²26

1.1K 200 17
                                    

[Now playing..]
BTOB - I'll Be Your Man

"God, please if you exist. I'll fix everything."
_________

Haeri melihat cermin sisi. Jalan sesak di atas jambatan ini membuat ramai pemandu tak dapat menahan sabar.

Dari tadi kenderaan ini langsung tidak bergerak.

Dia mengerling ke arah jam tangannya. Sudah agak lambat untuk bersama dengan Hyunjae.

Terpaksalah dia keluar melihat apa jadi.

Haeri menjejakkan kakinya ke jalan. Lalu dirinya berjalan menyusuri jambatan itu.

-----

Wonwoo pov

"Serah diri cepat."

Aku mendongak. Dan kemudian melihat ke bawah.

Arus air sungai yang deras. Seperti tak mengalukan aku untuk berada di sini.

Dan semua mata mata tajam yang menatap aku seperti mahu membunuh.

Aku tahu itu, mereka langsung tak mahu orang seperti aku wujud.

Tapi apa hak mereka?

Mereka yang tak patut wujud.

Aku tersenyum. Hanya melihat dan menanti jika ada sesiapa berani menembak aku.

Tak seronoklah kalau aku mati awal bukan?

Sepatutnya aku perlu merana dalam penjara dan akhirnya mati di tali gantung.

Mereka tak sedar, mereka juga kejam.

Terutamanya kau Seungcheol.

Kau langsung tak ingat aku.

Ahh..

Di waktu seperti ini, aku merindukan seseorang.

Dalam diam.

Oh tuhan..

Kalau Engkau betul wujud,

Datangkan lah dia kepada aku.

Aku rindukannya.

Dunia yang sangat fana ini, aku tak berharap lebih.

Jika Kau mendengarkannya..

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now