²23

1.1K 195 0
                                    

Haeri pov

Kekecohan di luar hotel itu memaksa aku keluar untuk melihat keadaan.

Apa sedang terjadi?

Ada beberapa orang polis sedang menyoal pengawal peribadi CEO Kim.

Tak lama selepas itu, polis polis itu beredar pergi. Mungkin urusan mereka telah selesai?

"Aku dah tak tahan. Biarlah aku mati sekalipun! Daripada merana duduk penjara lepas polis tu tahu apa aku buat.."

Itu jawapan salah seorang dari pengawal CEO Kim bila ditanya tentang perbuatannya.

Aku cuma kebingungan sendiri tanpa mengetahui apa apa.

Tiba tiba telefonku berdering. Aku mengangkat panggilan.

"Haeri, kau kat mana? Ingat tak hari ni hari peringatan mendiang mak aku?"

Haeri tersentak.

"Ya, ya. Aku datang."

Tanpa memikirkan apa apa lagi, aku terus berlari ke arah keretaku.

-----

Seungcheol pov

Sebaik sahaja kami sampai di tempat yang dikatakan lelaki tadi, mata aku meliar melihat sekeliling.

Apa yang aku lihat cuma bangunan kosong. Di hujung bangunan itu terdapat sebuah kereta mewah yang tak terlihat seperti ditinggalkan.

"Eh, ada orang dalam kereta tu!"

Aku cuba melihat betul betul.

Ya, ada seseorang di dalam kereta itu.

Tak sempat aku perhati lebih lama, dia telah menyedari kehadiran kami. Lantas, kereta tadi dipandu laju sehingga hilang dari pandangan.

"Kejar dia!"

Kami kelam kabut cuba mengejar.

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now