23

1.6K 284 33
                                    

"Cheol! Sedarlah!" pinta Soonyoung.

"Bertenang, encik. Dia cuma kena tikam." petugas ambulans itu cuba memenangkan Soonyoung.

Dia akhirnya bertenang. Wajah kesal jelas terpapar. Sambil menggenggam tangan Seungcheol, dia menangis.

Petugas itu berusaha menyelamatkan Seungcheol dengan alat bantuan pernafasan.

"Dah lah weh.. Aku banyak salah pada kau." Soonyoung berkata dengan menyesal.

"Cepatlah sedar."

-----

4 September
[ University Medical Yonghan, Seoul ]

Haeri duduk termenung di ruangan menunggu.

"Cik. Cik, tak nak masuk ke?" tanya seorang jururawat. Haeri tersedar dari lamunan.

"Ah.. Ya." dia segera bangun.

-----

Ruangan bilik pesakit itu tenang meskipun ramai pesakit lain yang berada di situ.

Matanya meliar mencari orang yang dicari.

Sehingga dia melihat Wonwoo, dengan tangan digari di sudut paling terpecil.

Haeri tersenyum hambar apabila menyedari kehadiran polis di katil Wonwoo.

Polis itu bangun dan menunduk hormat kepadanya.

"Selamat pagi, Cik. Ada apa apa masalah?"

Haeri menggeleng.

"Ermm.. Boleh tuan polis semua keluar sekejap?" pintanya dengan sopan.

Polis polis itu hairan namun diikutkan saja keinginan gadis itu tanpa curiga.

"Okey." mereka tersenyum.

Diikuti dengan Haeri. Dia duduk di sebelah katil Wonwoo. Dan mendekatkan bibirnya ke telinga Wonwoo.

"Saya tuntut balik dark chocalate saya."

Selepas membisikan itu dia bangun dan keluar.

Tanpa diketahui, satu senyuman terukir di wajah lelaki itu.

Dark Chocolate | Jeon WonwooDär berättelser lever. Upptäck nu