06

2.1K 306 17
                                    

26 August

Aku melihat sekilas bar coklat hasil pemberian lelaki semalam.

Membuat aku menjadi begitu tertanya tanya. Apa maknanya dengan dark chocolate itu?

Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Jeon Wonwoo. Dia memberi jaminan kenapa aku mesti terima coklat ini atau aku akan dibunuh.

Selama aku masih tahu identitinya, dia akan sentiasa memerhatikanku. Sungguh, psikopat gila. Aku tidak pasti apa yang perlu dilakukan.

Patutkah aku menelefon polis sekarang?

Agak mustahil aku melaporkannya kepada polis tanpa bukti. Lagipun dia ada sisi baik dari pandangan masyarakat.

Dan jika dia mengetahui itu, pasti aku akan menjadi mangsanya.

Aku mengeluh. Sakit kepala memikirkan masalah ini. Bungkusan coklat itu hanya aku lihat tanpa sedikit pun menyentuhnya.

Dan hatiku terdetik namanya,

"Jeon. Won. Woo.."

-----

Wonwoo menumbuk tangannya ke dinding dan menyebabkan bunyi yang agak kuat kedengaran.

Seorang tahanan di dalam kurungan itu terhinjut bahu dek kerana terkejut. Sejun pantas menjeling Wonwoo yang tidak berada dalam situasi yang baik.

Kebiasaannya lelaki itu selalu memberikan senyuman psiko kepadanya.

Tapi hari itu, entah apa sebabnya, dia malah berlalu dengan muka dingin dan datar.

Sejun mendekati cermin di sebuah pintu untuk melihat lelaki itu. Dia menjadi risau.

"Wonwoo.. Awak tak apa apa?"

Wonwoo berpaling. Menjeling tajam Sejun yang tampak risau dengannya.

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now