12

2.3K 172 4
                                    

" Seriuslah, eomma? " Taehyung meraup mukanya. Stres.

" Ya. Eomma serius. Kamu nak tengok perempuan tu merana kan? Inilah salah satu caranya. " Puan Kim tersenyum sinis. Taehyung menghempaskan badannya pada sofa.

" Tapi Tae tak fikir sampai macam tu lagi. Ni soal anak. "

" Kamu nak tengok Minyoung tu terseksa kan? Buat dia mengandung. Cukup masa, bercerai. Anak tu kamu ambil. Barulah dia tersiksa sebab berpisah dengan anak dia. Bonus, kamu dah ada pewaris Empayar Kim. " Taehyung menggelengkan kepalanya. Cadangan yang tidak boleh diterima akal.

" Eomma tahu tak sakitnya perasaan berpisah dengan anak sendiri? Pedih, eomma. "

" Pedih? Bagus! Itu yang eomma nak perempuan tu rasa. Dia kena tanggung apa yang parents dia dah buat kat keluarga kita. "

" Dia boleh tuntut hak dia nanti. Dia tu ibu. Hak penjagaan lebih kepada dia. "

" Hey Kim Taehyung. Who is me? Eomma ni bekas peguam, and I know all the laws. Memang dia ibu, tapi dia tak mampu. Nak bagi makan diri sendiri pun dia dah macam orang gila cari makan. Kamu lagi berkemampuan. " Puan Kim menggosok tangan anaknya. Berkerut dahi Taehyung memikirkan.

       Buat Minyoung mengandung, kemudian anaknya diambil. Itu tindakan yang sangat kejam.

" Nantilah Tae fikirkan. Bukan mudah. Kalau boleh, Tae tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia. " Taehyung bangkit dan menuju ke tingkat atas. Puan Kim hanya memandang dengan ekor mata. Dia mahu Park Minyoung terseksa.

-----

          Hana meneliti fail pesakit dihadapannya. Sesekali dahinya berkerut.

" Encik kena TB ni. Kami kena ambil darah encik dan buat pemeriksaan saringan. " kata Hana. Dia memandang wajah lelaki tua dihadapannya.

" TB? Apa tu doktor? " berkerut dahi lelaki itu. Hana tergelak kecil.

" Tuberkolosis. Sakit batuk kering. Bahaya. Peparu encik pun ada banyak asap rokok. Merokok ya? "

" Ha ah. "

" Encik hantar borang ni kat kaunter 5. Tunggu nama dipanggil untuk ambil darah ya? " lelaki tua itu mengangguk dan mengambil failnya. Dia membuka pintu dan menapak keluar daripada bilik Doktor Hana Isabella.

      Hana meraup muka dan menyandarkan badannya pada kerusi. Fikirannya teringatkan Kim Taehyung, bekas kekasihnya.

" Berpisah? No sayang! I love you. I sanggup tunggu you sampai you habis belajar. " Taehyung menggengam erat tangan Hana. Matanya berkaca.

" 5 tahun, Tae. I tak jamin you tak curang. Better we break off. Both of us bebas. "

" But I love you very much. Kita dah bersama since sekolah menengah lagi. Then, you nak tinggalkan I ? " Taehyung memandang wajah wanita kacukan itu.

" This is my decision, Kim Taehyung. I akan ke Ireland esok, and I nak kita putus. You bebas cari pengganti I. " Hana menarik tangannya daripada pegangan Taehyung.

" Kita kahwin? "

" Hell no! I nak pergi belajar, bukannya terikat dengan you! "

" You reject I lah ni? "

" Yes! Lagipun you ni family gangster. I tak nak bahayakan diri sendiri dengan kahwini you. " Hana menjeling. Taehyung menahan air matanya daripada jatuh.

" Okay, kalau itu yang you nak. But you kena ingat yang I akan selalu sayang you. You're my first love. Jaga diri kat Ireland. I selalu tunggu you disini. " Taehyung mengangkat punggung dan berlalu pergi. Hana memandang dengan air mata yang bertakung di mata.

I'm sorry, Tae.

Tokk! Tokk!

Lamunan Hana terhenti. Terjengul wajah jururawatnya di pintu.

" Doc, ada pesakit seterusnya nak masuk. " kata jururawat itu. Hana mengangguk lantas biliknya dimasuki oleh pesakit lain. Air matanya diseka. Back to work!

-----

          Jongin memerhatikan kesemua ciri-ciri yang diberikan oleh Mingyu. Susahnya nak mencari! Matanya tak habis meneliti kertas kerjanya.

" Abang! " Jeena menghampiri abangnya. Punggungnya dilabuhkan disebelah Jongin.

" Hurm. "

" Abang buat apa? "

" Kerja. " Jeena memerhatikan kertas abangnya. Berkerut.

" Tu ideal type abang ke apa? " Jeena tergelak. Jongin menjeling.

" Boss abang suruh cari siapa perempuan ni. Dahlah ni je klu nya. Memang susahlah! " Jongin mengusutkan rambutnya. Jeena menelan air liur.

" Boss abang? Siapa? "

" Kenapa tanya? "

" Saja nak tahu. Siapa dia? "

" Kim Mingyu. "

Ternganga Jeena. Tidak disangkal lagi, Mingyu sedang mencarinya. Habislah!

" Kau jangan cakap yang Mingyu cari kau. " Jongin memegang bahu adiknya. Jeena masih lagi terdiam.

" Sebenarnya... Jeena ada buat sesuatu kat dia. "

" Hah?! Kau buat apa?! " Jongin melopong. Terkejut wajahnya. Wajah Jeena dipandang tak berkelip.

" Haritu Jeena pergi 7Eleven. Lepastu terlanggar dia. Slurpee Mingyu jatuh. Dia suruh Jeena ganti 10 cawan. Jeena dah ganti, tapi.... "

" Tapi apa? " Jongin menjerit. Nafasnya tak teratur sekarang. Adik sendiri cari pasal dengan bossnya.

" Jeena tinggalkan nota untuk dia. Cakap yang Jeena mampu ganti. Jeena rasa dia marah. "

" Kau nak mati eh? Kim Mingyu tu! Dia dahlah boss abang. Nanti kepala abang pula dipancungnya. " Jongin menggeleng laju. Rupanya perempuan yang Mingyu cari adalah adik sendiri!

" Sorry, abang. Biar Jeena jumpa dia nak minta maaf. "

" No! Biar abang setelkan. Haih kau ni. Menyusahkan aje. Nasib sayang! " Jongin mengusap kepala adiknya. Mereka berdua tinggal bersama sejak mak ayah mereka meninggal. Jongin lah tempat Jeena bergantung harap.

" Yeay, sayang abang! " Jeena memeluk tubuh abangnya. Jongin tersenyum nipis.

" Lepas ni jangan buat hal lagi tau. Dah, gi tidur. " Jeena menapak dan menuju ke katilnya. Jongin mengeluh kecil. Habislah aku!

-----

           Jeongyeon berjalan seorang diri. Hari ni eommanya tak dapat jemput dia lagi. Terpaksalah dia pulang dengan berjalan kaki.

" Pewitttt " tegur seorang lelaki. Jeongyeon hanya terus melangkah. Tidak dihiraukan panggilan itu. Tiba-tiba sahaja lelaki itu berada dihadapannya.

" Laju jalan! Nak ke mana? " soal lelaki itu. Jeongyeon menjeling dan kembali berjalan. Lengannya ditarik dengan kuat.

" Haish sayang, abang suka orang yang jual mahal ni. " lelaki itu membelai wajah Jeongyeon. Nafsu mula menguasai diri.

" Aku jijik. Ptuiii ! " Jeongyeon meludah muka lelaki itu. Cengkaman dirasakan semakin kuat.

" Tak guna! " tanpa sebarang amaran, lengan baju Jeongyeon ditarik sehingga koyak. Menjerit gadis itu.

" Tolong! Tolong! " Jeongyeon menjerit. Amarah lelaki itu semakin berleluasa.

" Diamlah, bodoh! " pipi Jeongyeon ditampar kuat. Berpinar-pinar pandangannya.

Jeongyeon cuba melepaskan diri. Kakinya menendang kemaluan lelaki itu namun tersasar.

" Oh main kasar ya? Aku suka perempuan macam ni! " Baju Jeongyeon direntap dan hanya tinggal singlet membaluti diri. Air matanya merembes laju. Terasa dunianya bakal gelap. Lelaki itu menjilat lidahnya. Tubuh Jeongyeon diciumnya berkali-kali.

" To-tolong..... " jerit Jeongyeon buat kali terakhir sebelum semuanya kelam.

-----

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now