²22

1.1K 195 8
                                    

"Mana bos korang?!" bentak Seungcheol sambil mengajukan pistol kepada mereka.

Kesemua anak buah Mingyu yang telah ditangkap itu mengunci mulut masing masing.

"Kalau macam tu, kami terpaksa tahan kamu semua." ucap seorang lagi polis disebelahnya.

Kini mereka telah berada di Hotel Kim's Vouis yang katanya milik salah satu suspek iaitu Kim Mingyu.

Mereka telah diam diam menyusup masuk ke pejabat utama. Namun suspek tiada di situ.

Apa yang boleh mereka buat sekarang hanyalah mencari bukti dari mulut orang orang ini.

"Nanti.."

Seungcheol berpaling.

Huh, tak sangka diorang takut dengan ugutan tu.

"Bos.. ada di bangunan sekolah lama kat hujung bandar.."

"Wei, apa kau buat ni?!"

Sebaik saja lelaki tadi membuka mulut, dia telah ditampar oleh rakannya.

"Kau nak mati ke?!"

Seungcheol tidak menghiraukan mereka bertengkar.

Beberapa orang polis bertindak pantas dan mula masuk ke dalam kereta.

Sebelum itu, dia sempat memberikan tunduk hormat kepada lelaki tadi walaupun tidak dipedulikan.

"Terima kasih."

-----

10 : 03 a.m.

Satu bunyi ringtone mengejutkan Wonwoo daripada terus hanyut dalam dunia sendiri.

Wonwoo mencari cari telefon Mingyu yang berbunyi.

Setelah menjumpainya, dia menjawab panggilan.

".. Bos.. Kami minta maaf.. Polis dah selongkar pejabat bos.. Mereka juga dah tahu lokasi bos.."

Wonwoo mendengarkan itu dengan wajah datar.

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now