30

2K 168 4
                                    

" Mama tak teruja ke? " soal Taehyung. Hilang senyumannya. Sebentar tadi, Taehyung dan aku mengkhabarkan berita yang aku mengandung. Namun, mama hanya memandang kosong tanpa sebarang reaksi.

" Teruja? Pfttt, mama takkan suka cucu daripada rahim perempuan ni! " marah mama. Aku tergamam.

" Apa mama cakap ni? Minyoung isteri Tae, dan anak dalam perut Min tu anak Tae! " Taehyung nampak terkejut dengan kata-kata mama.

" Yes! Tapi mama takkan terima anak tu! "

" Apa salah Minyoung, ma? " soal Taehyung, lirih. Mata mama dipandang. Aku menggigit bibir bawahku. Rasa serba-salah. Perutku diusap perlahan.

" Sebab mama tak suka dia! Dia keturunan Park Hoomin! Keturunan yang paling mama benci! " tersentak aku mendengar nama mendiang appa disebut.

" A--apa salah appa, ma? " tanyaku, gugup. Wajah mama dipandang.

" Bapak kau penyebab laki aku jadi gangster! Sebab dia yang bawa laki aku masuk kumpulan kongsi gelap tu. Empayar Kim wujud sebab bapak kau! " mama hilang kawalan lantas rambutku ditarik. Terkejut aku. Air mata dah membasahi pipi. Menahan sakit dihina dan sakit rambut ditarik.

      Taehyung kaget lantas tubuh mama ditarik. Taehyung menarik aku untuk bersembunyi dibelakangnya.

" Mama sudahlah! " marah Taehyung.

" Biar mama kerjakan perempuan tak sedar diri ni. " mama masih agresif. Bajuku ditarik kuat namun Taehyung masih utuh memegangku.

" Ma, Minyoung pregnant! Janganlah macam ni! " Taehyung masih cuba menenangkan mama.

" Mama nak Hana Isabella jadi menantu mama! " jerit mama sebelum keadaan senyap. Aku terkedu. Taehyung juga tergamam. Mama yang masih marah memandang kami dengan tajam.

" Ha-Hana? " soal Taehyung dengan perlahan. Aku memandang dengan penuh tanda tanya. Siapa Hana?

" Dia dah balik sini. Mama nak Tae kembali pada dia. Kahwini dia. Tunaikan janji Tae dekat dia dulu. " kata mama. Aku dah berkerut pelik.

Janji? Kahwin? Hana? Siapa dia tu? Apa hubungan dia dengan Taehyung? Kepala aku jadi sakit fikirkan semua perkara ni. Segera dahiku dipicit perlahan. Sakit. Pening. Sebelum semuanya gelap.

-------

Hati yang sakit ditahan. Dengan laju Jeena menapak menghampiri Mingyu yang sedang berpegangan tangan dengan seorang gadis seksi. Bibir diketap perlahan.

" Mingyu.... " panggil Jeena, sayu. Mingyu berpaling namun tiada riak terkejut ditunjukkan.

" Jeena? What are you doing here? " soal Mingyu sambil memberi isyarat untuk gadis disebelahnya berlalu pergi.

" Mingyu, saya nak cakap something dengan awak. " Jeena memegang tangan Mingyu, lembut. Mata lelaki kacak dihadapannya dipandang dalam.

" Yes? Awak nak cakap apa? "

" I'm pregnant. Your child. " Mingyu tersentak. Terus tangannya dileraikan. Wajah Jeena dipandang dengan tidak percaya.

" Are you trying to make a joke? So funny, Jeena.. " gelak Mingyu. Tangannya menekan perut bagai sedang menahan tawa.

" I'm serious, Mingyu. I'm pregnant. 4 weeks. "

" So, awak nak saya buat apa? "

" Bertanggungjawab. "

" Okay ni kelakar! "

" Mingyu, please. This is your child. " pujuk Jeena lantas tangan Mingyu diambil dan didaratkan diatas perutnya.

Tepisan yang diterima. Wajah Mingyu jelas beku. Dia menyampah.

" Stay away from me. Gugurkan atau aku akan hantar orang pancung kepala kau. "

-------

" Your wife too stress. Jangan bagi dia fikir banyak sangat. Kandungan masih baru. Takut keguguran boleh berlaku. " nasihat doktor. Taehyung mengeluh.

" My wife okay ke doktor? "

" Dia kena tahan wad for a few days. Keadaan dia masih lemah. "

" Awak.. " Lamunan Taehyung tersentak apabila Minyoung memegang tangannya. Segera wajah isteri dipandang.

" Awak dah sedar? Okay tak? Ada sakit kat mana-mana? "

" Saya kat mana ni? "

" Hospital. Tadi awak pengsan kat rumah mama. Too stress. " jawab Taehyung. Aku mengeluh dan mengangguk kecil.

" Ba-baby okay? " soalku lantas perut diusap. Taehyung tersenyum nipis lantas mengangguk.

" Baby kita selamat, sayang. Dia takkan tinggalkan mama dan papa dia. " kata Taehyung. Gembira aku mendengarnya.

" Mama mana? " tanyaku. Wajah Taehyung kembali keruh.

" Kat rumah. Jangan sebut nama dia boleh? "

" Dia mama awak tu, Tae.. " keluhku. Tangannya aku usap.

" Dia benci awak. Dia benci anak kita. Mama jenis apa tu? "

" Sebab dia sayang awaklah dia buat macam tu. " bela ku. Aku tak mahu Taehyung membenci ibu sendiri.

Tiba-tiba, iPhone milik Taehyung berbunyi. Panggilan daripada seseorang. Taehyung meminta diri untuk ke balkoni wad. Selepas beberapa minit, dia kembali padaku dengan muka yang lebih keruh.

" Siapa call? " soalku. Mata tidak lekang memandang wajah kacaknya.

" Hana. " tersentap jantungku. Nama itu. Nama yang disebut mama.

" Kenapa dia call? "

" Mama sakit. Sekarang ni dia kat rumah tengah jagakan mama. " jawab Taehyung. Namun, wajahnya beku. Langsung tiada tanda risau.

" Baliklah. Jumpa mama. "

" Habis tu awak? "

" Saya okaylah. Awak balik jumpa mama. "

" I won't leave you alone. " bantah Taehyung. Tanganku digenggam kuat.

" Lagi pun kejap lagi saya nak tidur. Nanti awak bosan pula. Baik awak balik, tengok condition mama. Demi saya, boleh? " pintaku. Taehyung mengemam bibirnya lantas mengangguk perlahan. Dia menapak keluar daripada wad.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum