduk.

" Saya dah minta maaf, kan? Bahasa tu jaga lah sikit, encik. " gadis itu bangun dan membentak. Mingyu membulatkan mata.

" Eh, berani kau kurang ajar dengan aku eh? Kau me-- "

" Maafkan saya, tapi apa yang terjadi ni? " soal pekerja 7Eleven itu. Tetapi sebaik sahaja terlihat wajah Mingyu, dia ketakutan lantas menunduk hormat.

" Tuan Besar, apa yang berlaku? " tanya pekerja itu dalam keadaan menunduk. Gadis itu memandang dengan pelik.

" Kau cakap dengan perempuan gila ni, aku nak dia ganti balik Slurpee aku! " jerit Mingyu.

" Sekarang pun saya boleh gantilah! " perempuan itu mencebik.

" Aku nak kau ganti 10 cawan air yang sama, esok! Aku datang mesti dah ada. Kalau tak, kau tahu apa jadi! " Mingyu menghentak kaki dan menolak pintu 7Eleven itu. Gadis itu menjeling. Menyampah!

" Kau gila ke? Berani kau cari pasal dengan lelaki tu? " pekerja 7Eleven itu menyiku tangan gadis berambut panjang itu.

" Apsal? Apa masalahnya dengan lelaki tu? "

" Kau gila, Jeena! Dia tu Kim Mingyu, ketua gangster kat sini! " serta merta gadis itu melopong. Ke--ketua gangster?!

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now