27

2K 176 3
                                    

Taehyung mengurut dahinya. Dia pening kepala sejak semalam. Badan pun lemah. Tekaknya juga loya. Semua sebab dia termakan kimchi basi.

Hari ni pun dia ada kelas tapi terpaksa minta pulang awal. Minyoung dah dua hari tak ada kelas. Duduk kat rumah, goyang kaki. Amboi!

     Sebaik sahaja pintu ditolak, ruang tamu rumahnya gelap gelita. Jam ditilik. Baru pukul 12 tengah hari. Langsir ditutup, lampu digelapkan dan tiada sebarang sumber cahaya yang masuk. Berkerut habis dahinya. Mana isteri kesayangannya pergi?

" Minyoung! " panggil Taehyung. Namun, senyap.

" Park Minyoung! " panggil Taehyung, sekali lagi. Kali ini suaranya dikuatkan. Namun masih senyap tanpa sebarang sahutan.

" Miny-- "

" Happy birthday to you. Happy birthday to Kim Taehyung. Happy birthday to you. " satu suara lunak kedengaran serentak lampu ruang tamu dihidupkan. Mata Taehyung terbuntang. Minyoung dihadapannya sedang tersenyum manis. Dibelakangnya telah dihiasi dengan belon yang berwarna-warni serta banner yang tertulis ' Selamat Hari Tua, Encik Suami ! ' . Dihadapan Minyoung pula, terletak elok kek coklat kegemarannya. Taehyung tersenyum lebar.

" What is this, sayang? " soal Taehyung. Mata Minyoung dipandang dengan penuh kasih.

" Happy Birthday, sayang. Selamat menjadi Encik 25 ! I love you. " ucap Minyoung, romantis. Taehyung terharu. Dia memang terlupa hari ini hari jadinya. Langsung tak teringat.

" Thank you! Macam mana sayang buat semua ni? " soal Taehyung. Minyoung mengangkat kening.

" Jeena tolong. Saya tak larat buat sorang. " balas Minyoung.

" Saya tak ingat langsung hari ni hari jadi saya. "

" Tapi saya ingat! Errr.... muka awak pucat. Kenapa ni? "

" Poison food. Tapi tak apalah. "

" Hah Taehyung, ni hadiah awak. " Minyoung menghulurkan sebuah kotak kecil kepada suaminya. Belum sempat Taehyung menyambut, pandangannya mulai kelam. Taehyung pengsan!

-----

Jeena menelan air liur. Hujung bajunya dipegang kuat. Dia menarik nafas. Serentak kakinya melangkah laju memasuki rumah agam itu.

" Ya cik. Cari siapa? " soal seorang wanita tua. Melalui pemakaiannya, Jeena dapat agak itu pembantu rumahnya.

" Saya cari Kim Mingyu. Dia ada? "

" Oh tuan? Ada! Cik masuklah dulu. Nanti saya panggilkan dia. " kata wanita tua lantas mempersilakan Jeena masuk kedalam rumah besar itu.

     Jantung Jeena berdegup dengan kencang. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah agam ini. Sementara pembantu rumah memanggil Mingyu, dia memerhatikan segenap rumah. Elegan. Cantik. Perabot kayu jati. Menyerlahkan identiti pemilik yang bercita rasa tinggi. Di dinding pula tergantung elok gambar Mingyu. Di sudut yang lain pula, ada gambar keluarga. Namun, disitu ada 4 orang dewasa dan beberapa kanak-kanak kecil. Tiada pula wajah Mingyu disitu.

" Eh Jeena, buat apa kat sini? " soal Mingyu daripada atas tangga. Dia kelihatan cuak apabila melihat wajah Jeena. Rambutnya serabut serta pakaiannya juga tidak terurus.

" Jeena nak jumpa Mingyu. " kata Jeena, menunduk. Lelaki itu segera turun daripada tangga dah menghampiri Jeena.

" Kenapa tak call dulu? Jeena datang naik apa? "

" Teksi. " Mingyu mengelus lembut rambut Jeena. Bibirnya membentuk senyuman sinis.

"  Kenapa datang? "

" Jeena ada benda nak cakap dengan Mingyu. " Ditarik tangan lelaki itu. Dia serba-salah mahu memberitahu perkara itu. Nafas dihembus kasar.

" Apa dia, sayang? Cakaplah. "

" Sebenarnya, Jeena mengan-- "

" Sayang! " Jeena tersentak. Satu suara lain bersuara daripada atas tangga. Serta merta mata Jeena terbuntang besar. Ada perempuan lain keluar daripada bilik Mingyu. Pakaiannya pun cukup seksi. Bathrobe sahaja yang disarung pada tubuh.

" Si--siapa tu Mingyu? " soal Jeena. Bibirnya bergetar menahan rasa. Tubuhnya juga menggigil. Rasa ditipu hidup-hidup.

" Jeena, I can explain. " Tanpa sebarang amaran, Jeena menarik kasar tubuh Mingyu lantas leher lelaki itu diperiksa. Hancur luluh melihat banyak kesan lovebite disitu. Air matanya tumpah jua.

" Cukup. Jangan cari saya lagi. " Jeena terus berlari pergi. Mingyu pula tidak mengejar. Hanya diperhatikan sahaja tubuh Jeena berlalu pergi. Senyuman sinis dihasilkan lagi. Matanya memandang gadis seksi diatas.

" Jom sambung kerja kita tadi, sayang! " kata Mingyu. Sedikit pun tidak terkesan dengan peninggalan Jeena.

------

" Macam mana awak boleh pengsan ni? " soal Minyoung, risau. Dahi Taehyung ditampal dengan Cool Fever.

" Mula-mula food poison. Lepas tu demam. " muncung Taehyung. Tergelak Minyoung dibuatnya.

" Hadiah saya pun awak tak sempat tengok lagi. Nak tak? " soal Minyoung. Senyuman manis diberikan kepada sang suami. Taehyung mengangguk laju. Gaya budak kecil.

" Nah. " sebuah kotak kecil dihulurkan kepada suami. Dahi Taehyung automatik berkerut.

" Jam tangan ke? "

" Bukan. "

" Cincin? "

" Nope. "

" Rantai? "

" Lagilah tak! "

" Habistu? "

" Bukak dulu and you'll know. "  Penutup kotak itu dibuka. Tergamam dirinya. Mulutnya terlopong tanda tidak percaya.

" Seriously, sayang? " soal Taehyung. Minyoung mengangguk dengan senyuman yang lebar.

" Awak happy tak? " Minyoung bertanya.

" Soalan apa ni? Of courselah happy! Thanks sayang! Ni lah hadiah hari jadi yang terbaik. " Taehyung menggenggam erat pregnancy test ditangannya. Dua garis biru menandakan isterinya mengandung.

       Kepala Taehyung ditundukkan separas perut isterinya. Minyoung memandang pelik.

" Annyeong anak papa. Sihat tak kat dalam tu? Jangan buat mama sedih okay? " Taehyung mengusap perut Minyoung sambil berbual kecil. Tergelak isterinya. Terima kasih buat saya bahagia, Taehyung.

-----

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now