10

2.4K 195 5
                                    

          Aku berjalan sambil meneliti beberapa kertas ditangan. Kertas assignment yang diberikan oleh Taehyung sebentar tadi.

         Taehyung memang gila! Haritu, lelaki tu jemput dia kat cafe lepas tu hantar dia balik rumah. Kemudian, lelaki tu terus blah tinggalkan dia. Bosan tu memang tak boleh bincang!

" Argh! " terkejut aku apabila tiba-tiba sahaja Jimin merampas kertas ditanganku.

" Kau berangan apa ni Minyoung? Membebel daripada tadi. " tanya Jimin. Aku mencebik dan menggeleng.

" Tak ada apalah. Cuma fikirkan kerja assignment ni je. " balasku. Jimin mengangguk. Kertas aku ditenungnya.

" Eh siapa tulis ni? " Jimin menunjukkan sebuah kata-kata yang ditulis disudut kertas. Kecil sahaja tulisannya. Aku segera merampas kertas itu kembali dan mengecilkan mata untuk melihat dengan jelas.

Malam ni aku nak jumpa kau kat rumah kau. Ada benda nak cakap.
- Your husband

Terbutang mataku lantas kertas itu segera dilipat dan diletakkan didalam poket. Jimin berkerut seribu memandangku.

" Dia tulis apa? " soalnya. Aku menggeleng laju.

" Tak ada apalah. Aku terconteng tadi. " Jimin nampaknya masih tidak berpuas hati.

" Aku nampak perkataan husband tadi. Kau berangan apa? " Aku menelan air liur. Jimin masih memandangku, tajam. Aku menarik tangannya ke belakang bangunan.

" Dah kenapa sampai ke sini kau bawa aku? Kang orang nampak macam mana? " Jimin bertanya. Aku menggigit bibir. Rasa serba salah nak beritahu. Tapi Jimin ni kawan baiknya. Sejak kecil lagi.

" Jimin, aku percayakan kau tau. Tapi jangan beritahu orang lain tau pasal rahsia ni. " kataku. Jimin berkerut. Rambutnya disebak.

" Rahsia apa ni? "

" Aku dah lama simpan. Cuma tak boleh beritahu sesiapa atas arahan dia. "

" Dia? Siapa dia? "

" Aku takut dia marah. Tapi kau bestfriend aku. Aku harap kau simpan rahsia ni. " Jimin mengangguk. Aku menghulurkan jari kelingkingku.

" Janji? "

" Ya, Park Minyoung. Aku janji. " Jimin menyambut jari kelingkingku. Mulut aku terasa berat nak dibuka.

" Sebenarnya aku dah kahwin. "

" Apaaaaa?!!!! " jerit Jimin. Aku segera menutup mulutnya. Sudah ku agak Jimin akan menjerit. Matanya terbutang. Jelas terkejut.

" Dengan siapa, Min? Bila kau kahwin? Asal aku tak tahu ni?! " Jimin menggoncang bahuku. Naik pening kepala dia goncang badanku begini.

" Ni lah rahsianya. Aku dah kahwin dengan.... "

" Dengan siapaaaa? "

" Prof Taehyung. "

Deg. Terus terlepas tangan Jimin daripada bahuku. Dia masih ternganga. Matanya tak berkelip langsung. Terkejut sangat ni.

" Bila korang kahwin? Sejak bila bercinta? " soalnya. Aku meraup muka.

       Aku menceritakan segalanya. Daripada kami tidur bersama sehinggalah ke majlis perkahwinan kami. Jimin masih lagi terperanjat. Dia memandangku tak berkelip.

" Habis tu dia tak cintakan kau? " aku menggeleng. Kami tak bercinta.

" Huh, pandai eh kau! Kahwin dengan Prof sendiri. Confirmlah subjek Biologi kau dapat pointer 4.00 punya! Yelah, suami sendiri yang ajar. " Jimin memerli. Aku mendengus dan menjelingnya.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now