45

2.1K 170 3
                                    

Aku kalah. Aku kalah perbicaraan hari ni. Taehyung menang. Dan kami tak bercerai. Hakim putuskan kami tak boleh bercerai sebab pihak pembangkang menang. Ya, pihak Taehyung. Wajahku sugul sebaik sahaja keluar daripada mahkamah.

" Hey Minyoung. " tegur seseorang. Segera aku berpaling. Jeongyeon! Dengan segera aku menangis di bahunya. Kalau Jeena ada sekarang.

" Aku benci dia, Jeong. Aku benci dia. " nangisku. Jeongyeon mengelus lembut bahuku.

" Aku faham. Jom kita pergi minum. Aku ada benda nak cakap. " aku hanya mengikut langkahnya. Terlalu penat untuk berbuat apa-apa.

Sebaik sahaja tiba di kafe yang disediakan, kami memesan hidangan. Jeongyeon memandang wajahku dengan simpati.

" Apa kau nak cakap? " soalku. Jeongyeon berdehem.

" Pasal Taehyung. "

" Tolonglah! Aku tak nak dengar pasal dia lagi. " gelengku. Dulu Hana. Sekarang ni Jeongyeon.

" Ni penting! Kau kena tahu. "

" Apa lagi? Apa lagi perangai buruk Taehyung aku kena tahu? " keluhku. Jeongyeon menggenggam tanganku.

" Sebenarnya selama 9 bulan dia hilang ni, dia buat cubaan untuk tangkap Mingyu. " aku tersenyum sinis.

" Dia kan gangster. Lepas tu dia nak tangkap gangster jugak? Dia ingat dia polis ke? "

" Dia memang polis, Min. " tergamam aku. Aku keliru.

" Apa maksud kau ni? "

" Sepupu Taehyung, Junmyeon tu polis. Jadi, dia mohon nak jadi polis sebab nak tangkap Mingyu dan Jimin. "

" Jimin? Kenapa dia pun gangster? Aku tak fahamlah! "

" Ya, aku mengaku yang Taehyung tu gangster. Tapi dia tak pernah ada rekod membunuh. Judi tu pun bapak dia yang uruskan dulu, jadi rekod dia bersih walaupun dia tu ketua mafia. " terang Jeongyeon. Aku mendengus kasar.

" Pandai eh dia cover kejahatan dia. "

" Jangan mencelah bila aku cakap. " tegur Jeongyeon. Terus aku terdiam.

" Mingyu target Taehyung. Tapi dorang nak bunuh kau. Dorang tahu kelemahan Taehyung ialah kau. Taehyung terpaksa tipu kau yang dia dah mati, so Mingyu takkan kacau kau. Jongin pun subahat dengan Taehyung. Malam tu, Jongin berlakon yang Taehyung mati kena bunuh dengan Mingyu. So, kau akan ingatkan Tae dah mati. " aku masih berdiam diri. Ego kuat dalam diri.

" Selama 9 bulan ni, dia jadi polis. Dia kejar Mingyu dalam senyap. Semua kejahatan dia cuba Taehyung bongkar. Sebab dia nak pastikan yang kau selamat sebaik sahaja lahirkan kembar. " aku mencebik.

" Selama 9 bulan jugaklah dia tinggalkan aku. Terkapai seorang. " jeritku. Jeongyeon mengeluh.

" Dia sayangkan kau. Dia tak pernah tinggalkan kau. Mata dia sentiasa perhatikan kau. "

" Apa maksud kau? " bibirku dah menggigil.

" Orang dia sentiasa ada kat samping kau. 24 jam. "

" Tipu! "

" Aku tak tipu, Min. Dia upah aku, Jongin, dengan mendiang Jeena untuk jaga kau. Kau tak pelik ke kenapa Jongin berkeras nak kau tidur rumah dia? Semua tu sebab senang Taehyung nak jenguk kau. Tanpa kau tahu, setiap malam Taehyung datang lawat kau. Dia pegang perut kau. Berbual dengan anak kau. Semua tu masa kau tidur. Even masa tu, badan dia berdarah sebab berlawan, dia tetap datang jenguk kau. Dalam pukul 3 pagi camtu, dia balik. And dia masuk kerja esoknya pukul 6 pagi. Kau boleh kira kan berapa lama dia tidur? " terdiam aku. Sungguh tak terkata. Air mata aku mengalir jua.

" Tapi Jimin tu? " tanyaku dengan terketar-ketar. Jeongyeon menunduk.

" Kau ingat tak masa kau lempang Taehyung sebab dia kata buruk pasal Jimin? " soal Jeongyeon. Aku teringat kembali saat itu.

" Then, kenapa sesuka hati kau nak bagi Jimin pegang perut kau? I'm your husband! Mestilah aku je yang layak pegang! " tengking Taehyung. Aku tercengang.

" Dia bestfriend saya. Salah ke nak bagi dia pegang? "

" Salah! Sebab Jimin tu jahat! "

Pang! Tamparan aku berikan pada pipinya.

" Dia kawan saya. Sejak saya kecil lagi dia yang ada kat sisi saya. Jangan berani hina dia macam tu! " bergetar bibirku menahan marah. Taehyung memegang pipinya yang ditampar. Dia juga terkejut dengan tindakanku.

" Ya, aku ingat. Aku lempang dia sebab dia kata Jimin tu jahat. "

" Sebab dia tahu Jimin tu memang jahat. Dia tau Jimin tu orang Mingyu. Dan kau tahu apa tugas Jimin? Tugas dia buat kau dengan Taehyung bergaduh. Buat korang bercerai! Sebab tu Taehyung larang kau dengan dia. " aku mengemam bibir. Rasa bersalah.

" Jongin tu dah tak nak jadi orang Mingyu. Sebab tugas dia ialah bunuh Taehyung. Dia tak sanggup sebab dia kesiankan kau. Dia sanggup berpaling tadah. Dia cakap dengan Mingyu yang dia dah bunuh Taehyung. Padahal dia berkomplot dengan Taehyung untuk tangkap Mingyu nanti. " Aku menunduk. Rasa serba salah dengan Taehyung. Dengan Jongin.

" Kau ingat tak kau pernah maki aku depan semua orang sebab aku minta putus dengan Jimin? " Jeongyeon bertanya. Sekali lagi aku menunduk. Rasa hina sangat.

" Kau tinggalkan kawan aku sebab jantan tak guna ni?! Kau memang jalang lah, Jeongyeon! " tengkingku. Jeongyeon nampak terkejut dengan tindakanku. Hyunjin lagilah. Dia menunduk. Kesemua orang memerhatikan mereka.

" Aku ada sebab kenapa aku tinggalkan Jimin. Jangan tuduh melulu macam ni. " terang Jeongyeon. Namun aku hanya menjeling.

" Semoga bahagialah dengan jantan tak guna ni. Jimin boleh dapat seribu kali lebih bagus daripada kau. Dasar tomboi, ada hati nak curang! " cemuhku sebelum berlalu pergi.

" Aku minta maaf. " ucapku. Kepalaku menunduk. Malu dengan perbuatan dahulu.

" Tak apa. Aku tahu kau marah. Sebenarnya Hyunjin tu pun orang Taehyung. Tapi dia ditugaskan untuk jauhkan aku daripada Jimin. Susah aku nak jaga kau kalau aku dengan Jimin. " jawab Jeongyeon. Aku mengesat air mata.

" Oh lupa! Pasal Hana. Aku takut kau berdendam pula dengan dia. " kata Jeongyeon. Aku mengangkat muka memandangnya.

" Kenapa dengan Hana? Dia yang tolak mama jatuh tangga. "

" Tu arahan Taehyung. Sebenarnya, Puan Kim cuma pengsan je. Sebab panik tu yang dapat lumpuh short term. Dia buat tu sebab nak rapatkan kau dengan mama. Tengok sekarang, korang dah berbaik right? Pasal tembakan kat betis kau tu, Taehyung terkilan tak dapat selamatkan kau. Dia ada je kat luar tu tunggu nak serang. Lepas dia dengar tembakan, dia nak masuk tapi polis yang lain halang. Kau tak tahu Jongin kena tumbuk banyak kali sebab biarkan kau kena tembak. " Jeongyeon tersenyum pahit. Dada aku terasa sakit. Aku berdosa dengan semua orang sekarang.

" Aku nak balik. Aku nak jumpa Taehyung. Aku nak minta maaf dengan dia. " kataku sebelum mengangkat punggung.

" Baik kau cepat. Ingat tak dulu, Taehyung pernah cakap yang dia akan ambil anak kau kalau korang tak bercerai. " aku tergamam. Dengan pantas aku berlari ke kereta. Segeraku kaki menekan pedal minyak untuk pulang ke rumah.

Tolonglah, Taehyung! Jangan buat saya macam ni. Jangan ambil anak kita.

Sebaik sahaja aku tiba di rumah mama, aku lihat tiada kereta Taehyung digaraj. Segera nafas lega dihela. Maknanya, Jaehyun dengan Hyoshin masih kat dalam.

" Mama! " jeritku lantas membuka kasut untuk masuk kedalam rumah. Mataku melilau mencari si kembar.

" Ha ada apa? " tanya mama. Dia baru muncul daripada dapur.

" Jaehyun dengan Hyo mana? "

" Lah kamu tak tau ke? Taehyung bawa keluar dorang tadi. Katanya nak bawa jalan-jalan. "

Mataku terbuntang luas. Oh shit.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now