22

1.6K 273 50
                                    

Bang!

Aku terdorong ke belakang. Tanganku memegang perutku yang seperti baru saja ditembus peluru.

Cecair merah yang dahulunya aku tergilakan, keluar dari tubuhku sendiri membuat aku melutut.

Aku mengerang kesakitan.

"Seungcheol!" para polis itu laju saja mengerumuni lelaki yang aku tikam tadi.

Aku mencebik sambil menahan sakit.

"Tidakkk!"

Ah, memekak sungguh lelaki tak siuman itu.

Aku merangkak dan mengapai pistol yang ditinggalkan polis tadi.

Bang!
Bang!

Sasaran tak mengena dan peluru habis. Shit!

"Telefon ambulans cepat!"

Mereka sepertinya tak mengendahkan aku. Baik aku lari sekarang.

Aku cuba untuk berdiri. Namun setelah beberapa saat aku kembali jatuh.

Sakit yang teramat terasa di seluruh badanku.

Tiba tiba satu tubuh kecil memelukku dari depan membuat aku tersentak.

"Wonwoo.." ucapnya lembut dengan suara yang amat aku kenali.

Aku tersengguk menahan sedar. Kenapa dia masih disini?

".. Jangan mati."

Aku tersenyum. Ada saja manusia yang ingin aku hidup.

"Jangan r-risau..baby. A-akuu tak akan matii untuk benda remeh.. Macam nii."

Darahku membasahi lantai.

Dia mengangkat mukanya.

Gadis itu, membuat hatiku sakit tanpa sebab seperti biasa. Dia menatapku.

Aku merindukannya.

Aku inginkannya.

Aku mahu bersamanya.

Haeri menangis. Tiada suara mahupun rintihan. Dia cuma memandangku dingin dengan air matanya.

Aku tersenyum lagi.

Baby.. Aku akan terus hidup.. untuk kau..

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now