38

1.9K 158 2
                                    

" Terima kasih. " ucapku kepada Jongin lantas menunduk. Dia telah membantuku membawa pulang mama ke rumah. Dah 3 bulan mama terlantar di hospital sebab strok, dan hari ni mama dibenarkan pulang. Mama lumpuh separuh badan daripada pinggang ke bawah.

" Tak apa. Jaga diri. Kau tu dah nak beranak. " pesannya sebelum berlalu pergi. Aku tersengih. Sebaik sahaja memastikan kereta Jongin pergi, aku berpaling menghadap mama. Tersentak aku melihat dia sedang memandangku dengan tajam.

" Dah puas jumpa laki simpanan kau? " soal mama, kasar. Aku tersentak dan hanya mampu mengukir senyuman pahit. Aku tahu mama masih bencikan keluarga aku. Dan aku redha.

" Tu kawan Min. Dia yang jaga Min selepas Taehyung tiada. " jawabku. Mama mendengus dan memalingkan mukanya ketepi.

" Anak aku mati sebab kau... " gumam mama perlahan namun masih kedengaran.

" Min pun sedih Tae dah tak ada, ma. We both same. " kataku, sebak. Mama mencebik.

" Aku tetap takkan maafkan kau. Sampai bila-bila! " jerit mama sebelum menolak kerusinya ke bilik. Aku mengeluh sebelum turut menolak mama ke bilik.

" Apa kau buat ni?! Kau dah gila?! " marah mama. Aku mengukirkan senyuman manis.

" Saya nak bawa mama masuk bilik. Nanti jadi apa-apa, kesian cucu mama. Tak sempat tengok mama. " kataku, terselit sedikit perlian. Mama mendengus dan hanya membiarkan. Timbul juga rasa pelik dihati ni. Mana Hana? Biasanya dia yang selalu bertandang kat sini. Lagipun dia tu doktor peribadi mama, and mama tengah sakit sekarang ni. Takkan lah dia tak ada?

" Ma, Hana mana? " tanyaku. Serta-merta wajah mama bertukar masam.

" Jangan sebut nama perempuan tu. " balas mama. Aku pula yang tercengang. Lah apehal ni?

" Hana tu kan doktor perib-- "

" DIA LAH PUNCA AKU LUMPUH MACAM NI! " aku membulatkan mata. Tak percaya. Segera wajah mama kupandang.

" Dia buat apa, ma? "

" Dia tolak aku jatuh tangga sebab Tae meninggal. Sampai hati dia. Selama ni aku yang tatang dia, macam sampah dia buat aku. " balas mama. Aku mengelus lembut bahu mama. Memberikan ketenangan.

" Relax, ma. Min ada boleh jaga mama. "

" Kau pun beban juga! Menyusahkan macam Hana tu! "

" Min akan pastikan beban ni lah yang jaga mama. " senyumku dengan lebar. Mama hanya menjeling.

------
Jeongyeon POV

" Seriuslah kau nak aku berhentikan kau kat sini? " soal Hyunjin lantas aku mengangguk.

" Nanti Nayeon nampak aku balik dengan lelaki, habislah dia bebel. Dia bukannya suka. " balasku dan Hyunjin hanya terdiam. Tidak membalas.

" Okay, take care. Kau kena menapak 3 rumah je pastu lorong kecik sikit, baru kau sampai rumah. " terang Hyunjin. Aku tertawa dan mengangguk sekali lagi. Rumah aku, of cos lah aku tahu direction!

    Selepas melambai, aku menapak ke rumah. Jam baru menginjak ke angka 10 malam, tapi gelapnya macam dah pukul 2 pagi! Sesekali mataku mengerling kekiri dan kekanan. Risau kalau ada orang jahat.

Sebaik sahaja memasuki lorong kecil, aku melajukan langkah. Aku bukan sahaja takutkan perompak, aku takutkan hantu juga!

" Jeongyeon... " panggil satu suara. Aku tersentak dan hanya membiarkan. Mungkin perompak ataupun hantu datang mengganggu!

" Yoo Jeongyeon... " panggil suara itu lagi dan badanku mengeras. Kerana suara itu sangat dekat dengan aku sekarang. Hembusan nafas orang yang memanggilku juga dapat dirasa di telinga. Tanpa sebarang amaran, tangan kasar mulai melingkar di pinggangku. Mataku membulat lantas berpaling. Namun, ianya sia-sia kerana orang dibelakangku memegang tubuhku dengan kuat.

" I miss you, sayang. " ucapnya lantas leherku dikucup. Kejap, aku kenal suara ini. Takkanlah....

" Kenapa kau diam? Kau tak rindu Park Jimin ke, Jeongyeon? " Badanku kaku. Bibirku bergetar. Peluh dingin mulai membasahi diri.

" Ji.....Jimin? "

" Akulah, sayang. I miss you so much. Where have you been? Kenapa tinggalkan saya? " aku masih lagi kaku. Tiada apa boleh ku responkan kerana aku masih terkejut.

" Jimin, kenapa awak buat macam ni? " soalku, berani. Jimin mengeluh lantas menarik tubuhku untuk memandangnya.

Dia masih lagi kacak. Malah, lebih kacak. Rambutnya tak usah cakap! Dicukur tepi dan diwarnakan kuning. Tubuhnya tegap. Lagi tegap daripada dulu. Tapi... tangan kiri dan kanannya penuh dengan tatu. Ada simbol lucah pulak tu. Dan ada juga gambar perempuan bogel. Sayu hati aku melihatnya.

" Jimin... " ucapku perlahan. Dia menyelitkan rambutku yang terjuntai kebelakang telinga. Rambut ku yang tidak terikat asyik dielus olehnya.

" Cantiknya rambut awak. Blonde. You look beautiful, sayang. You really follow my words, to keep your long hair. I love it. " Jimin mencium rambutku. Namun, aku masih membatukan diri. Takut sebenarnya.

" Kenapa awak berubah macam ni, Jimin? "

" Berubah? Huh? Apa maksud awak? " dia mulai berkerut. Aku mengemam bibir. Takut mahu meneruskan.

" This tatoo. Why? Simbol lucah ni semua. Saya bau rokok daripada mulut awak. I know you're not smoking right? But why now? Awak buat diri awak nampak jahat sangat. " ucapku, lirih. Jimin menunduk sebelum memandangku semula. Tetapi, pandangannya.. aku takut. Pandangan marah.

" Aku jahat? Habistu kau?! Minta putus dengan aku and keluar dengan jantan lain?! Kau tak jahat ke macam tu?!! " tengking Jimin lantas bahuku terenjut. Terkejut kerana dimarahi.

Aku mengelus pipinya perlahan. Memberikan dia ketenangan.

" Bukan itu maksud saya. Cuma saya.... " Tanganku ditepis kuat. Mata Jimin dan penuh dengan amarah. Tangannya dikepal sehingga menampakkan urat.

" Hyunjin kau tu, esok bolehlah kau lawat kat hospital. Sebab aku dah pukul dia teruk tadi. Entah hidup lagi ke tak. Cari kat wad, kalau tak ada, kat bilik mayat lah. " ujarnya, sinis. Aku terkejut lantas memandangnya dengan riak tidak percaya.

" Aku tak tipu, sayang. Aku pukul dia tadi. Sebab rapat dengan Jeongyeon aku. Orang yang aku sayang. " Jimin mengelus pipiku dan kini giliran aku pula yang menepis tangannya.

" DON'T. TOUCH. ME. " arahku. Muka Jimin berubah.

     Lelaki itu menolakku ke dinding lantas tangan kiri dan kanannya mengepung diri aku. Matanya tajam memandang aku.

" What are you doing, Jimin? Saya tak su-- "

Aku terdiam apabila Jimin mencium bibir aku. Tanganku menggigil dan mataku membulat. Ciumannya tidak ku balas. Lantas dileraikan sendiri oleh Jimin.

" Kiss me back, atau aku rogol kau kat sini. " aku tergamam. Jimin mulai menghampiri wajahku semula lantas bibirku dicium lembut. Dalam ketakutan, aku membalas ciumannya. Jujur, aku rindukan ciuman Jimin, namun bukan begini caranya.

Pinggangku dirangkul oleh Jimin dan aku bertindak melilitkan tanganku dilehernya. Aku takut dia bertindak teruk lagi jika aku tidak membalas. Ciuman semakin didalamkan. Lama kelamaan, aku semakin hanyut dalam ciumannya.

Jimin meleraikan ciumannya lantas menyatukan dahiku dan dahinya. Dia memandang anak mataku, lama.

" Aku akan buat kau macam ni, selalu. My revenge. Aku takkan biarkan kau jumpa Hyunshit tu lagi. Cause you're mine. "

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin