32

1.9K 169 10
                                    

Terkilan hati aku sebenarnya. Kenapa Taehyung langsung tak beritahu aku? Semalam merupakan hari terakhir Taehyung mengajar. Dan dia langsung tidak beritahu aku. Memanglah kat rumah pun boleh jumpa, tapi tak sama. Sejak peristiwa Jimin tegur aku, Taehyung makin dingin dengan aku. Apa salah aku?

      Jam dah menginjak ke angka 2 pagi dan baby dah mengidam nak minum yogurt. Nasib baik ada kat peti ais. Katil dituruni perlahan. Tak nak kejut Taehyung yang sedang tidur disebelah. Dengan perut yang sedikit membenjol, aku menapak ke peti ais di tingkat bawah.

    Pintu peti ais dibuka lantas yogurt diambil. Tergamam aku melihat tarikh luput. Dah berlalu dalam 5 hari lepas. Tapi aku teringin sangat. Lantaklah! Aku minum juga. Namun, belum sempat mulutku meneguk yogurt, bekas itu dirampas oleh seseorang. Tersentak aku dibuatnya.

" Yogurt ni dah habis tarikh luput. Kenapa awak minum? " soal suara itu, keras. Ya aku tahu tu siapa. Kim Taehyung.

" Baby nak. " jawabku sambil mengetap bibir. Takut dimarahi sebaik melihat wajah masam Taehyung.

" Lain kali kejut saya. I can buy it for you. Sini. " Taehyung menarik tanganku ke sofa lantas menyuruhku duduk. Hoodie yang memang sedia ada digantung segera suamiku ambil pantas.

" Saya keluar pergi 7E kejap. You stay here. Sleep if you want. Just don't go anywhere. " pesannya. Terkebil-kebil aku.

" Tapi sekarang dah pukul 2 pagi. " jawabku. Melarangnya pergi ke kedai. Aku boleh tahan mengidam ni sampai esok.

" For you and the baby, no problem for me. Take care. " ucapnya sebelum keluar. Aku tersenyum nipis. Inilah Taehyung yang ku mahu.

Sementara menunggu dia pulang, aku membelek majalah di rak. Bosan. Pandanganku teralih pada meja kopi pula. Ada beberapa pasu bunga kecil sebagai hiasan dan.... ada telefon Taehyung! Aku ragu-ragu nak membuka telefon itu. Ah, biarlah! Aku isterinya.

Damn! Password pula! Apa eh? Pelbagai cubaan aku cuba. Birthday Taehyung, birthday aku, anniversary kami. Hurm, semuanya salah! Haih. Otakku cuba memproses pelbagai birthday lain. Taehyung ada mention tarikh 19 Januari semasa kami baru berkahwin. Katanya itu tarikh yang perlu kami balik ke rumah mama. Aku cuba memasukkan nombor tersebut. Mana tahu betul.

Yes! Phone Taehyung berjaya dibuka. Kejap! Maksudnya.... 19 Januari tu birthday mama. Haih, so sweet ma husband!

Aplikasi Gallery dibuka. Kantoilah tangkap gambar aku masa kat kelas. Bukan sedikit! Ada dalam 30 pictures. Okay, check WhatsApp dia pula. Wah, ini dah kira menceroboh privasi. Lantaklah, laki aku!

Chat pertama, daripada aku. Hehe. Tapi dia bluetick je. Dia save nama aku ' Murai Comel '. Ewah, ewah!

Chat kedua, daripada J. Siapa J? Hah?! Taehyung curang?! No!

Dan chat ketiga daripada Jimin. Takpelah, mungkin hal pelajar.

Yang aku curious ni, siapa J? Haish, aku check chat nya. Terbuntang mataku.

J : Tunggu dalam 3 tahun baru kau kembali.

Taehyung : Mampos Mingyu tu aku kerjakan!

J : Sabar! Aku tahu macam mana nak handle. Minyoung biar aku yang jaga.

Taehyung : Aku percayakan kau.

Kenapa nama aku ada dalam ni? Siapa J ni sebenarnya? Kenapa nama boyfriend Jeena disebut sekali? Tolonglah! Aku keliru. Apa Taehyung sedang rahsiakan ni?

------

" Esok kan graduation day. Kau kena pergi. " arah Jongin. Punggungnya dilabuhkan pada sofa bertentangan dengan Jeena. Gadis itu masih tertunduk.

" Perut ni, tak boleh cover dah. Baik tak payah pergi! " jerit Jeena. Jari telunjuknya tajam menunjuk ke perutnya yang membuncit.

" Baru 2 bulan. Sempat nak gugurkan. " kata Jongin selamba. Dia dah penat memarahi Jeena. Kini, dia hanya mampu melihat. Dia sangat kecewa dengan Jeena.

" No! Anak ni tak bersalah. "

" Yelah! Yang bersalah tu kau. Yang bodohnya tu kau. Aku dah banyak kali nasihat pasal Mingyu, kau yang tak nak dengar. "

" Jangan serabutkan aku lagi boleh tak, bang?! "

" Minyoung cari kau. Jangan lupa, kau masih ada sahabat yang caring pasal kau. " Jongin memandang adiknya dengan tajam.

" Aku tak nak jumpa dia macam ni. Aku malu. "

" Dia dah tahu. Tak perlulah malu. Kau pergi je graduation esok. Ambil diploma kau. Penat kau usaha, takkan nak sia-siakan. Lepas tu, terus balik. Aku tunggu. " pesan Jongin. Jeena menunduk. Takut dia mahu kembali ks Universiti Seoul. Memang perut dia tidak kelihatan jika dia berdiri, tetapi sebaik sahaja dia duduk, memang kelihatan baby bump.

" Janji tak tinggalkan aku? "

" Kau tu adik kandung aku, Jeena. Mendiang eomma dengan appa tinggalkan kau untuk aku yang jaga. Aku sayang kau. Mustahil aku akan tinggalkan kau. " Jeena mengesat air matanya yang mengalir. Terharu mendengar kata-kata Jongin. Dia sangat sayangkan abangnya.

" Terima kasih, abang. "

------

Graduation day! Yeay! Akhirnya aku graduate juga selepas 3 tahun berhempas pulas. Taehyung juga ada, tetapi dia tak ada untuk menemani aku. Salah satu sebabnya, tak ramai yang tahu aku dan Taehyung dah berkahwin. Sebaik sahaja majlis tamat, aku segera menghampiri Jimin. Sejak dua menjak ni, dia makin menyendiri. Sejujurnya, aku rindukan gurauan dia.

" Jimin! " panggilku lantas pinggangnya ku cuit. Terkejut lelaki itu.

" Haish Min! Terkejut aku. " Jimin mengurut dadanya. Matanya terbuntang luas.

" Sorry! Happy graduation day, buddy! " kataku, riang. Bibirnya tidak lekang daripada tersenyum.

" Yeah you too! Lepas ni kita berdua boleh digelar Doktor Jimin and Doktor Minyoung. Kalau kita buat pembedahan sama-sama, orang akan bisik cakap ' Wah! The Park nak buat operation! ' " selorohnya. Aku mencubit kuat lengannya. Jauh beno fikiran.

" Aduh! Sakitlah! " marah Jimin lantas lengannya diusap. Aku mencebik. Sesekali mataku mengerling kekiri dan kekanan. Mencari seseorang.

" Woi, cari sape?! Tak cukup aku sorang? " tegur Jimin lantas bahuku digoncang. Tersentak aku dibuatnya.

" Mana Jeongyeon? " Senyuman Jimin terus mati. Alamak! Aku salah cakap ke? Dia mulai menunduk.

" Weh Jimin, kenapa ni? "

" Dia... dia ada kat sana. " kata Jimin lantas menundingkan jari ke suatu tempat. Aku berkerut kehairanan. Tempat yang ditunding segera dipandang. Terkejut aku dibuatnya. Jeongyeon disitu. Bersama lelaki lain!

" Jeongyeon curang ke? " soalku, gusar. Wajah Jimin yang mendung dipandang.

" Semalam.... " Jimin menahan tangis. Ah sudah, apa aku nak buat ni?

" Semalam dia minta putus. Katanya dah tawar hati dengan aku. Dia dengan Hyunjin sekarang. " kata Jimin menyambung percakapannya. Aku ternganga. Aku kenal Hyunjin tu. Playboy!

" Hyunjin tu playboylah! Macam mana Jeongyeon boleh suka dia? "

" Entahlah. Aku pasrah dah. Macam sampah dia layan hati aku ni. "

" Sabarlah. Kena lah Jeongyeon tu aku kerjakan! " aku menyinsing lengan. Geram sangat dengan golongan curang ni!

" Janganlah. Kau tu pregnant. "

" Dah jangan nangis. Senyum sikit. Hehe. " aku tertawa dan diikuti Jimin. Aku kesian melihat dia. Dahlah jarang jatuh cinta. Kemudian, dicurangi. Kejamnya Jeongyeon!

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now