11

1.8K 299 45
                                    

30 August

"Sehingga kini, remaja perempuan Choi Sejun, 18, yang hilang sejak minggu lalu masih lagi belum ditemui.."

Haeri menutup TV. Dia berfikir sejenak tentang itu lagi.

-----

[ Flashback.. ]

"Selamat datang ke rumah aku, baby."

Haeri takjub melihat betapa besarnya rumah lelaki itu.

Jalan lorong gelap itu adalah laluan sempit dan tertutup menuju ke rumah ini.

Untuk kali pertamanya, Wonwoo bangga melihat riaksi gadis tersebut.

"Sekarang kau tak payah sibuk nak bagi duit baki sebab aku mampu beli satu kedai tu." katanya.

Haeri menggeleng.

"Tak boleh. Tu hak awak."

Wonwoo menumbuk meja.

"Kau tak faham ke?! Aku ni kaya! Tak perlu duit baki tu semua!" dia menjawab dengan bongkak.

Haeri sedikit terkejut dengan perilaku Wonwoo. Ish, lelaki ni! Panas baran betul.

"Wonwoo.." tiba tiba kedengaran satu suara perempuan. Haeri cuba mencari punca suara itu.

"Tak payah kisah. Nanti aku bunuh juga." perli Wonwoo dari jauh selepas melihat Haeri yang kelam kabut.

"Awak kurung dia ke?!"

Wonwoo mengangkat bahu dengan muka tak bersalah. Sempat lagi dia menghirup kopi segera yang masih panas.

"Dia terima coklat aku.."

Haeri mengenggam tangan. Geram tapi tertahan dengan sifat lelaki ini.

Wonwoo mencebik sinis dengan mukanya. Dia meletakkan cawan dan mendekati Haeri.

"Don't worry baby. You're next."

Dark Chocolate | Jeon WonwooWhere stories live. Discover now