²24

1.2K 200 16
                                    

Wonwoo menekan pedal minyak sehingga kelajuan mencapai 140 km/j.

Bunyi siren polis menunjukkan ada yang sedang mengejarnya dari belakang.

Dia mula tersenyum menikmati permainan kejar mengejar ini.

"Choi Seungcheol.. Huh." kata Wonwoo sambil menggeleng kepala dan tersenyum.

Kenderaan lain yang tidak terlibat dipotong sehingga kereta Mingyu yang dipandu olehnya berada di depan.

"Kenderaan bernombor plat GHA 36초, sila berhenti!"

Suara dari pembesar suara itu cuma diendahkan.

Wonwoo memusing stereng kereta dan membuat pusingan U secara mengejut.

Streeeeetttt

Bunyi geseran tayar kereta kedengaran. Dan meninggalkan kesan di jalan.

Lalu lelaki itu terus memecut laju menuju ke satu tempat yang dikehendaki.

-----

Seungcheol sedikit terkejut dengan tindakan ekstrim lelaki itu.

"Ish, dasar lelaki psiko! Tukar arah balik!"

Sekarang mereka terpaksa berlawan arah dengan laluan kereta.

"Cepat kejar!" arah Seungcheol dengan panik.

Kereta mereka mula mengejar kembali.

Dia mengetap bibir. Hatinya panas melihat Wonwoo yang hampir berjaya melarikan diri.

Sambil bersabar menahan dendam, dia mengenggam tangannya.

"Jeon Wonwoo.."

Nama itu keluar dari mulutnya. Bersama dengan satu tatapan tajam.

"Kau bunuh adik aku, kau bunuh kawan aku. Kau memang gila."

Kemarahan yang membara, Seungcheol meluahkan rasa hatinya.

"Aku tak akan biarkan kau terlepas!" ucapnya dengan tekad.

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now