²01

1.5K 233 89
                                    

3 tahun kemudian..

1 February
Kampung pedalaman Yeonsang, Busan

Wonwoo memerhati suasana tenang sambil duduk berseorangan di sebuah pondok kecil.

Minggu terakhir di sini sebelum dia balik ke Seoul. Setelah, semua yang berlaku.

Satu permandangan hijau yang indah dan menyejukkan mata. Penduduk di sini hanya bekerja untuk makan seharian.

Mereka hidup bahagia tanpa teknologi dan jauh dari kesesakan kota.

Satu tempat persembunyian yang baik bukan?

"Cik Moon, nah kobis bawa balik nanti buat kimchi."

Wonwoo terpandang pula dua beranak di hujung kebun. Dia mencebik.

Tak ada taste langsung makan makanan kampung. Tak dapat terbayang dia hidup di situ selama tiga tahun.

Tetapi hakikatnya, mereka melayannya dengan sangat baik. Bagi dia rumah dan keperluan sebaik sahaja sampai ke sini.

Walaupun dia tidak sukakan mereka.

Semuanya tak akan tahu selagi dia tidak tunjukkan identiti sebenarnya.

Wonwoo mengeluarkan dark chocolate dari poketnya.

Tidak sempat dia mengigit, beberapa orang kanak kanak menegurnya.

"Abang Wonu makan apa tu?"

Wonwoo melihat coklat itu.

"Ini, dark chocolate." jawabnya datar dengan muka dingin.

"Apa tu? Macam sedap je." kata mereka lagi.

Wonwoo melihat wajah teruja penuh harapan mereka.

Kesiannya. Sampai dark chocolate pun tak tahu.

Dia tersenyum sambil menghulurkan coklat itu.

"Nak..?"

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now