25

2.1K 181 5
                                    

Daripada jauh, Jeongyeon memerhatikan Jimin yang sedang makan seorang diri di kafeteria. Dia menarik nafas dalam. Hari ini dia bertekad nak pujuk Jimin sehabis mungkin. Sepi harinya tanpa usikan Jimin, lawak Jimin dan kata-kata romantis Jimin. Kakinya mulai mengatur langkah menghampiri teman lelakinya.

" Jimin... " panggil Jeongyeon. Kerusi hadapan Jimin ditarik lantas punggung dilabuhkan disitu. Jeongyeon menerima jelingan tajam daripada Jimin dan lelaki itu mulai bangun. Air teh dan ramyeon tidak dihabiskan. Seleranya mati.

" Where are you going? " soal Jeongyeon. Jimin mengeluh.

" Masuk kelas. "

" Tinggalkan saya? "

" Saya nak rushing masuk kelas. " jawab Jimin, dingin. Jeongyeon terasa dengan sikap Jimin. Pertahankan sangat Yeji tu!

" Kenapa awak berubah, Jimin? "

" Huh? Berubah? " Jimin mengangkat kening. Dia tersenyum sinis.

" Sampai hati awak buat saya macam ni semata-mata sebab Yeji tu. Saya ni siapa bagi awak, Jimin? " Jeongyeon memandang wajah kekasihnya dengan air mata sudah mengaburi pemandangannya. Dia tidak sangka Jimin akan jadi begini.

" You're my girlfriend. My lover. " jawab Jimin tapi masih dalam nada yang dingin. Jeongyeon mengangguk.

" I'll become your ex girlfriend. "

" Since when?! " jerit Jimin. Uratnya tersembul menahan marah. Jeongyeon tersentak.

" Since now! " walaupun takut, gadis itu membalas juga. Dia memandang Jimin dengan tajam.

" Follow me! " Jimin menarik pergelangan tangan Jeongyeon ke belakang bangunan. Kawasan yang tidak ramai pelajar disitu.

" Sakitlah! " Gadis itu menarik tangannya. Berbekas merah di pergelangannya.

     Jimin menolak tubuh Jeongyeon kedinding. Dengan pantas, tubuh sasa lelaki itu menghimpit tubuh Jeongyeon.

" Apa awak buat ni, Jimin?! " marah Jeongyeon. Perasaan meluat mula timbul dalam dirinya.

" Rambut awak makin panjang. Cantik. " Jimin mengelus lembut rambut kekasihnya. Terkedu Jeongyeon dibuatnya. Jimin berubah watak.

" Are you okay, Jimin? "

" Jeongyeon, saya tak nak awak buat macam tu lagi. Awak macam tak percayakan saya. You know saya hanya ada awak je dalam hidup saya. " ucap Jimin, romantis. Jeongyeon terkedu. Dia memandang wajah kacak Jimin.

" Sa--saya cemburu awak dengan Yeji. Layanan awak pada saya pun dah berubah. Like you don't love me anymore. " luah Jeongyeon. Jimin mengeluh. Jarinya naik mengelus lembut pipi Jeongyeon. Kemudian, ianya turun ke hidung dan seterusnya ke bibir.

" I love you so much. Just remember that. "

" Macam mana saya nak tahu awak tak tipu saya? Kalau Yeji da-- "

Terbuntang mata Jeongyeon. Dia tersentak. Sungguh dia tak sangka Jimin sedang mencium bibirnya sekarang. Dia yang masih terkejut tidak membalas ciuman lelaki itu. Namun, urutan bibir yang lembut membuatkan Jeongyeon terbuai lantas membalas ciuman itu. Jeongyeon dapat rasakan kasih sayang mengalir ke dalam dirinya melalui ciuman Jimin.

      Selepas beberapa ketika, Jimin meleraikan ciuman. Dia tersenyum manis.

" Tu bukti saya cintakan awak. Saranghae. " ucap Jimin lantas memeluk tubuh Jeongyeon. Gadis itu juga turut membalas.

     Dia tidak sanggup kehilangan Jimin. Lelaki itu semangatnya dan cinta hatinya. Jimin, I Love You.

-----

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now