8

2.4K 203 4
                                    

" You may kiss your bride. " suara paderi membuatkan aku tersentak. Taehyung pandang aku, aku pandang dia. Dengan perlahan, dia menghampiriku.

" Muahh. " Taehyung cium pipi aku. Kemudian, dia tersenyum menampakkan giginya yang cantik.

" A-apa kau buat ni? " soalku. Taehyung memandang kesemua tetamu yang datang.

" Aku tak nak kiss bibir kau depan budak-budak. Nampak tu, sana tu. " Taehyung memuncungkan bibirnya pada beberapa kanak-kanak yang datang. Aku menggigit bibir dan menunduk. Mesti dia ingat aku mengharapkan kiss tu.

" Kat bilik nanti aku kiss kau lebih lagi. Kat kaki, tangan, leher, mu--- aduhhhh! " Padan muka! Tangan aku yang comel ni lincah cubit pinggang dia. Mulut tu lucah sangat. Sekali aku siku, terus jadi Kim Terencat!

" Sakitnya kau cubit. Kesian aku. " Taehyung memuncung. Aku jeling dia setajam yang mungkin.

      Mata aku diarahkan ke tetamu. Sedih pun ada sebab Taehyung tak kasik aku jemput semua rakan universiti aku. Yang dibenarkan hanya kaum kerabat keluarga kami dan rakan bukan universiti. And of courselah aku tak boleh jemput Jeena dan Jimin! Sedihnya! Jongin? Huh, mamat tu aku dah jemput tapi dia yang tak nak datang.

" Aku tak nak orang tahu yang Park Minyoung kahwin dengan Profesor sendiri. "

      Kata-kata itu jelah yang Taehyung cakap apabila aku nak pujuk dia ajak kawan universiti aku. Apabila semua tetamu menjamu selera, aku menghampiri eomma. Air mata menitis perlahan.

" Eommaaaaa. " aku mengongoi disisi eomma. Aku cantik hari ni, tapi eomma langsung tak boleh nampak aku.

" Mesti Min cantik kan? Eomma tahu anak eomma ni lawa. " Eomma mengusap kepalaku.

" Min dah jadi isteri orang, eomma. Selama ni Min anak manja eomma jee.. " aku memeluk eomma. Aku dah tak boleh layan eomma selalu. Aku ada tanggungjawab sebagai isteri juga.

" Alah, kan Taehyung dah cakap lepas ni eomma dengan Min akan duduk rumah dia. Min masih boleh jumpa eomma. " Eomma tersenyum. Aku mengangguk dan kembali memeluk pinggangnya.

" Ehem! " aku tersentak dan memandang empunya suara itu. Air mata dilap segera.

" Hai Ae Ran. " Puan Kim menyalam tangan eomma.

" Lama tak jumpa kamu, Taera. Mesti kamu makin cantik sekarang. Mana kamu pergi lepas Yongjun meninggal? " soal eomma. Kelihatan Puan Kim tersenyum kelat. Jap, siapa Yongjun? Macam mana eomma kenal eomma Taehyung ni?

" Saya tenangkan diri. Cari kekuatan sebelum jumpa Ae Ran. " Puan Kim menjeling. Aku dah mula tak sedap hati. Eomma Taehyung tak suka eomma ke?

" Eomma, saya nak pinjam wife saya kejap boleh? " Taehyung meminta izin daripada eomma. Aku memandangnya. Dah kenapa?

" Lah wife kamu kan. Kenapa nak mintak izin? Hahahahah pergilah. " Taehyung menarik tanganku, pantas meninggalkan Puan Kim dan eomma berdua. Perbincangan mereka seakan serius.

" Sakitlah gila! " aku mengaduh. Tanganku dipegangan Taehyung ditarik. Berbekas merah siot!

" Alah sorrylah. Aku main tarik je tadi. " Taehyung membelek tanganku lantas meniup perlahan. Hati aku adalah tersentuh sedikit.

" Hah kenapa ni nak pinjam aku? " soalku.

" Aku nak cakap esok kau dah boleh pindahkan barang ke kondo aku. " katanya. Aku menggaru kepala.

" Se--sebenarnya aku malas nak pindahlah. " kataku.

" Lah apahal? "

" Aku selesa dekat rumah sendiri. Duduk berdua dengan eomma. " aku berdalih. Lagipun aku dah kenal semua jiran kat situ. Kalau pindah, aku malas nak berkenalan.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now