²05

1.3K 227 41
                                    

11 February

"Cheol! Aku bawakan susu pisang kegemaran kau." Soonyoung datang dengan dua botol susu berperisa di tangan.

Wajahnya dihiasi senyuman dengan hati berbunga bunga.

"Cheol? Oi, Choi Seungcheol." dia melambaikan tangan didepan Seungcheol yang tidak memberi sebarang tindak balas.

Termenung seorang diri.

"Cheol!"

"Serabutlah kau ni! Jangan kacau aku boleh tak?!" tengking Seungcheol.

Mungkin emosi kerana keputusan ayahnya tadi.

Soonyoung terkedu. Namun dia masih lagi cuba berlagak tenang walaapun hatinya sungguh terasa.

Dia meletakkan susu pisang itu di atas meja.

"Kalau kau dah okey nanti minumlah..."

-----

10 : 10 a.m.

Haeri meletakkan beberapa paket dark chocolate di atas kaunter.

Selepas selesai membayar, tiba tiba dia disoal oleh cashier itu.

"Haeri?"

Haeri mengelipkan mata.

"Saya? Macam mana awak tahu-"

Dia terus memeluk Haeri dari jarak itu.

"Betul lah awak Haeri! Kenapa lama tak masuk kerja? Kau pergi mana?" soalnya lagi.

Haeri mengerutkan dahi.

"Maaf, saya tak kenal awak. Mungkin salah orang.."

Dia segera mengambil coklat itu dan berlalu pergi.

Di hujung kaki lima, tanpa disedari mereka diperhati oleh sepasang mata.

Lelaki itu tersenyum sinis sebelum mengikut langkah gadis tersebut.

"Found you."

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now