2

3.7K 280 20
                                    

" Eomma... " aku memeluk satu-satunya ibu kandungku. Setelah penat bekerja dan melayan Jongin tadi, dia balik hanya mahu menghadap ibunya yang tercinta.

" Okay tak kerja Min? " soal Puan Park. Matanya buta dan hanya dapat menyentuh anaknya sahaja. Sudah 17 tahun berlalu sejak kemalangan itu, pasti anak gadisnya dah berubah. Semakin cantik, semakin tinggi. Hati ibu ingin sangat melihat wajah si anak, namun matanya yang tidak celik menghalang.

" Okay je eomma. Ni dah makan ke belum? " soalku. Aku sangat mementingkan soal makan ibu memandangkan ibu sendiri pun susah nak makan.

" Dah. Tadi makcik Teresa datang. Dia yang suapkan eomma. " balas eomma. Aku hanya mengangguk. Lega sedikit hati apabila ibu sudah kenyang. Aku meminta izin untuk ke biliknya. Niatku hanya mahu merehatkan diri.

Ting! Tong! Ting! Tong!

Bunyi loceng rumahku kedengaran. Haih, aku mengeluh perlahan. Baru je nak berehat, dah ada yang kacau. Aku menapak ke pintu dan membukanya. Muka yang masam serta merta berubah. Dia tak sangka lelaki itu ada didepan rumahnya sekarang!

" A...apa kau buat kat sini? " soalku masih lagi dalam keadaan terkejut. Didepan mataku adalah Kim Taehyung. Lelaki yang meniduriku semalam. Bukan tahun lepas, tapi semalam!

" Aku cari kau. " wajah dingin Taehyung kupandang. Hatiku serta merta bengkak kembali. Peristiwa semalam seakan pita yang berputar didalam ingatan. Dia takkan lupa sampai mati.

" Pergi balik! " halauku perlahan. Tak mahu eomma terdengar.

" Tak nak. Aku perlu jumpa kau! " tegas Taehyung. Suaranya yang separa menjerit itu membuatkan aku bertambah marah.

" Minyoung, siapa tu? " jerit Puan Park daripada ruang tamu. Aku kaget. Kan eomma dah dengar. Kecik besar kecik besar je aku tengok Taehyung ni!

" Ada kawan Min datang, eomma. Dia pulangkan dompet Min. Tertinggal tadi kat kafe. " jawabku dengan jeritan juga.

" Oh kawan. Dia nak minum apa-apa tak? " balas eomma. Aku menepuk dahiku. Time ni lah eomma banyak tanya!

" Tak! Dia dah balik pun. " aku berharap jawapanku kali ni mampu membuatkan eomma senyap seketika. And, gotcha! Eomma senyap dan tak cakap apa-apa lagi.

" Kim Taehyung, kau balik sekarang." Arahku dengan mata yang dijengilkan. Aku mencerlung memandang wajah tampan dihadapan mataku ini.

" How did you know my name? " soalan Taehyung membuatkan ku rasa tercekik.

" Errrr.... a..aku tahuuu... "

Pintu ditutup kasar lantas Taehyung menolakku kedinding. Tubuhnya menghimpit tubuh kecilku ini. Mataku dah berair. Serta-merta peristiwa semalam terlayar di fikiran.

" Shhhh jangan menangis. Aku tanya je. " pujuk Taehyung. Aku dengan segera menolak tubuhnya sehingga lelaki itu jatuh terduduk.

     Aku berlari anak ke ruang tamu. Sedikit lega apabila melihat eomma dah tertidur didepan televisyen. Serta-merta tanganku ditarik kasar oleh Taehyung.

" Sakitlah! " marahku. Mataku dah basah dengan air mata. Hatiku dah bengkak.

" Macam mana kau tahu nama aku? " soal Taehyung. Kali ni nada suaranya sedikit keras. Dia marah.

" Jo...Jongin beritahu. "

" Siapa Jongin tu?! " jerit Taehyung. Bahuku terangkat kerana terkejut. Aku segera menutup mulutnya. Aku tak mahu eomma terbangun.

" Haish susahlah. Sini! " aku menarik tangan Taehyung kebilikku. Private sikit nak jerit bagai. Pintu dikunci dan segera aku berpaling. Wajah Taehyung ku pandang dengan garang.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now