15

1.7K 281 22
                                    

2 September

Ding dong!

Seungcheol menekan loceng rumah tersebut. Sesekali dirinya menjeling ke halaman. Mungkin gadis itu ada berdekatan.

"Hello, ada orang di rumah? Kami polis dari Balai Polis Seoul." ujarnya.

Namun masih lagi tiada balasan. Seungcheol berputus asa.

Dia kembali ke kereta dan beberapa rakannya sedang menunggu di situ.

"Macam mana?" salah seorang mereka bertanya.

"Dia tiada."

-----

Aku membuka mata yang terasa pedih. Suasana yang sungguh asing. Dingin dan sunyi.

Di sebelahku, seorang gadis lingkungan belasan tahun sedang memeluk tubuh memandangku.

Aku tidak dapat mengingati apa apa.

"Kau ni siapa? Kenapa Wonwoo bawa kau ke sini?" tanya gadis itu tiba tiba secara kasar.

Aku tersentak. Apa lelaki psiko dah buat pada aku?

"Maaf.. Tapi kita kat mana?" soalku. Aku cuba mendekatinya.

"Jangan dekatlah. Aku tanya ni, kenapa Wonwoo bawa kau ke sini?!" suara gadis itu makin kuat. Seperti membentakku.

Aku sedikit pun tak faham kenapa dengannya. Tampak marah dan tidak suka padaku.

"Saya.. Tak tahu." akhirnya aku menjawab sambil memandang ke lantai.

Dia merengus.

"Ingat. Ni tempat aku. Aku dan Wonwoo. Aku pasti, tak lama lagi kau akan kena bunuh."

Apa yang perempuan ni tak puas hati dengan aku sebenarnya?

Dan kat mana sebenarnya tempat ni?

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now