09

1.9K 308 49
                                    

Suara jeritan yang bergema di ruangan mewah itu semakin kuat kedengaran. Sejun hanya mampu berdiam dalam ketakutan.

Dia menelan air liur. Sesekali memberanikan diri melihat Wonwoo dari cermin kaca.

"Tolongg.." suara gadis yang seumuran dengannya yang kian melemah.

Diiringi dengan Wonwoo yang sedang bermain dengan pisau dan darah. Berkali kali menusuk perut mangsa tanpa belas.

"Terima kasih pada mak kau yang tolong bagi coklat tu.." bisik lelaki itu.

Sampai satu ketika, gadis itu sudah tidak bergerak sama sekali.

"Ha? Dah mati?" Wonwoo mengeluh. Tidak puas rasanya. Tapi sesaat selepas itu dia tersenyum sinis.

Lengan mayat itu digores menggunakan pisau. Membentuk seperti sebuah lukisan membuatkan Wonwoo mengakui bakatnya.

Dan dalam keheningan lelaki itu tiba tiba ketawa dengan kuat.

Bulu roma Sejun naik. Tubuhnya menggeletar tatkala Wonwoo mengalihkan pandangan kepadanya bersama senyuman psiko.

-----

Ding dong!

"Siapa?" Haeri membuka pintu.

Wajah Wonwoo terpapar. Haeri dengan cepat kembali menutup pintu.

Ding dong!
Ding dong!
Ding dong!

"Ish, psiko lelaki ni! Main loceng pula!" Haeri mengomel geram.

Dia akhirnya membuka kembali pintu.

"Hai." kata pertama keluar dari mulut Wonwoo.

"Awak nak apa?!" marah Haeri.

"Siapa ek nama kau. Aku lupa tanya." Wonwoo tersenyum.

Haeri mencebik geram.

"Kang Haeri!"

"Oh, Kang Haeri. Set. Kau target seterusnya."

Wonwoo memberi wink kepada gadis itu.

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now