40

2K 161 1
                                    

" Comelnya!! " pujiku. Mataku tidak habis menatap gambar anak Jeena di telefon bimbit. Aih mukanya masih merah. Hidung dan mata mirip Jeena. Tapi bibir dan telinganya ikut Mingyu. Handsome habis!

" Hello Jeena.. " aku menelefon sahabatku dengan ceria.

" Hello, Min! Comel kan anak aku? Hekhek. " gelak Jeena. Aku tersenyum lebar.

" Comel! Ikut kau. Nama dia apa? "

" Kim Minjee. Hihihi. "

" Sedap nama tu! Kau dah dapat hero, aku harap aku dapat heroin lah. Boleh kita kahwinkan. " selorohku. Terdengar decitan Jeena ditalian.

" Tak nak! Anak kau tak cantik. Tak padan dengan anak aku nanti. " gurau Jeena. Aku mencebik.

" Amboi! Sedap mu-- "

Prankkkkk!

Aku tersentak. Tu bunyi kaca pecah.

" Jeena, I'll call you back. " kataku sebelum mematikan panggilan. Kaki diatur ke bilik mama. Terbuntang mataku melihat mama dah tertiarap diatas lantai. Di tangannya juga ada cawan kaca yang telah pecah. Aku berpendapat mama cuba untuk minum air tadi.

" Ma, kenapa ni? " soalku, risau. Tubuh mama cuba diangkat olehku.

" Jangan sentuh akulah! " tepis mama. Aku mengeluh.

" Takkanlah mama nak meniarap kat lantai sampai malam? Haih, meh Min tolong. " kataku. Mama hanya menjeling. Dengan kekuatan yang bersisa, aku mengangkat mama ke kerusi rodanya semula.

      Terasa perutku mengeras tiba-tiba. Haduh anak mama, janganlah macam ni. Due minggu depan, sabar eh baby!

" Kenapa kau tolong aku, Minyoung? " soal mama. Aku tersenyum. Sakit di perutku dah beransur hilang.

" Sebab mama kan mama mertua saya. Saya kenalah tolong. "

" Aku jahat dengan kau, Min. Aku berdendam dengan kau. " balas mama. Aku hanya mengeluh halus.

" Tak apa. Saya tahu salah appa saya. Dan saya minta maaf mewakili dia. Keluarga Park memang menyusahkan keluarga Kim. " kataku, rendah diri. Mama mencebik.

" Tahu pun! Baguslah kau sedar diri. "

Klek! Klek! Klek!

Tersentak aku dan mama mendengar bunyi pintu diumpil. Dengan segera aku mengisyaratkan mama untuk senyap. Aku mengerling ke pintu ruang tamu. Dah terbuka?! Aku menutup pintu bilik mama dengan perlahan. Namun, belum sempat pintu dikunci, ia ditendang daripada luar.

       Satu objek keras dihentak ke kepalaku. Dalam kesamaran, aku melihat mama yang sudah terbaring diatas kerusi roda. Dalam keadaan berlumuran darah.

------

" Aku minta maaf, Hyun. " Jeongyeon memandang Hyunjin yang terlantar di atas katil dengan sayu. Kepalanya berbalut, matanya bengkak kedua belah. Tangan kanannya patah dan badannya ada banyak kesan kelaran. Kaki kirinya juga retak.

" Tak apa, Jeongyeon. Mungkin kau patut tahu, tempat kau memang disisi Jimin. " pujuk Hyunjin. Jeongyeon menangis teresak.

" Tu bukan Jimin aku. Bukan Jimin aku. " geleng Jeongyeon.

" Dia rindukan kau sangat, sebab tu dia jadi macam tu. Dia terlampau sayangkan kau. "

" Aku tak nak dia. Dia dah lain. Jimin aku takkan pukul orang. Tapi dia... aku benci dia. "

" Aku yang kena pukul ni, Jeong. Bukan kau. Tak apalah, sikit je ni. " sengih Hyunjin. Jeongyeon menjeling tajam. Dalam sakit boleh sengih lagi!

" Dia kata dia dendam dengan aku sebab minta putus dulu. Aku takut. "

" Dia cemburu tu. Lepas tu, kau boleh pula melawat aku sekarang? Kang Jimin nampak, kau nampak mayat aku jelah nanti. " seloroh Hyunjin namun dia menerima cubitan kuat di pinggang.

" Aduh, sakitlah!! Bongok betul. " muncung Hyunjin. Jeongyeon mendengus geram.

" Kau kawan aku weh. Jangan cakap macam tu. Tak sanggup hilang kau. " lirih Jeongyeon. Hyunjin tersenyum tawar.

" Pujuklah dia. Ubah dia semula. Trust me, dia boleh berubah kalau kau ada. Lelaki ni sanggup buat apa je demi orang yang dia sayang. " nasihat Hyunjin. Jeongyeon termenung.

" Bukan ke awak rimas dengan rambut panjang? " soal Jimin. Jeongyeon hanya tersengih.

" Memanglah. Tapi awak kan suka long hair. So I keep it. "

" Awak sanggup dengar cakap saya? "

" Yup. Saya akan dengar cakap awak selagi tak menjejaskan saya. " sengih Jeongyeon. Jimin menggosok rambut kekasihnya, lembut.

" Saya pun. "

" Hah? " soal Jeongyeon sekali lagi. Dia kurang jelas.

" Saya akan ikut juga cakap awak. Whatever things. Sebab saya sayang awak. Kalau awak suruh saya terjun sungai pun, I'll do it. " balas Jimin. Jeongyeon tersenyum manis.

" Kalau macam tu, jeritlah satu taman ni yang awak sayangkan saya. " cabar Jeongyeon. Jimin mengangguk lantas berdiri. Jeongyeon dah cemas. Dia bergurau sahaja.

" Perhatian! Saya Park Jimin nak membuat pengumuman yang saya sayangkan gadis disebelah saya ni, Yoo Jeongyeon sampai bila-bila ha aduhhh! " Jimin mengaduh apabila menerima cubitan di pinggang. Ada beberapa pengunjung taman yang menepuk tangan dan tersengih memandang mereka.

" Malulahh! " bisik Jeongyeon. Jimin mengangkat bahu.

" Kan saya dah cakap. I'll follow all your orders. " betah Jimin. Jeongyeon mencebik.

" Oi Jeongyeon!! " Jeongyeon tersentak daripada lamunan lantas memandang wajah Hyunjin.

" Hah apa dia? "

" Aish aku dah panggil banyak kali pun kau buat bodoh je. Cakap jelah kau rindukan Jimin. Aku faham. " tutur Hyunjin. Jeongyeon menunduk.

" Change him back, Jeong. I know you can. "

-------

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now