18

2.1K 171 11
                                    

          Batu di persisiran pantai disepak. Mulutnya tak habis mencebik.

" Semua salah eomma! " bebel Taehyung sendirian. Dia membiarkan kakinya mencecah air laut. Matahari yang hampir terbenam diperhatikan.

      Kalau Puan Kim tak mengada nak buat honeymoon ni, dia tak perlu nak pujuk Minyoung. Dendam tetap dendam.

     Tiba-tiba tekaknya mengidam mahukan air kelapa. Matanya tertancap pada sebuah gerai menjual air kelapa di tepi jalan. Dengan perlahan, dia menghampiri gerai itu.

" Ya bang? Nak apa? " soal pekerja itu.

" Nak air kelapa fresh dalam buahnya. Tak payah masukkan dalam cawan. " pinta lelaki itu. Pekerja itu mengangguk dan segera memotong buah kelapa hijau itu.

" I want it too. Same like this man. " satu suara menyapa di tepi. Pekerja itu mengangguk memahami. Taehyung dapat agak siapa disebelahnya. Mesti pelancong! Tapi suara ini macam dikenali.

" Nah bang. " lelaki itu menghulurkan air. Taehyung menyambut dengan senyuman.

      Kaki diatur meninggalkan gerai itu. Satu sedutan diambil. Sesekali matanya menyepet memandang matahari.

" Nice to meet you, Kim Taehyung. " langkah kaki Taehyung terhenti. Siapa yang menegurnya ni? Dia berpaling pantas.

" Who are y-- " Taehyung bungkam. Gadis yang menegurnya. Wanita yang dia rindu saban hari. Yang dia tunggu hari-hari. Memakai topi pantai dan berbaju labuh hijau tanpa lengan.

Dia....
Hana Isabella.

" Hana? " Bergetar bibir Taehyung menyebut nama yang dah lama tak meniti di bibirnya.

" I miss you. " terasa lemah lututnya mendengar ayat yang dituturkan Hana. Rambut diraup dan dia segera menapak meninggalkan Hana. Hatinya belum bersedia, sejujurnya.

      Hana memandang dengan ekor mata susuk tubuh itu berlalu pergi. Senyuman nipis terbentuk. I miss you badly, sayang.

---------

" Eomma sihat? " tanya aku ditalian. Baru sehari aku di Pulau Jeju ni, aku dah mula risaukan eomma.

" Sihat. Min macam mana? Taehyung okay? " soal eomma. Aku menggigit bibir. Minyoung baru je sakitkan hati Taehyung, eomma.

" Min okay je. Taehyung pun sama. "

" Jaga suami baik-baik. Jangan menderhaka. " Zapppp! Setepek kena dekat aku. Eomma ni macam tahu je aku baru derhaka dengan Taehyung.

" Kenapa eomma tiba-tiba cakap camtu? "

" Peringatan. Eomma nak anak eomma jadi isteri yang taat. Taehyung tu baik. Dia terima anak mak yang selekeh ni. " aku mencebik. Kedengaran tawa halus eomma dihujung sana.

" Kalau eomma dah tiada, eomma nak Min dengar cakap suami selalu. Apa jua keadaan pun, okay? "

" Eomma! Min tak sukalah eomma cakap pasal mati. " aku tak nak hilang eomma. Tak nak.

" Eomma pesan je."

" Eomma Kim mana? " soalku. Sekarang ni mama Taehyung yang jaga eomma sementara kami berhoneymoon.

" Eomma kat rumahlah. " segera aku membulatkan mata.

" Apa eomma buat kat rumah tu?! Bahaya tau tak! " bebelku.

" Eomma ambil barang sikit. Kamu tak payah risaulah, eomma tahu jaga diri. "

Panggg!

Aku tersentak. Pintu baru sahaja dihempas oleh Taehyung tadi.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now