18

1.7K 273 28
                                    

"Ahh"

Seungcheol melihat jarinya. Darah merah terpercik.

"Kwon, ada plaster?"

Soonyoung menghulurkan plaster kepadanya.

"Kenapa? Luka ke? Tulah, lain kali berhati hati." ucap Soonyoung dengan nada annoying.

Dengan cepat Seungcheol membalut jarinya dengan plaster.

-----

"KENAPA AWAK BUNUH DIA?"

Haeri bertanya dengan emosi. Seperti hilang kewarasan sekejap selepas melihat Sejun terbunuh di depan mata.

Dibunuh oleh lelaki itu.

Wonwoo menghiraukan Haeri untuk seketika. Senapang di tanganya dijatuhkan.

Sedikit pun tidak menjawab soalan Haeri.

Dia berjalan ke arah mayat Sejun dan menyeret mayat itu keluar seperti tiada apa apa yang berlaku.

-----

"Hei, dah cari ke identiti lelaki tu?" soal Seungcheol secara tiba tiba.

Soonyoung yang dari tadi asyik menguap berubah segar.

"Oh, dah.. Tapi tak ada apa apa yang mencurigakan.. Ahh!" Soonyoung mengaduh selepas dipukul Seungcheol di kepala.

"Bodoh tu cuba simpan sikit."

Dia mencebik.

"Tadi aku pergi rumah perempuan hari tu. Dia tak ada lagi. Aku rasa ada sesuatu lah.."

"Oh, ye ke? Cubalah call." balas Soonyoung sambil memegang kepalanya yang sakit.

Seungcheol pantas mengangguk.

"Betul juga! Kenapa aku tak terfikir?" serentak dengan itu, telefonnya dikeluarkan.

"Kau tu, bodoh cuba simpan sikit." sindir Soonyoung.

Dan berjaya membuat Seungcheol memukul kepalanya buat kali kedua.

"Auch-"

Lelaki berseragam polis itu mula membuat panggilan.

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now