23

2.1K 166 0
                                    

" Macam mana eomma Min boleh meninggal, ma? " soal Taehyung sebaik sahaja melabuhkan punggung di rumah Puan Kim. Minyoung pula sudah meminta diri untuk naik ke bilik.

" Dahlah kamu tak jenguk eomma dah 2 minggu, lepas tu terus tanya eomma soalan tu. Tu isteri kamu kenapa naik bilik terus? " Puan Kim mencebik. Naik meluat dengan perangai menantunya.

" Dia tak sihat. Jawablah soalan Tae, ma. " Taehyung menggoyang tangan eommanya. Puan Kim mengeluh.

" Eomma yang buat. " mata Taehyung terbuntang. Mulutnya ternganga. Wajah Puan Kim dipandang bagi mendapatkan kepastian.

" Ma tak gurau kan? "

" Tak. "

" Tell me what happen, ma? "

" Masa tu mak Minyoung nak balik rumah ambil barang. Eomma temankan dia. Lepas tu dia masuk stor amik buku hitam. Eomma tolak dia. Tapi sumpah! Eomma tak sangka kepala dia akan terhantuk kat bucu meja. " Puan Kim mengangkat tangan tanda bersumpah. Taehyung mengeluh.

" Polis tak syak. Rumah dia kan miskin, mana ada CCTV. " Puan Kim tergelak kuat. Taehyung membatukan diri. Dia rasa bersalah pada isterinya.

" Mama dah hapuskan Ae Ran. Kamu tu? Bila nak tinggalkan Minyoung? " Puan Kim menarik tangan anaknya. Taehyung memandang lembut wajah mamanya.

" Ma, I think I love her. " Puan Kim terbungkam. Dia membulatkan matanya, terkejut. Wajah anaknya ditepuk perlahan.

" You're not kidding, right? " Taehyung menggeleng. Puan Kim menggengam erat tangan anaknya.

" Tae, ingat balik tujuan asal kita. Keluarga Park dah hancurkan keluarga kita. And why you fell in love with her?! " jerit Puan Kim. Dia marah, geram dan kecewa dengan anak tunggalnya.

" Tae nak jujur dengan mama ni. " Taehyung memegang tangan eommanya. Tangan tua itu dielus lembut.

" Sebenarnya Tae tipu. Masa tu, appa nampak family Minyoung accident. Dan appa tolong. Tae turun sebab nak tarik appa. Tae tak nak appa tolong dorang! " Taehyung menitiskan air mata. Puan Kim tergamam.

" Tapi appa baik, ma. Appa tetap pergi selamatkan dorang. Appa sempat selamatkan Minyoung dengan mendiang eomma Minyoung. Masa appa nak selamatkan uncle Hoomin, kereta meletup. Sebab tu Tae reka cerita. Sebab Tae nak mama benci keluarga Minyoung. Mama dengan appa sayang Minyoung daripada kecik! Tae diabaikan! Semuanya Minyoung. Sebab tu Tae benci keluarga Park! " Air mata mulai membasahi pipi Taehyung. Puan Kim mengelus lembut bahu anaknya.

" Tae minta maaf, tapi sekarang ni kita hentikanlah dendam ni. Minyoung tak salah, tapi Tae yang salah. Tae minta maaf. "

" Mama takkan hentikan dendam ni. " Taehyung tergamam. Wajah mamanya dipandang.

" Why, ma? Tae yang salah. Keluarga Park tu baik ma. " Taehyung menggeleng.

" Keluarga Park tu dah buat kesalahan besar pada keluarga kita. "

" Huh? "

" Hoomin yang bawa appa masuk kedalam dunia gangster. "

Taehyung terdiam.

-------

Mata Jeongyeon melilau kekiri dan kekanan. Dia menggigit bibir bawahnya. Orang yang dicari masih tak kunjung tiba. Sesekali dia menjingkitkan tubuh bagi mencari lelaki itu dicelahan orang ramai. Dia mencari Park Jimin. Manalah mamat tu pergi?

      Tiba-tiba, matanya tertancap pada lelaki yang dicarinya. Serta-merta hatinya sakit. Jimin sedang duduk berdua dengan seorang gadis di kafeteria. Sesekali dia melihat tangan gadis itu naik mengusap wajah Jimin. Dengan langkah yang pantas, Jeongyeon menapak ke arah teman lelakinya.

" Park Jimin. " kata Jeongyeon, keras. Jimin dan gadis itu terkejut melihat tubuh Jeongyeon sudah berada di tepi meja mereka.

" Eh Jeongyeon, buat apa kat sini? " soal Jimin. Jeongyeon menahan sabar.

" Awak tanya saya buat apa kat sini? Ni kan kafeteria universiti. Mestilah saya nak makan. Yang awak tu, buat apa kat sini with this girl?! " serang Jeongyeon. Matanya dibulatkan memandang gadis berwajah polos dihadapan Jimin.

" Dia nak tanya soalan tadi. Tu yang saya duduk kejap ajar dia. " jawab Jimin. Jeongyeon tersenyum sinis. Dia memandang wajah gadis itu. Dia kenal sangat perempuan ni. Juniornya, Yeji.

" Kau suruh boyfriend aku mengajar kau eh tadi? " soal Jeongyeon pada Yeji. Gadis polos itu mengangguk perlahan. Jeongyeon mengambil gelas air di atas meja lantas disimbah ke muka Yeji. Kesemua pelanggan yang menyaksikan kejadian itu tergamam. Jimin juga terkesima.

" What are you doing?! " Jimin menaikkan suaranya. Dia jelas marah dengan tindakan Jeongyeon.

" Saya call awak hampir 20 kali, and you didn't answer at all. Tangan saya naik penat mesej awak, and awak tak balas pun. What you give to me? Pemandangan yang menyakitkan. " Jeongyeon menangis. Jimin meraup muka.

" Phone saya habis bateri. Yeji ni minta saya ajar Kimia tadi. Takkanlah awak cemburu? "

" Girlfriend yang bodohlah saya ni kalau saya tak cemburu! Awak curang dengan saya! " Jeongyeon menengking Jimin. Dia sudah tak kisahkan pandangan orang tentangnya.

" Saya pilih awak sebab saya ingatkan awak berbeza dengan yang lain. I thought you trust me. Saya sangat setia dengan awak, tapi awak langsung tak percayakan kekasih sendiri. I'm sorry, Jeongyeon. Hati saya dah tawar untuk awak. " Jimin mengeluh. Dia menarik lengan Yeji dan membawanya meninggalkan kafeteria itu. Dia cukup kecewa dengan Jeongyeon.

      Gadis itu jatuh terduduk di lantai kafeteria. Air mata mulai memenuhi tubir mata. Jeongyeon sudah kehilangan Jimin.

--------

Jeena segera berlari anak ke tandas berdekatan. Mulutnya memuntahkan segala isi perut. Tekaknya terasa perit. Jeena segera membersihkan mulut dan merenung dirinya di cermin. Beg tangannya dibuka lantas pregnancy test diambil. Dia menelan air liur.

       Sebaik sahaja keputusan keluar, dia segera melihat. Mukanya berkerut memandang keputusan. 2 garis di alat itu menandakan dia..... mengandung. Tangannya turun menyentuh perut. Anak Mingyu dah ada dalam perutnya.

Jeena menangis teresak-esak. Dia perlu berjumpa Mingyu, tetapi dia takut lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab. Nombor abangnya segera didail.

" Hello abang. " panggil Jeena ditalian.

" Ha Jeena. Kenapa ni? "

" Ambil Jeena kat U sekarang... " pinta Jeena sambil menahan tangis. Dia tak mahu abangnya mendengar tangisannya.

" Aik, baru pukul 1 tengah hari. Kelas habis awal eh? "

" Haah. Abang tolong ambil Jeena cepat sikit eh? " kata Jeena sebelum mematikan panggilan. Tangisan mulai memenuhi tandas itu. Jeena menyesal. 

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now