11

2.3K 177 8
                                    

" Seriuslah dia ganti? " Mingyu ternganga. Pekerja 7Eleven itu mengangguk berkali-kali.

" Dia baru balik 20 minit lepas. Dia cuma beri saya duit. Terus saya isi sebelum Tuan Besar datang. " kata pekerja itu. Mingyu memandang kesemua 10 cawan yang tersusun.

" Dia ada tinggalkan apa-apa pesanan tak? " pekerja itu mengangguk dan mengeluarkan sekeping kertas daripada poketnya.

Cuma 7253.80 won ( RM 25 ) je. Masih lagi mampu.

Mingyu berdecit memandang kertas itu. Tangannya mengoyakkan kertas itu lantas membuangnya ke lantai.

" Aku tak nak semua air ni. Pergilah buang. " arahnya. Pekerja itu ternganga.

" Tapi tuan, memba-- "

" IKUT JE ARAHAN AKU! " tengking Mingyu. Terhinjut bahu pekerja itu kerana terkejut. Mingyu mendengus dan terus menapak keluar. Telefonnya dikeluarkan lantas nombor seseorang didail.

" Ya boss? " sapa seseorang di talian.

" Aku ada tugas untuk kau. Cari perempuan rambut panjang, berat dalam anggaran 45-50 kg, hidung dia mancung and dia belajar kat Universiti Seoul. " arah Mingyu. Dia sempat melihat tag pelajar di leher gadis itu semalam. Sayangnya, nama dia tak sempat dilihat.

" Tapi boss, macam ramai je yang macam tu. "

" Aku tak tahu nama dia. Kalau tak, dah lama aku bagitau. Kau buat je kerja kau! " jerit Mingyu. Lelaki di talian mengangguk.

" Kenapa boss nak cari dia? "

" She seems interesting. " bibir Mingyu tersungging membentuk senyuman.

-----

           Jimin menjeling. Mulutnya tak berhenti mencarut. Geram ada, marah ada. Kesemuanyalah! Dia memandang wajah gadis dimeja hadapan.

Sebentar tadi, Profesor Taehyung meminta mereka menanda kertas rakan-rakan masing-masing secara rawak. Dan Jimin dapat kertas orang yang paling dibencinya, Yoo Jeongyeon! Dan ajaibnya, gadis itu pun turut menanda kertas Jimin.

Punyalah Jimin tanda cantik, tak ada contengan pun. Tetapi, apabila kertasnya dapat ke tangan Jimin semula, penuh dengan ejekan, contengan dan emoji pelik! 

      Gigi Jimin diketap menahan geram. Peperangan ini bermula sejak hari pertama kemasukan universiti lagi. Gadis itu mengumpat Jimin dengan mengatakan yang lelaki itu pendek. Tanpa Jeongyeon sedar, mereka sekelas. Tak adalah jauh mana. Tinggi Jimin cumalah 173cm dan Jeongyeon 168cm. Kalau berdiri bersebelahan, Jeongyeon cuma paras lehernya sahaja.

" Yoo Jeongyeon! " marah Jimin. Dia menarik lengan gadis itu.

" Sakitlah gila! Kau memang tak ada adab dengan perempuan eh? " marah Jeongyeon semula. Dia menarik kembali lengannya.

" Kertas aku ni kau buat macam sampah je eh? Macam mana aku nak buat ulangkaji kalau kertas penuh contengan macam ni?! " Rahang Jimin diketap kuat. Marah.

" So? Problem aku ke? " muka selamba gadis itu membuatkan Jimin bertambah geram. Dia meraup muka. Sabar Jimin, sabar.

" Kau tahu tak aku benci kau sejak dulu lagi. Dan aku takkan pernah suka kau! "

" Ada aku tanya ke? "

       Sungguh mencabar kesabaran! Tangan Jimin dah naik ringan nak lempang gadis itu.

" Kau ni memang ba-- "

" Woo, woo! Rilekslah. Asal bergaduh ni? " Minyoung dan Taehyung datang lantas meleraikan. Minyoung menarik tangan Jeongyeon dan Taehyung menolak tubuh Jimin.

" Perempuan ni cari pasal dengan saya, Prof. " kata Jimin. Matanya masih tajam memandang Jeongyeon.

" Lelaki ni tiba-tiba cengkam tangan saya. " kata Jeongyeon pula. Kedua-duanya mengadu kepada Taehyung.

" Boleh saya tahu kenapa korang berdua saling membenci dan bergaduh? " tanya Taehyung.

" Sebab dia pendek! "

" Sebab perangai dia macam tomboi! "

       Serentak kedua-duanya menjawab. Minyoung menahan gelak.

" Asal kau nak gelak pula ni? " marah Jeongyeon, menjeling tajam pada Minyoung. Gadis itu tergelak halus.

" Korang comel lah. Tak rasa ke korang berdua yang bermasalah sekarang ni? "

" Dia yang bermasalah! " kata Jeongyeon dan Jimin serentak. Minyoung dan Taehyung juga tergelak bersama.

" Bukan salah Jimin kalau dia pendek. Dan bukan salah Jeongyeon kalau dia tomboi. See, korang berdua bermusuhan pada benda yang tak relevan. " kata Taehyung. Kedua-duanya menunduk kebawah. Malu.

" Jangan benci sangat. Nanti berjodoh. " bisik Minyoung. Mata Jimin membulat. Tangan Minyoung dicubit.

" Suka cakap benda bodoh, kan? Rasakan! " cemberut Jimin. Minyoung mengaduh kesakitan.

" Dah, korang berdua baliklah. Dah lewat ni. Minyoung, tunggu sekejap. " arah Taehyung. Jimin menghentak kaki. Dibiarkan Jeongyeon keluar dahulu.

" Kat universiti pun nak ber honeymoon ke, Min? Bye bye! " Jimin menjelirkan lidah dan menutup pintu dengan segera. Taehyung menggeleng dan tersenyum kecil. Ada-ada lah ragam pelajarnya ini.

-----

Jeongyeon? Kenal tak? Hahaha alah yang Twice tu.

Si tomboi yang Jimin tak suka, ha inilah dia. Hahahaha 😂

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now