Deleted scene #

1.5K 204 91
                                    

2002

"Wonu jadi penjahat, Cheol nak jadi polis."

Susunan gigi putih terserlah ketika kanak kanak itu tersenyum. Dengan harapan permintaannya tidak akan ditolak.

Tangannya memberi isyarat OK.

"Okey!" dengan gembira, Wonwoo membalas tanpa ragu ragu.

Seungcheol bersorak.

"Ye, ye! Cheol jadi polis!"

"Polis! Kejarlah Wonu! Wonu penjahat!" jerit Wonwoo yang sudah mula melarikan diri.

"Ei, penjahat! Mana nak lari tu ha?"

Maka, bermula permainan yang sama mereka setiap hari.

-----

"Cheol, cita cita Cheol nak jadi apa?" soal Wonwoo.

Mereka membaringkan diri di atas rumput sambil melihat langit yang biru.

"Ah, Cheol nak jadi polis! Nak tangkap penjahat!" kata Seungcheol sambil mengangkat tangan ke udara.

"Wah! Kalau macam tu Wonu pun nak jadi polis jugalah!"

Dia teruja.

"Ei, tak boleh! Wonu kenalah jadi penjahat. Nanti Cheol nak tangkap siapa?"

Wonwoo memuncungkan bibir.

"Ish, kalau macam tu.. Biar Wonu jelah jadi penjahat. Bolehlah kita main kejar kejar selalu, kan?" kata Wonwoo dengan gembira.

Seungcheol mengangguk mengiyakan itu.

"Hm, janji?"

"Janji."

-----

"Cheol, jomlah kita main polis entri lagi!"

Seungcheol menggeleng.

"Tak nak lah. Cheol nak main dengan adik baru Cheol. Comel. Nama dia Sejun."

Selepas mengatakan itu, kanak kanak itu terus berlari pulang dan meninggalkan Wonwoo berseorangan di kawasan lapang itu.

Wonwoo menunduk memandang tanah.





















Jeon's

Semuanya bermula sejak hari itu..

Kau pindah sebulan selepas itu. Tanpa mengatakan apapun.

Dan aku seperti orang bodoh, terus menanti dengan janji itu..

Sehingga 2 tahun kemudian,

Ibu mati. Aku dan ayah pindah ke Seoul.

Dari situ, aku sedar sifat sadis aku, dan cuba memuaskannya.

Aku bunuh ayah aku.

Wow, pembunuhan pertama aku.

Ops, yang kedua.

Tapi selepas itu, seorang budak mahu aku bunuh abang dia.

Aku menikmati saat itu.

Namun disebabkan kawan seperti kau, aku langsung tak percayakan dia.

Dia sangat bagus. Dia bagi aku rumah.

Dia bagi aku kehidupan mewah.

Walaupun tahu identiti aku.

Beberapa tahun kemudian, aku meneruskan hobi istimewa aku ini.

Kau tahu apa aku jumpa ketika itu? Ah, adik kau yang comel, Choi Sejun.

Bayi kecil yang membuat kau hiraukan aku.

Kau tahu, aku bukanlah seorang pendendam.

Tapi tak perlu dipancing, dia yang datang sendiri pada aku.

Aku cuma tergelak mengingatkan itu.

Bagus. Jadi aku kurung dia buat jangka masa yang lama.

Biar dia terseksa.

Tapi malangnya, hari itu juga seorang gadis misteri datang dan menghacurkan semuanya.

Disebabkan dia, aku bunuh adik kau.

Ah, aku baru terfikir hendak menyeksanya dahulu.

Tapi dia bertuah untuk mati dalam tiga tembakan.

Dan yang paling hebat, gadis itu buat laporan polis.

Tak sangka, itu kau. Betul betul.

Oh, tuhan. Engkau perancang yang bijak.

Malangnya kau datang tepat selepas adik kau mati.

Aku ditangkap dan disoal siasat.

Ketika itu, aku tesedar sesuatu.

Satu perasaan aneh yang tak pernah aku rasakan sebelum ini.

...

Kenapa aku bunuh dia?

Pertama, sebab dia dah jadi target aku.

Kedua, sebab aku nak hilangkan perasaan ini.

Seperti hilangnya manusia selepas mati. Ya, aku harap begitu.

Yang jelas, aku akan terus menjadi buruan polis sebab perempuan itu.

Jadi aku telah pun bersembunyi selama 3 tahun.

Dan kembali dengan aura baru.

Mingyu. Dia baru balik dari luar negara sebab berita pasal aku.

Disebabkan aku tiada lagi sebab untuk hidup, maka aku merancang untuk tamatkan semua ini.

Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa dark chocolate aku.

Tapi malangnya, hari itu aku bertemu lagi dengannya.

Keajaiban besar. Dia masih hidup.

Dan kenapa aku gembira?

Dark chocolate itu aku berikan padanya.

Kali pertama aku menjadi bodoh dalam hidup aku kau tahu.

Tapi.. Semuanya baru bermula.

Seekor tikus tak bertuah, telah mengecam aku.

Apa lagi? Next target.

Dengan tinggalkan kesan cap jari, aku pasti kau akan kejar aku.

Boleh lah kita main polis entri lagi kan?

Main kejar mengejar..

Ah, pasti seronok!

Dan ketika itu nanti, aku akan terjun menunjukkan kemenangan aku seorang.

Sampai akhirnya, hanya aku yang akan menang..

Mesti kau tertanya kenapa mesti dark chocolate?

Entahlah..

Kenapa, ya?

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now