Prolog

4.3K 95 11
                                    

Hujan mencurah-curah di kawasan tanah perkuburan itu. Keadaan begitu suram di sekitar kawasan itu. Sekumpulan manusia berpakaian hitam sedang mendengar talkin yang dibacakan.

Selepas selesai bacaan talkin, sedikit demi sedikit manusia beredar daripada tanah perkuburan itu.

"Isha, biarkan dia pergi dengan tenang. Jangan ditangisi pemergiannya, nak," ucap seorang wanita separuh abad.

Gadis yang dipanggil Isya itu memandang wanita di hadapannya. "Isha tak kuat, ibu," lirih sekali nada suara gadis itu.

Wanita itu memeluk badan anak gadisnya itu. Dia memujuk perlahan anak perempuannya. Di sisinya, suami dan anak lelakinya memegang payung memayungi mereka semua.

"Isha, jangan macam ni, dik. Dia dah takde. You have to be strong," kata pemuda yang berwajah muram itu. Terdapat lingkaran gelap di bawah matanya menandakan kepenatan menguruskan majlis pengebumian itu.

Gadis itu diam. Dia hanya memandang ke arah kubur yang masih merah tanahnya.

"Abang bawa la ibu dengan ayah balik dulu. Nanti Isha balik sendiri," kata gadis itu, perlahan.

"Isha!"

"Sekurang-kurangnya, biarlah Isha teman dia sekejap. Bagi masa pada Isha, please," kata gadis itu, tetap dengan pendiriannya.

Pemuda itu ingin membantah namun segera dihalang oleh ayahnya yang selama ini mendiamkan dirinya.

"Isha boleh handle kan? Isha takkan menangis sendiri kalau kami semua balik dulu?" soal ayah gadis itu

Gadis itu ingin menjawab sebelum ada satu suara menegur mereka.

"Biarkan saya teman Min di sini. Ibu dengan ayah balik la dulu. Faris, kau boleh bawa mereka pulang dahulu," ucap seorang pemuda yang turut berpakaian hitam.

"Your family, Ayd?" soal abang gadis itu.

"Mereka sudah pulang ke hotel. Mama tak sihat. Jadi, papa bawa mama dengan Yana pulang dahulu," beritahu pemuda itu.

Abang gadis itu mengangguk. Dia terus memimpin lengan ibunya. Dia sendiri dapat nampak kudrat ibunya juga sudah mulai lemah. Ayah mereka menuruti langkah anak lelakinya dan isterinya sambil dia sempat menepuk bahu pemuda yang baharu muncul itu.

Pemuda itu mengambil alih tempat abang gadis itu, memayungi gadis yang dirundung kesedihan itu.

"Fujiwara-san," panggil gadis itu perlahan.

"Hmm," jawab pemuda itu tanpa berkalih memandang gadis di sebelahnya.

Matanya ralit memandang kubur yang berada di hadapannya itu. Dua kubur berada sebelah menyebelah yang masih lagi baru dan tidak mempunyai batu nisan. Cumanya, satu kubur sudah menampakkan tanda-tanda bahawa sudah seminggu ianya berada di situ.

"Apa yang patut kita lakukan?" soal gadis itu.

Lelaki itu berkalih memandang gadis yang matanya sudah hilang sirnanya. Dia terkelu. Dia tidak biasa melihat keadaan gadis sebegitu rupa.

"She's gone. He's gone. Just like that," kata gadis itu.

Lelaki itu menghembus nafas berat. Dia memejamkan matanya sebelum membukanya kembali.

"Kehidupan kita mesti diteruskan. Mereka yang pergi, kita harus relakan pemergiannya. Ni adalah qada' dan qadar Allah," kata lelaki itu.

Gadis itu senyum tawar. Dia tidak membalas kata-kata lelaki itu.

"Separuh jiwa saya hilang, Fujiwara-san. I never thought she would be gone. Just like that," kata gadis itu.

Pemuda yang dipanggil Fujiwara itu memandang gadis yang berada di hadapannya. Dia pegang bahu gadis itu. Dia tidak bersuara. Hanya keheningan kawasan itu menemani mereka.

Sunyi menyelubungi kawasan perkuburan itu. Hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Tiada bayang manusia melainkan dua manusia di kawasan perkuburan itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Author's notes: Assalamualaikum and hai! Nah! Prolog tuk cerita ni. Bab seterusnya, sis upload bila dah sedia 😊😊
Harap semua sudi la baca cerita sis yg baru ni ya 🤗🤗
Seperti biasa, tolong tinggalkan komen, votes dan share cerita ni ya ^_^

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now