14

1.7K 293 31
                                    

Haeri berjalan pulang seorang diri selepas selesai berurusan dengan beberapa polis berkenaan.

Dia juga mendapatkan nombor telefon peribadi salah seorang dari mereka.

Tak. Dia tak minta. Polis tu yang bagi.

encik polis

Haeri melihat contact di telefonnya. Dia mengeluh.

Udara dingin yang semakin sejuk di malam hari membuat dia memeluk tubuh.

Dia teruskan perjalanan.

-----

"Kau pergi mana?"

Haeri kaku. Tak tahu apa yang harus dilakukan.

Melihat Wonwoo tanpa riak muka. Dingin dan datar memandangnya.

Lelaki itu betul betul menunggunya pulang di depan pintu rumah.

Dia menguatkan hati. Cuba berpura pura

"Tak pergi mana mana.." dan cuba mengelak soalan.

Wonwoo masih lagi memandangnya dengan tajam. Haeri mula seram sejuk. Dia menggosok bahunya.

Ish, apa ni pandang pandang.

Lelaki itu berjalan laju ke arahnya dan mencengkam pergelangan tangan gadis itu.

"Ei, lepaslah!" jerit Haeri.

"Kau.. Pergi balai polis ke?"

Haeri mengelak bertentangan mata. Wonwoo melepaskan cengkamannya.

Dia akhirnya terdiam.

Muka Wonwoo betul betul serius.

Ah, macam mana pula lelaki ni tahu dia ke balai polis?

Tangan Wonwoo menarik ubun ubun rambutnya. Perlahan lahan senyuman terukir dan dia ketawa seperti orang gila.

"Heh, aku baru plan nak bunuh kau lain kali.."

Tangannya lembut mengusap wajah gadis itu.

"Tapi..."

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now