²28

1.4K 203 31
                                    

Lokasi itu seperti sudah menjadi tumpuan orang ramai.

Jalan yang sesak menjadi semakin sesak.

Dan polis polis tampaknya sudah mula jemu menunggu lelaki itu untuk menyerah diri.

Kecuali seorang, dia masih tak mengalihkan pandangannya yang tertumpu kepada Wonwoo.

"Kenapa? Kau sedih ke orang yang kau sayang mati?" sindir Seungcheol.

Wonwoo tak menjawab. Hanya berdiam diri menatap wajah bersih Haeri.

Sementara tubuhnya sudah basah dengan darah.

Orang ramai dari tadi tidak berhenti membuat bising melihat situasi itu.

Wonwoo mengunci mulut. Fikirannya cuba mencerna apa yang dirasakannya sekarang.

Satu perasaan bercelaru. Antara sedih, marah, kecewa atau gembira.

Semuanya bercampur membentuk satu rasa yang tak dapat dizahirkan dengan kata kata.

Wonwoo menyandarkan mayat Haeri.

Lalu dia melihat semua orang yang memerhatinya. Wonwoo tersenyum.

"Korang semua nak aku mati kan?"

Seungcheol mencebik.

"Serahkan diri sekaranglah pembunuh!"

Wonwoo tertawa kecil.

"Ya, aku pembunuh. Tapi kau juga pembunuh,"

"..dan, kita semua pembunuh."

Orang orang mula bising menidakkan kata kata pembunuh itu.

Wonwoo melihat setiap satu orang di situ.

Dia tahu apa yang mereka mahukan.

Mahu dia serahkan diri.

Kemudian? Oh, dia akan dipenjara.

"Baiklah." Wonwoo mengangkat kedua tangannya.

Tapi semua itu cuma tipu daya.

Dengan pantas Wonwoo mengubah kedudukannya. Lalu memanjat pagar jambatan dan berdiri sambil tersenyum.

"Selamat tinggal."

"Hei, hei! Apa dia buat?!"

Tangan didepakan. Dia mendorong diri untuk jatuh ke belakang.

Bang!
Bang!

Polis polis mula panik.

Wonwoo tersenyum. Heh, terlambat.

Dia jatuh ke dalam sungai.

Dia jatuh ke dalam sungai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now