46

2.1K 165 11
                                    

7 bulan kemudian....

" Kami bagi puan MC untuk 4 bulan untuk pulihkan kaki retak tu. Make sure jangan banyak buat kerja lasak. Ha, puan kena banyak makan kalsium okay? " pesanku kepada wanita dihadapanku. Dia hanya mengangguk lantas menapak pergi.

" Eh Minyoung, kau ada tak report pesakit diabetes tu? " tanya Jeongyeon. Aku segera memeriksa laporan yang ada.

" Ha ada ni. Ish kau ni, cuai betul! " marahku dengan lembut. Jeongyeon hanya tersengih dan terus menapak ke biliknya semula.

Aku menyandarkan badan pada kerusi lembutku. Stetoskop di leher ditanggalkan dan diletakkan diatas meja. Keluhan halus kedengaran.

Dah 7 bulan. Dah 7 bulan Taehyung tinggalkan aku bersama anak-anak. Kenapa dia buat aku macam ni? Aku rindu Jaehyun dengan HyoShin. 9 bulan aku mengandungkan, kena ambil macam tu je dengan Taehyung.

Memang pada mulanya aku marah dengan mama sebab benarkan Taehyung ambil kembar. Tapi mama kata dia tak tahu apa-apa. Aku hanya mampu menangis selepas itu. Sungguh aku rasa berdosa dengan suami sendiri. Tapi apa boleh aku buat.

Aku mengesat air mata sebaik sahaja pintu diketuk. Seorang jururawat masuk lantas menghulurkan beberapa kad laporan pesakit. Aku hanya mengangguk.

Tok! Tok!

" Masuk! " arahku. Pasti pesakit seterusnya.

" Yang ni sakit apa? " soalku lantas mengangkat muka. Ternganga mulut aku. Jantung terus berhenti pam darah. Mukaku terus pucat lesi. Tanganku menggigil. Aku tak sangka dia ada depan mata aku sekarang.

" Anak saya demam panas. " kata lelaki dihadapanku ini.

" Yang mana ya? " soalku. Segera lelaki itu menunjukkan bayi didalam gendongannya kepadaku. Rindunya mama pada kamu, Kim Jaehyun.

" Yang tu tak sakit ke? " soalku lantas menundingkan jari pada seorang lagi bayi perempuan. Dan Taehyung menggeleng.

Rindunya aku pada dia. Dia datang membawa Jaehyun dan HyoShin. Jaehyun didukung olehnya tetapi HyoShin didukung oleh...... Hana.

" Letakkan Jaehyun kat katil. Biar saya check. " arahku dengan sebak. Rasa nak menangis melihat Jaehyun. Panasnya badan anak mama ni.

" Hai anak mama. Macam mana duduk dengan papa? Jaehyun tak nakal kan? " soalku pada anak kecil ini. Namun Jaehyun hanya terdiam lesu. Badannya agak panas. Mencecah 39°C. Pada usia macam ni, memang kena masuk wad.

" Taehyung, anak kita kena ambil darahlah. And probably kena masuk wad. " kataku sambil menulis sesuatu di buku laporan. Taehyung mendengus.

" Anak kita? Maaf doktor, tapi ni anak saya dengan isteri saya, Hana. " tegur Taehyung. Terus tanganku berhenti menulis. Anak dia dengan Hana. Air mata, please jangan turun! Kedengaran Jaehyun merengek. Taehyung dengan pantas segera mendukung anak kecil itu. Namun, tangisannya masih kedengaran.

" Err encik, bagi saya dukung kejap boleh? " pintaku. Taehyung mengangkat kening lantas memandang Hana.

" Wifey, boleh tak doktor ni dukung Jaehyun? " soal Taehyung kepada Hana. Dan gadis itu hanya mengangguk dengan senyuman. Wifey? Ya Tuhan, sakitnya hati aku.

" Okay, here you go. " Taehyung menyerahkan Jaehyun yang masih menangis itu kepadaku. Ajaibnya, tangisan Jaehyun terhenti. Aku mendodoinya dengan penuh lembut. Akhirnya, anak kecil itu tertidur.

" Kita kena ambil darah dia lepas ni. Encik boleh serahkan borang ni kat kaunter 9. And result darah akan keluar lagi 3 jam. " kataku sebelum menyerahkan Jaehyun yang sedang lena kepada Taehyung kembali. Borang diambil dan diberikan kepada Hana yang sedang mengendong HyoShin. Ah rindunya mama pada anak dara mama ni!

" Ni anak perempuan pula ya? " soalku pada Hana. Berpura seperti aku tidak mengenalinya.

Hana mengangguk manis.

" Nama dia Kim HyoShin. " balas Hana. Aku hanya tersenyum pahit. Aku tahu, sebab tu anak aku.

" Jom sayang, kita pergi kaunter 9. " Taehyung memimpin tangan Hana untuk keluar daripada bilikku. Sebaik sahaja mereka keluar, aku jatuh terduduk. Air mataku merembes keluar. Sayang? Sakitnya hati untuk menerima fakta yang mereka dah berkahwin. Tuhan, tolonglah!

------

Jeongyeon mengeluh lembut. Telefon diambil lantas dilekapkan ke telinga. Wajah sayu Jimin disebalik cermin dipandang.

" Hai sayang. " ucap Jimin, romantis. Wajahnya nampak sugul. Mukanya agak cengkung. Naik kasihan Jeongyeon melihatnya.

" Hai Jimin. Awak sihat tak? " soal Jeongyeon. Jimin hanya mengangguk.

" Aku sihat. Tapi tak happy. "

" Kenapa? "

" Sebab aku jarang nampak kau. Aku rindu kau. " menitis air mata Jeongyeon.

" Saya jumpa awak sebab nak cakap something. " Jeongyeon mengetap bibir. Terasa sakit mahu melihat wajah Jimin.

" Kau nak cakap apa? Kau nak cakap yang kau dah pregnant eh? Berapa bulan?! " Jimin teruja. Dia menepuk tangannya. Lagilah Jeongyeon serba-salah. Lantas gelengan diberikan.

" Then? Ha, aku tahu! Kau nak cakap yang kau nak kahwin dengan aku kan? " sekali lagi Jeongyeon menggeleng. Jimin mendengus lantas mengepal tangannya.

" Kau nak cakap apa ni?! "

" Saya terima lamaran orang yang masuk meminang saya. " Terbuntang mata Jimin. Dia menumbuk cermin dihadapannya. Wajah Jeongyeon dipandang tajam. Segera anggota polis bertugas memegangnya. Namun, Jeongyeon menggeleng mengisyaratkan agar Jimin tidak diapakan.

" Kau tipu aku, Jeongyeon! Kau cakap kau sayangkan aku! " jerit Jimin. Jeongyeon menangis kuat.

" Saya takkan hidup senang dengan awak. Saya takkan bahagia. "

" Kau siapa nak tentukan kita bahagia ke tak nanti?! Kau bukan Tuhan! Kau belum tahu masa depan!! " Jimin menengkingnya. Namun, air mata juga membasahi pipi Jimin.

" Saya minta maaf, tapi lupakan saya. Kita memang tiada jodoh. Saya dah terima lamaran dia. Doakan saya bahagia. " Jeongyeon meletakkan kembali telefon dan berlalu pergi dengan tangisan. Jimin masih agresif lantas pegawai polis menariknya semula ke penjara.

" AKU SAYANGKAN KAU, JEONGYEON! AKU CINTAKAN KAU. AKU TAKKAN PERNAH LUPAKAN KAU! " jerit Jimin buat kali terakhir.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now