16

2.2K 175 8
                                    

            Mata Jeena melilau kekiri dan kekanan mencari susuk tubuh abangnya. Pagi tadi Jongin dah berjanji akan mengambilnya selepas habis kelas. Tetapi sekarang, dah 1 jam berlalu. Batang hidung Jongin pun dia tak nampak.

" Eh Jeena, sorang je ke? " Jeena menoleh kepada tuan empunya suara itu. Oh Lee Minho, atau orang kenalinya sebagai Lee Know. Katanya, nama Lee Know itu dipilih kerana dia mahu semua orang KNOW dia. Pelik kan?

" Haah. Abang saya tak sampai lagi. " balas Jeena. Matanya mengerling jam di pergelangan tangan. Dah mencecah angka 4 petang. Kelas tamat pukul 3 tadi.

" Kelas bukan dah lama habis ke? Mana abang awak? " soal Lee Know. Jeena mengangkat bahu.

" Ada hal kut. Takpe lah, saya tunggu. "

" Jom saya tumpangkan balik. " ajak Lee Know. Jeena menggeleng kecil.

" Menyusahkan je. Saya boleh tunggu abang saya. "

" Tak ada istilah menyusahkanlah. Jomlah, naik kereta saya. " Lee Know masih tidak berputus asa mengajak.

" Tak apa ke, Minho? Saya takut awak banyak lagi hal kat rumah. "

" Saya balik rumah main game je. Tak ada benda lain nak buat. " Jeena mengeluh. Dia menapak ke kereta Lee Know. Tak ada alasan nak mengelak dah.

" Rumah awak kat mana? " soalnya.

" Oh, kat simpang Jalan B-- "

" Rumah dia dekat hati aku! " satu suara garau menjerit. Serentak Lee Know dan Jeena menoleh. Muka Jeena serta-merta pucat. Dia tidak mahu berjumpa lelaki ini lagi.

" Ming.. Mingyu. Apa awak buat kat sini? " soal Jeena tanpa memandang lelaki kacak itu. Lee Know memandang Mingyu dan Jeena silih berganti. Dia perasan ada suasana tegang diantara mereka.

" Aku? Aku kat sini sebab nak ambil kau. " balas Mingyu. Tubuhnya disandarkan pada kereta mewahnya. Kaca mata hitam ditanggalkan dan diselitkan pada baju.

" Sa--saya tak nak balik dengan awak. " balas Jeena. Lee Know masih keliru.

" Jeena, who is he? " soal Lee Know. Jeena mengangkat muka dan memandang Lee Know.

" D--dia Kim Mingyu. Kaw-- "

" Aku kekasih Kim Jeena! " sampuk Mingyu. Jeena tersentak dan memandang wajah Mingyu dengan tajam. Geram!

" Errr, kekasih? Awak tak pernah cakap awak ada boyfriend pun? " soal Lee Know. Matanya mencerlung pada Jeena. Serba-salah gadis itu.

" Sa--saya... "

" Okay budak, sekarang ni kau boleh balik. Jeena balik dengan aku. Faham? Kalau tak faham, aku tembak kau kat sini jugak. " Mingyu mengeluarkan suaranya. Lee Know tersentak. Dia mengangguk dan menuju ke keretanya. Jeena dengan segera meraih tangannya.

" Jangan tinggalkan saya dengan lelaki ni. " rayu Jeena. Tubir matanya sudah penuh dengan air mata.

" Maafkan saya. Tapi awak kena selesaikan hal awak sendiri. " Lee Know terus berlalu pergi meninggalkan Jeena yang sudah menangis tersedu-sedan.

" Kau, masuk kereta! " arah Mingyu. Jeena mengikut tanpa soal. Dia tak mahu mencetuskan kemarahan Mingyu lagi.

         Pintu kereta ditutup perlahan. Kereta mewah Mingyu mulai bergerak meninggalkan perkarangan Universiti Seoul itu.

" Siapa lelaki itu? " soal Mingyu. Jeena mengangkat keningnya.

" Lee Minho. Kawan kuliah saya. "

" Jangan rapat dengan dia. Aku tak suka. "

" Apa hak awak nak halang saya? " marah Jeena. Dia mengetap giginya. Matanya mencerlung memandang Mingyu dengan perasaan marah.

" Sebab aku tak suka. "

" Awak bukannya abang saya ataupun suami saya pun! Awak tak ada hak nak halang saya kawan dengan Minho! " jerit Jeena. Matanya dah dipenuhi air mata. Entah kenapa, dia rasa menyampah dengan perangai king control Mingyu sedangkan mereka tiada hubungan.

" Sebab aku suka kau! " Tangisan Jeena terhenti. Dia terkesima mendengar ayat yang baru meluncur keluar daripada mulut Mingyu.

" A--apa dia? " soal Jeena lagi. Dia mahu memastikan pendengaran dia normal lagi ke tak. Mingyu memberhentikan keretanya ditepi jalan.

" Aku sukakan kau, Jeena. Sakit hati aku tengok kau bercakap dengan mamat tadi tu. Aku tahu, kau pun cintakan aku. Mata kau tunjukkan segalanya. Aku nak kau, dan kau pun nakkan aku. " Jeena tertunduk. Terharu mendengar penjelasan Mingyu.

" Sayang, I love you. Sikap kau buatkan aku selesa. Aku tahu aku gangster. Tapi aku percaya kau boleh ubah aku. Cause you're the medicine for this. " Mingyu mengambil tangan Jeena dan meletakkan di dada kirinya. Berdetak laju.

" Sa--saya pun sukakan awak. " jawab Jeena. Mingyu tersenyum lebar. Tubuh kecil Jeena dipeluk.

" Thanks. I love you damn much, sayang. " Mingyu memandang muka Jeena. Lantas bibirnya mendarat di bibir Jeena. Air mata mengalir daripada tubir mata Jeena. I love you, Kim Mingyu.

----

Aku berkejar-kejar ke Cafe Kitty. Aku dah lambat setengah jam ke tempat kerja! Pintu ditolak kasar lantas aku menuju ke kaunter. Apron disarung pada tubuh.

" Minyoung.. " panggil Manager Choi. Aku berpaling dan membuat muka bersalah. Nasib baik pelanggan masih tidak ramai.

" Manager, maafkan saya sebab lambat! Saya terus berkejar ke sini lepas kelas tadi. " jawabku dan menunduk.

" Nah. " Manager Choi menghulurkan sehelai kertas kepadaku. Aku berkerut dan mengambilnya perlahan.

" Apa ni Manager? "

" Surat memecat kau daripada kerja. " Serta-merta air mataku mengalir. Aku tak nak hilang kerja ni.

" Maafkan saya Manager! Saya janji takkan lambat lagi! Maafkan saya. " aku dah menangis teresak-esak. Malu? Kisah apa aku! Aku tak nak kena pecat.

" Hey, malulah orang tengok! " marah Manager Choi. Dia menyuruhku senyap.

" Aku pecat bukan sebab kau lambatlah! Sebab suami kau. " aku membulatkan mata. Kenapa sebab Taehyung?

" Kenapa dengan suami saya? " soalku.

" Dia yang suruh aku pecat kau. " aku mengetap bibir. Apa masalah Taehyung ni?! Lelaki itu tiada hak nak menganggu kerjanya.

" Kenapa Manager ikut cakap dia?! Suka hati dia je! " aku mengecilkan mata dan mengenggam penumbuk. Rasa nak tumbuk Taehyung tu buat sambal belacan!

" Sebab dia tu Abang Long! Aku kena ikut cakap dia! " Manager Choi nampak ketakutan. Aku mengerutkan dahi.

" Abang Long? Dia abang Manager ke? "

" Bukanlah! Dia tu ketua gang-- "

" So, boleh aku ambil wife aku balik sekarang? " satu tangan tiba-tiba sahaja merangkul bahuku. Tersentak aku dan Manager Choi. Suara ini. Suara Taehyung.

" Boleh, Abang Long! " Manager Choi mengangguk lantas menunduk hormat. Aku semakin kehairanan. Siapa sebenarnya Taehyung ni?

" Kenapa awak suruh Manager pecat saya? " marahku. Mataku memandang tajam Taehyung. Semalam pun tak habis marah lagi, dah tambah masalah.

" Nanti kita cakap benda ni dalam kereta. " decit Taehyung. Aku menggeleng.

" Taknak! Saya nak dengar penjelasan sekarang juga! " suaraku dah naik tinggi. Taehyung meraup muka.

" Min, kau cakap benda ni dalam kereta jelah. Pelanggan tengok. " tegah Manager Choi. Aku memandang pelanggan yang sedang menjamu selera. Semuanya memandang kami.

       Dengan perlahan, aku mengangguk. Aku bangun dan menapak ke luar kedai. Daripada jauh, aku lihat Manager Choi ketakutan memandang Taehyung.

Siapa sebenarnya awak ni, Taehyung?

 

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now