²07

1.3K 219 105
                                    

[ Now playing..]
√ Exo - Lotto

"Lipstick, Chateau Wine color. White Champagne Shower with bubbles."
____________


Mingyu menyilangkan kaki di atas sofa mewah sambil menikmati suasana harum itu.

Satu gelas wain merah dipegang di tangan membawa suasana aura mewah yang mengasyikkan.

Tetapi lain rasanya bagi konco konconya, mereka cuba berdiri gagah di hadapan Mingyu.

"Jadi.." Mingyu membuka bait bicara.

Tatapan sinis diberikan kepada mereka.

"..satu mati, dua parah.. Tiga? Ah, tiga mati juga. Empat patah gigi.." laporan rasmi dibacakan.

Mereka menelan air liur.

Mingyu mungkin tampak tidak serius, tapi bila bila masa sahaja dia akan menempak kepala mereka.

"Opss.. Lima orang mati? Hebat." pujian itu lebih kepada satu kritikan.

Mingyu melepaskan gelas wain dari tanganya dan gelas itu pecah mengenai lantai bersama percikkan wain merah yang menyerupai darah.

Dia bangun dan mengapai senapang di sebelahnya.

Bang!

Satu tembakan dilepaskan tanpa ragu ragu dan mengenai dinding tahan peluru.

Mereka semua tergetar.

"Itulah.. Aku dah bagi peluang. Kenapa kau buat tak dengar?"

Automatik semua melutut kepadanya.

"Tolong.. Kami minta maaf, tuan!"

Mingyu menarik rambut Lee Chan yang berani bercakap.

"Kau ingat minta maaf cukup ke? Aku yang rugi tahu tak?!" kepalanya ditonyoh seperti mainan.

Mingyu mengangkat senapangnya.

"Maaf, tapi aku tak perlukan orang tak berguna macam kau kat sini."

Bang!

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now