²25

1.1K 199 34
                                    

11 : 00 a.m.

Matahari yang tak terasa panasnya menyinari hari ini.

Di atas jambatan yang besar itu, Wonwoo menikmati tiupan angin lembut di wajahnya.

Kadang kadang dia terlihat mengukir senyum manis ke arah langit.

"Jangan bergerak."

Wonwoo menoleh.

Dia melihat polis polis yang sudah tertumpu kepadanya.

Dan seseorang yang dia kenal, Choi Seungcheol.

Wonwoo tersenyum kepada mereka sambil bersantai memegang pagar jambatan.

"Alah, dah sampai ke?"

Seungcheol mengajukan pistol. Dengan serius, sedikit pun tak mahu beralah.

"Serahkan diri cepat." katanya.

Wonwoo mengeluh lemah. Lalu mendongak.

-----

Flashback..
7 February

"Jadi.. Macam mana?" soal Mingyu sambil memegang kepala.

Wonwoo berfikir sejenak.

"Aku.. Nak tamatkan semua ni."

Mingyu duduk di sebelah Wonwoo.

Entah kenapa, hari itu mereka tidak bercakap banyak seperti kebiasaanya.

Ketawa kecil Mingyu memecahkan kesunyian.

"Serius?" tanya Mingyu seolah menganggap itu satu gurauan.

"Tak."

Mereka terdiam sekali lagi.

"Kalau macam tu. Sebelum kau buat semua tu.."

Nada suara Mingyu tiba tiba berubah menjadi rendah.

Lelaki itu memandang kawannya dengan senyuman. Walaupun sepertinya tak akan pernah dibalas.

"Aku ada permintaan."

Wonwoo mengangkat muka dan perlahan melihat Mingyu di sebelahnya.

"Nanti kau bunuhlah aku.."

"Okey?" kata Mingyu dengan kepala disengetkan. Masih lagi mengukir senyuman.

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now