²08

1.3K 222 53
                                    

"Haeri!" Hyunjae menjerit namanya dari jauh.

Wonwoo mengerling gadis yang mengacau mereka ketika ini.

"Kau siapa? Penyamun! Eh, hensem juga.."

Wonwoo tersenyum sinis kepadanya.

"See, ya!"

Sambil memberi isyarat tangan kepada Haeri, dia melangkah beberapa tapak kebelakang dan pergi.

-----

6 : 31 p.m.

Soonyoung sedang melayan perasaan seorang diri di rumah kosong yang terbiar itu.

Ianya tempat tersembunyi yang tak dapat dijumpai oleh sesiapa.

Dia mengeluh seorang diri.

Prakk!

Kedengaran bunyi dedaun dipijak. Soonyoung berpaling.

"Siapa tu?"

Dia berdiri dan melihat seorang lelaki berhoddie biru tua di depannya.

"Maaf, tempat kau ke? Aku.. Eh?!" dia terkejut.

Wonwoo juga terkejut.

"Opss.." namun riaksi itu terus digantikan dengan senyuman.

Polis itu mengeluarkan pistolnya.

"Kau.. Pembunuh tu bukan? Kau hidup lagi.."

Wonwoo menggosok kepalanya.

"Shhhh.. Jangan cakap kuat kuat." dia berkata sambil tersenyum.

Soonyoung mengeluarkan walkie talkie untuk meminta bantuan.

"Angkat tangan ke atas! Jangan bergerak!" arahnya.

Wonwoo mencebik. Perlahan lahan dia mengangkat tangannya ke atas dengan terpaksa.

Dia masih mengajukan pistol kepada Wonwoo untuk berjaga jaga.

"Ish, cepatlah! Mana signal ni?" bisiknya seorang diri dengan cemas.

Mana mungkin dia mahu hadapi pembunuh ini seorang diri.

Wonwoo menggeleng lucu.

"Haihh, kesiannya. Nampaknya aku terpaksa bunuh kau."

Soonyoung melirik dengan tubuh gementar.

"..eh, bukan. Aku memang nak bunuh kau."

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now