02

2.6K 349 47
                                    

24 August, 8:10 p.m.

Hari ini aku melihatnya lagi. Masih dengan pakaian serba hitamnya. Dengan kepala dan muka yang ditutupi hoddie dan mask.

500 won itu aku masih simpan dalam poket. Sebagai persediaan jika perkara seperti ini akan terjadi.

Sekilas aku melihat, tanpa teragak agak aku keluar untuk mengejarnya lagi.

"Encik! Encik!" jeritku. Tapi dia malah tidak mempedulikan aku.

Aku tak berputus asa. Dengan pantas aku cuba untuk mengekorinya.

"Haeri kau nak pergi mana?!" suara pertanyaan dari rakan sekerja itu aku hiraukan.

Aku masih terus mengekori lelaki itu selama beberapa minit.

Sebelum akhirnya dia menghilang sebaik saja memasuki sebuah lorong gelap.

Seketika hatiku terdetik, ya, dia memang kelihatan agak mencurigakan bagiku.

Pelbagai persoalaan timbul di benak. Patutkah aku tetap mengikutinya?

Aku menguatkan hati. Dengan perlahan aku membuka langkah. Demi amanah 500 won yang ada padaku.

Tapi berbaloikah? Entah kenapa, aku terasa seperti nyawaku menjadi taruhan.

Prakk!

Bunyi sesuatu dipijak. Langkahku terhenti secara mengejut.

Dan kala itu juga, tanganku ditarik kasar. Aku menutup mata.

Perasaan takut yang tiba tiba menyelubungi. Aku ditolak kasar ke dinding. Badan aku menjadi gementar ketika sebuah tangan mengusap lembut wajahku.

Aku membuka mata. Wajah seseorang dan satu suara berbisik di telingaku.

"Kau siapa?"

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now