²14

1.2K 213 30
                                    

Haeri melihat sekeliling. Matanya dari tadi meliar mencari seseorang dalam keramaian itu.

Entah kenapa, dirinya begitu terdesak.

Sehinggalah dia menjumpai orang yang dicari sedang menunggu untuk melintas jalan.

Lampu bertukar hijau. Menandakan pejalan kaki boleh melihat.

Lelaki itu mula membuka langkah.

Haeri berlari kepadanya.

"N-nanti! Jeon Wonwoo!" jeritnya. Tapi langsung tidak dihiraukan oleh sesiapa.

Dia terus berlari dan lari untuk bersemuka dengan lelaki itu.

-----

Wonwoo pov

Sedang aku melintas jalan dengan pakaian tertutup yang merimaskan ini, tiba tiba seseorang memelukku dari belakang.

"Apa ni?" soalku.

Dia memelukku sekuat hati bagaikan tidak mahu memberi aku berjalan.

"Wonwoo.. kan..?" ucapnya.

Nanti. Aku kenal suara ni.

Dan aku tersenyum.

"Dah kenal?"

Dia mengangguk. Masih lagi memelukku.

Aku tak dapat melihat wajahnya. Tapi aku tahu, dia bahagia.

Aku mendongak ke langit.

Ya, hari ini sangat cerah.

"Tak habis lagi ke nak melepas rindu?" sindirku. Tetapi tidak dapat aku nafikan, aku gembira.

Hanya kerana ini.

Ah, apa ini?

Dia melepaskan pelukan itu.

Aku serta merta membalikkan tubuh.

Dan tersenyum senget di depannya.

Ah, salah. Dia tak gembira.

"Awak.. membunuh lagi.. ke?" soalnya dengan wajah kecewa.

Apa jenis soalan ni?

Aku tersenyum.

Pin! Pin!

Bunyi hon kereta sudah kedengaran.

Tangan dimasukkan ke dalam poket. Aku berjalan mendekatinya.

"Hmm?" soalku sengaja tidak ingin menjawab.

Keningku terangkat sebelah diiringi dengan senyuman yang sinis.

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now