5

3.1K 220 5
                                    

" Kau berhentikan aku kat gerai eomma aku. " arahku. Jimin mengangguk. Motornya mula diperlahankan. Serta-merta aku berkerut. Gerai eomma roboh. Dan eomma tiada!

" Weh Min, eomma kau tak ada do! " kaget Jimin. Aku dah mula risau. Aku tahu apa yang terjadi. Mesti kes gangster minta duit perlindungan lagi ni. Tapi mana eomma?

         Aku turun di tepi jalan dan segera menghampiri gerai eomma. Mataku melilau kekiri dan kekanan. Tapi masih tiada kelibat eomma. Air mata dah nak mengalir ni!

" Min, jom naik balik! Kita ronda satu pekan ni cari eomma kau. " ajak Jimin. Aku mengangguk dan segera naik ke belakangnya. Air mata dah merembes keluar.

" Kau sabarlah. Mesti eomma kau lari tu. Perati kiri kanan. Ada tak eomma kau? " kata Jimin. Aku memandang kekiri dan kekanan jalan raya. Beberapa gerai lain turut diperhatikanku. Namun, batang hidung eomma pun tiada!

" Jom turun motor. Kita tanya orang sekeliling. Mana tau dorang nampak. " cadang Jimin. Aku mengikut sahaja langkahnya. Otakku kosong sangat sekarang.

" Maaf tumpang tanya. Makcik nampak eomma saya tak? " soalku pada Puan Choi. Namun, hampa.

       Setelah hampir 1 jam berjalan kaki, aku dah berputus asa. Jimin pun dah penat. Aku mula rasa serba-salah.

" Maaf. " ucapku. Jimin yang sudah lencun berpeluh memandangku hairan.

" Kenapa? "

" Susahkan kau. Aku patut cari sendiri tadi. Mesti kau ada banyak kerja lain nak buat. "

" Haish apa yang menyusahkannya? Aku ni balik awal pun bukannya ada bini kat rumah. Eomma dengan appa je yang ada. Masing-masing busy. For my Park friend, tak ada istilah menyusahkanlah. " Jimin menepuk lembut rambutku. Dia tersenyum. Aku hanya mengangguk.

" Jom aku hantar kau balik. Kalau sampai pukul 8 malam ni eomma kau tak balik, aku teman kau buat report polis. " Jimin memaut bahuku. Kami kembali ke motor dan Jimin membawaku pulang ke rumah.

---

Puan Kim termenung sendirian di pangkin luar rumah. Rumahnya besar namun dia tinggal bersendirian. Kadangkala ditemani maid. Taehyung? Anak lelakinya jarang pulang ke rumah. Bibir tuanya mengeluh.

Flashback

" Aku cakap perkara betul, Taera! " kata Makcik Souyin. Kim Taera hanya tertunduk lesu.

" Aku tak tahulah, Souyin. Park Hoomin tu bestfriend mendiang suami aku. Takkanlah dia nak buat perkara tu. " Taera menggeleng. Baru je semalam mendiang suaminya selamat dikebumikan.

" Aku boleh sumpahlah, Taera! Laki kau tak mati kena bunuh dengan gangster! Kau pun tahu betapa hebatnya dia berlawan. Tapi dia kena bunuh dengan sahabatnya sendiri tu ha! Park Hoomin tu memang dengki dengan laki kau! Dia nak rampas jawatan suami kau! " hasut Makcik Reyu pula. Matanya dan mata Souyin sudah bernyala. Masing-masing galak menghasut Taera.

" Polis sendiri kata tu semua kemalangan. Lagipun Hoomin pun meninggal dalam kemalangan tu. Macam mana dia nak rampas jawatan suami aku? " soal Taera. Dia memandang wajah dua perempuan dihadapannya. Masing-masing sudah terdiam.

" Alah! Tu taktik je. Entah-entah nanti isteri dia pula akan sambung pelan jahat dia! " Souyin masih tidak berpuas hati. Taera menggeleng.

Dia tak nak menuduh Park Hoomin membunuh suaminya. Sebab dalam kemalangan itu, Park Hoomin juga turut terbunuh.

" Apa yang makcik Souyin dengan makcik Reyu cakap tu benda betul. Memang pakcik Hoomin yang bunuh appa. Tapi rancangan pakcik Hoomin gagal. Tapi isteri dia dengan anak dia, Minyoung akan hancurkan keluarga kita. " tiba-tiba Taehyung muncul. Wajahnya mendung dan sedih. Taehyung juga turut terlibat dalam kemalangan itu. Tangan dan kepalanya yang berbalut menyebabkan pergerakannya terbatas.

" Apa yang Tae cakap ni? " soal Taera. Tubuh anaknya yang baru berusia 8 tahun itu dihampiri.

" Masa kemalangan tu, pakcik Hoomin yang langgar kereta appa. Memang dia! " jerit Taehyung. Kemudian, tangisan mula memenuhi ruang tamu. Taera tak percaya dengan apa yang didengarinya. Anaknya tak pandai menipu. Dendam mula memenuhi diri. Dia takkan memaafkan keluarga Park!

End Flashback

         Lamunan Puan Kim terhenti apabila pembantu rumahnya menepuk bahunya.

" Puan, nah kopi yang puan nak tadi. " Puan Kim hanya mengangguk. Pembantunya berlalu pergi. Kopi pahit itu diteguk. Dia tak suka kenangan lama menjengah. Nanti dia akan teringatkan mendiang suaminya dan keluarga Park yang tak guna itu.

---

     Aku dah tak kira! Aku menangis dengan sekuat hati juga. Air mata dah berjujuran macam air terjun. Makeup luntur? Lantaklahh! Yang penting aku rasa lega dan marah sekarang. Rupanya eomma dah lama ada kat rumah. Buat aku risau je. Tapi dia ada dengan Taehyung. Apa mamat terencat ni buat dengan eomma?

" Kenapa kau ada kat sini? " soalku, kasar. Aku kisah apa dia profesor aku sekalipun! Tu kat universiti punya cite. Sekarang ni kat rumah!

" Errr... Min, aku rasa kau kena hormat Prof kita. " tegur Jimin. Dia hanya tersenyum kelat. Jimin pun terkejut nampak Profesor Taehyung kat rumah Minyoung. Tapi tak berani nak tanya apa-apa.

" Ergh! Eomma, kenapa gerai kita roboh? Macam mana eomma boleh balik dengan mamat ni? " mataku melirik pada eomma pula. Tangannya aku genggam.

" Mamat? Dia ada nama lah Minyoung. Bertuah punya anak dara. Dia yang selamatkan eomma tadi daripada gangster tu. " marah eomma. Aku terdiam. Persoalannya, aku masih dara ke? Okay, bck to the story.

" Oh ye ke? Gomawo. " ucapku pada Taehyung tapi ditambah dengan jelingan. Biarlah bukannya eomma boleh nampak.

" Min, aku balik dululah. Eomma kau pun dah selamat. Apa-apa call aku okay? " pesan Jimin sebelum menyalam tangan eommaku. Dia menapak ke luar rumah. Motornya dihidupkan dan memecut pergi.

" Aku tak tahu pun dia ni eomma kau. Nasib baik dia tak kena belasah dengan gangster tadi. " balas Taehyung. Dia hanya mengangkat bahu.

" Eomma rest lah kat bilik. Min nak cakap TERIMA KASIH kat Taehyung ni. " aku memimpin tangan eomma ke bilik. Sengaja aku tekankan perkataan terima kasih tu. Biar dia tahu aku tak ikhlas!

        Sebaik sahaja eomma dah tidur, aku menghampirinya. Selamba nenek je dia tengok album gambar aku masa kecik!

" No touch! This is mine! " aku merampas kembali bukuku. Taehyung hanya membuat muka toya. Bertambah mendidih darah aku ni.

" Okay, aku nak ucap terima kasih sebab selamatkan eomma tadi. Kalau kau takde, tak tau apa jadi dengan eomma. " kataku. Mataku memandang matanya.

" No problem. Aku memang pro berlawan. Tengok lenganlah. " sekali lagi aku menjeling. Aku menyampah betul spesies masuk bakul angkat sendiri ni. Perasan nak mampus!

" Aku rasa kau dah boleh baliklah. Lagipun nak dekat pukul 9 ni. "

      Taehyung menapak ke pintu. Sebelum tombol ditarik, dia berpaling memandangku.

" Esok hari minggu kan? " soalnya.

Aku mengangguk.

" Esok tak ada kelas kan? "

Aku mengangguk.

" Good! Esok kita jumpa eomma aku. "

Ha ni aku ternganga. Apahal pulak?!

" Jangan terkejut sangatlah. Kan kita nak kahwin. Tak nak restu ke? Don't worry eomma aku baik. Pakai lawa-lawa tau, sayang. Bye. " Taehyung terus berlalu pergi meninggalkan aku yang dah tergamam. Sumpah aku tak tahu nak respon apa. Jumpa eomma Taehyung? Aku dah nak kahwin ke ni? Aku baru 20 tahun kot! Macam baru semalam aku lahir.

       Kenapa Taehyung beria sangat nak aku dengan dia kahwin? Lelaki lain punyalah lari sebab tak nak bertanggungjawab. Tapi dia?

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Onde as histórias ganham vida. Descobre agora