04

2.2K 335 31
                                    

25 August, 9:30 a.m.

Aku melihatnya. Lelaki itu. Ketakutan yang aku rasai masih tidak hilang.

Lelaki itu di sini. Dia sedang berbual mesra dengan Makcik Jung yang berasal dari kejiranan sini.

Hairan. Sangat berbeza dengan personalitinya hari itu.

Aku terus memerhatinya dari tingkap rumahku. Dia memberikan coklat kepada Makcik Jung sambil tersenyum.

Hati ini sakit tanpa sebab. Seolah olah aku tak dapat menerima kebaikannya itu selepas apa yang dilakukannya.

Firasat aku memberikan perasaan yang buruk tentang ini.

Tapi apa bolehku buat? Hanya mampu melihat Makcik Jung menerima coklat itu sambil tersenyum.

Gambaran itu seperti sesuatu yang tak terbayangkan. Bagaimana mungkin seseorang boleh berubah dari jahat dan kasar menjadi sebaik itu?

Bahkah, pandangan seperti ini sedikit pun tidak mengembirakan hatiku. Terutama ketika lelaki itu tersenyum.

"Makcik ni cantiklah." puji lelaki itu. Makcik Jung tersipu malu mendengar pujiannya.

"Terima kasih untuk coklat ni. Nanti makcik bagitahu anak makcik tentang kamu." ujar Makcik Jung.

Aku mengecilkan mata. Curiga.

Lelaki itu tersenyum manis dan melambai kepada Makcik Jung.

Argh, penuh kepura puraan di mataku!

Aku nekad. Ya, aku perlu berhadapan dengan lelaki itu untuk membongkar kebenaran.

Aku berjalan ke arah pintu dan memulas tombolnya.

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now