01

3.4K 371 22
                                    

[ Kedai Serbaneka ]
23 August, 11:57 p.m.


Aku menguap untuk kali ke tiga. Bekerja di shif malam memang memenatkan. Sesekali aku mengalihkan pandangan ke luar.

Jikalau tidak ada pelanggan yang ingin ke sini, bolehlah sekali sekala aku melelapkan mata.

Tapi agak mengecewakan. Seorang lelaki berselubung hitam memasuki kedai ini. Aku mengeluh kecil.

Kau kuat Kang Haeri. Tahan rasa mengatuk. Ada lebih kurang 5 minit lagi sebelum shif aku berakhir.

Aku cuba memberi semangat kepada diri sendiri. Sambil menunggu, aku memerhati lelaki tadi.

Senyuman menghiasi wajahku. Dari pandangan tepi, dia tampak tampan. Walaupun mukanya ditutupi mask hitam.

Dia berpaling dan berjalan ke arahku.

"Bayar." pendek dan padat. Dia memandang ke luar kedai. Sedikit pun tak mahu bertentangan mata dengan aku.

Aku mencebik kecil dan mula membuat kerjaku.

Satu saletip hitam, dua air mineral biasa dan satu bar dark chocolate.

"Semua 9,500 won.." ujarku.

Dia dengan segera menghulurkan duit bernot 10,000 won kepadaku.

"Baki 500 won.. Eh, encik!" belum sempat aku memberikan bakinya, dia telah pun menyelusup keluar dari kedai.

Aku bertindak pantas dan cuba mengejarnya. Tapi apabila aku keluar, bayangan mahupun kelibatnya sudahpun hilang disebalik kegelapan malam.

Dengan wang baki di tangan, aku mengeluh hampa.

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now