²21

1.2K 203 34
                                    

2013

Sejak kematian ibunya, Wonwoo hidup dengan ayahnya berdua.

Wonwoo merupakan anak yang patuh walaupun agak dingin. Dia juga bijak dalam pelajaran.

Bang!

Encik Jeon suka memburu.

Kali ini mereka memburu kijang di dalam hutan.

Tembakan tadi sedikit terpeleset membuatkan Encik Jeon mengecit.

Wonwoo tersenyum ketika memerhati dari belakang.

Ayahnya melihat kepadanya pula.

"Wonwoo? Nak cuba?"

Wonwoo mengangkat senapangnya.

Bang!

Tepat.

Dia tersenyum bangga.

Ah, tapi lelaki di depannya sudah rebah.

Huh, lemah!

-----

"Wei, tengok tu. Dia bukan ke budak yang popular sebab bunuh ayah dia?"

"Eh, kau ni. Tak baik menuduh."

"Tak sangka. Suka baca buku tapi seorang pembunuh."

Wonwoo cuma berjalan dilaluan koridor itu seperti biasa.

Suara suara bisikan dan umpatan itu hanya didengar kosong.

Ah, mulut yang celupar. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia jahit satu satu.

Tiba tiba seorang lelaki berhenti dan menghalang jalannya.

"Woi, kenapa?" soalnya kasar.

Pelajar tadi mengangkat mukanya.

Uhm, junior sekarang memang berani.

Wonwoo melihat pula nametag dia.

Kim Mingyu.

Oh?

"Nanti. Aku nak tanya sesuatu.." kata Mingyu.

Wonwoo menunggu walau masanya terbuang sia sia.

"Betul ke kau bunuh ayah kau sendiri?"

Soalan itu agak sensatif. Wonwoo tersenyum sinis.

"Terpulang pada spekulasi kau."

Mingyu tampak seperti memikirkannya.

Wonwoo hendak pergi namun dihalang apabila Mingyu mendepakan tangannya.

"Kalau macam tu.. Boleh tak,"

"..kau bunuh abang aku?"

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now