24

1.6K 268 63
                                    

7 September

Para repoter menyerbu pintu masuk hospital itu sebaik saja melihat Wonwoo keluar beriringan dengan polis.

"Maaf, boleh awak terangkan kenapa awak bunuh mereka?"

"Apa motif encik lakukan pembunuhan itu?"

"Adakah ada mangsa yang masih hidup?"

Pelbagai soalan menyergah. Wonwoo tidak menjawab soalan itu. Dia malah menitipkan satu pesan.

"Wait for me, baby."

Selepas itu, Wonwoo meneruskan langkah memasuki kereta polis.

-----

"Pembunuh predator yang selama ini diburu polis atas kes kehilangan di sekitar Seoul, kini telah ditangkap."

"Pihak polis masih lagi melakukan soal siasat sebelum dakwaan dijatuhkan."

Haeri tidak berkelip mata menonton siaran berita hari ini.

Dia memeluk lutut di atas sofa. Kemudian gadis itu tersenyum melihat Wonwoo yang muncul di kaca TV.

"Handsome boy.."

-----

Jari itu bergerak. Dengan perlahan, Seungcheol membuka mata.

"Kat mana ni..?" bisiknya dalam hati.

"Cheol! Kau dah sedar!" jerit Soonyoung di sebelah sehingga memekakkan telinganya.

Soonyoung cepat cepat memeluk Seungcheol yang masih terbaring.

"Aku ingatkan kau dah mati."

Seungcheol menampar mulut Soonyoung. Celupar.

Seketika lelaki itu termenung.

Seungcheol mengeluh.

"Kwon, mayat adik aku ada?" soalnya dengan lemah.

Soonyoung terdiam. Dia menundukkan wajah.

"Aku dengar.. Psikopat tu bakar semua mayat yang dia bunuh.."

Seungcheol mengambil nafas dalam. Dia mengangguk perlahan sambil cuba mengukir senyuman.

Air mata jatuh di wajahnya.

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now