3

82 1 0
                                    

Aulia membelek kukunya yang dicat itu, ni kalau tak kerana dia tengah datang bulan tak adanya dia nak buat kuku segala macam. Dah alang-alang dia cuti tu terus je hias kukunya yang cantik itu. Orang ramai sudah mula pulang dan hanya ada anak beranak je di istana Tengku Adam. Kata Tengku Adam, majlis kesyukuran hari ini dibuat untuk menyambut kepulangan Aulia.

Sudah hampir 20 tahun dia tidak menjejakkan kaki di bumi kelahirannya. Sebabnya ialah dia tinggal di United States dan sudah tidak pulang ke Malaysia setelah kematian ibu dan bapanya semasa dia berumur 5 tahun. Leia tinggal di US sendirian , itu tak dikira dengan pembantu rumah yang bertukar setiap minggu. Maksud sendirian ialah, tanpa ada ahli keluarganya. Setiap sebulan sekali Tengku Adam akan menjenguknya dan Mia pula seminggu sekali kerana dia juga belajar di US.

"Elok sangatlah anak dara ni, bermalasan kat sini. Tak reti dah nak tolong orang. Sekurang-kurangnya jenguk lah kat bawah. Kita ni penat buat majlis untuk dia, tak kenang budi" sembur Puan Maria.

"Nak tolong apanya? Kalau Cik Maria tu ye jugak tolong maid kat dapur. Muka pun dah tak jauh beza dengan maid" ucap Aulia tanpa perasaan.

"Biadap!" tempik Puan Maria ingin menampar Aulia namun Aulia turut mengangkat tangan untuk menampar Puan Maria. Mata Puan Maria membulat dengan tindakan Aulia yang berani dan pantas itu.

"Apa? Dengar eh , Cik Maria. Sekali Cik Maria sentuh I ,2 kali I ulang apa yang Cik Maria buat dekat I. I tak takut kalau Cik Maria nak mengadu dekat Papa Ngah. Sikit pun I tak cuak. I ni kalau boleh tak nak buat sebab I takut kuku I rosak, see I baru buat kuku" ucap Aulia lalu menekap tangannya di wajah Puan Maria kasar. Puan Maria menepis tangannya dengan kasar. Aulia tertawa dan mengelap tangannya pada tudung Puan Maria.

"Kurang ajar! Dasar budak tak ada adab! Kau fikir kau siapa hah?! Ni lah jadinya bila dari dulu tak ada orang nak didik , liar!" semburnya . Aulia hanya tersenyum dengan bahunya yang terhinjut.

"Teka, sebab siapa I jadi macam tu?" Balas Aulia.

"Sebab kau lah! Mak bapak kau mati sebab kau!" balas Puan Maria membawa.

"Cik Maria! Cakap tu elok sikit, ingat tau I ni siapa. Kalau u rasa nak jadikan kenduri harini sebagai kenduri arwah cakap lah bukan-bukan lagi. I dengan senang hati boleh nak tunaikan hasrat Cik Maria" ucap Aulia dari marah dan kembali tenang.

"Kita tengok macam mana" ucap Puan Maria lalu dia terus mengambil  bekas berisi ikan emas yang berada di meja dan air ikan itu disimbah ke tubuhnya, Aulia tertawa dan keningnya berkerut apabila bekas kaca itu dihempas oleh Puan Maria sehingga mengena di tangannya.

"Arhhhhhhhhh!!! Ya Allah, Lia! Bawak mengucap!" tempik Puan Maria yang sudah terduduk di lantai. Aulia menjeling ke arah cctv yang masih menyala itu. Apa ke bangang sangat makcik tua ni?

Tempikan Puan Maria mengejutkan satu rumah. Para jejaka itu dan seluruh keluarga Aulia menghampiri mereka. Aulia pula sudah buat-buat menguap. Shawl yang berada di kepalanya diletakkan di lehernya , dia berpeluk tubuh.

"Astagfirullahalazim, kenapa ni?!"

"Maria!"

"Mama!"

Aulia membuat muka bosan apabila Tengku Amir dan Zafrel berlari ke arah Puan Maria. Tengku Adam bercekak pingang. Tengku Auni mendekati Aulia bersama Mia.
Syed Malik iaitu ayah kepada Mia serta 5 orang jejaka itu hanya diam memerhati.

"Kau buat apa dekat Mama aku hah? Basah macam ni!" marah Zafrel.

"Jangan lah Zaf, Aulia tak sengaja. Dia-Dia tak sengaja nak buat semua ni. Mama cuma nak ajak Lia makan je, Lia tak nak tapi mama yang paksa sebab mama tak nak dia sakit tapi dia marah-marah dan tolak mama. Mama tahu dia tak sengaja" ucap Puan Maria dengan tangisan palsu.

"Aulia ni dah kenapa? Cik Maria cuma prihatin dekat Lia tapi ni Lia balas dekat dia?!" tengking Tengku Amir, Raid hanya memerhati wajah Aulia yang bersahaja seperti dah biasa kena tengking. Macam dah dilatih untuk terus buat ekspresi muka yang sama.

"Abang Ngah ni dah kenapa nak jerit-jerit? Kamu pun satu Zaf, terjerit-jerit macam orang tak ada iman" ucap Tengku Auni membela Aulia yang masih berpeluk tubuh.

"Umi nak bela lagi budak biadap ni? Umi tak nampak ke apa dia buat dekat Mama? Dia ni tak sepatutnya balik kat sini lah! Patutnya kau mereput je dekat US tu!" sembur Zafrel. Tawa Aulia membuat mereka semua berkerut. Apa tak kena dengan minah ni? Pyscho?

"Mereput? Zaf, I bukan setakat nak mereput tapi kalau boleh nak mampus terus dekat sana tau tak? Duduk sini buat apa? Hidup dalam keluarga hipokrit ni buat perut I nak muntahkan segala apa yang I makan tau tak? Zaf, u tak tanya ke Mama u dulu masa muda dia ada hasrat nak jadi pelakon ke. Lakonan dia boleh tahan jugak lah" ucap Aulia.

"Lashira Aulia! Jangan cakap macam tu! Tak elok!" tegur Tengku Adam.

"Tak elok? Apa yang tak elok? Cuba Opa cakap, belah mana yang elok? Dalam diri Lia ni semua tak elok lah, Opa semua yang Lia buat tak elok. Lia kan jahat ,biadap , so hadap je lah. Mentang-mentang menantu munafik Opa ni baik sangat semua yang buruk boleh kasi dekat Lia lah? Adil sangat, adil!" ucap Aulia emosi.

"Aulia! Jangan nak biadap! Tak ada orang ajar kamu cakap macam tu! Hormat sikit Cik Maria! Dia mak saudara kamu  jangan nak kurang ajar!" tengking Tengku Amir.

"Tak ada orang ajar Lia apa-apa! Tak ada! Hormat? Hormat tu apa? Hormat tu macam mana?! Jangan biadap? Macam mana nak buat tu?! Korang semua tak ajar Lia apa-apalah , korang hormat ke Lia? Tak! Terutama dia! Buat apa Lia nak hormat dia?! Tak penting!"

"Listen, i don't have time for this shit. Kalau ikutkan hati ni tak nak pun balik sini. Nak dengar nama korang pun tak nak jauh lagi hadap muka korang. Opa, u know that this scene will keep occur. Opa nak Lia balik kan? Tanggung lah semua ni. Hanya ada satu cara je yang boleh buat semua ni berhenti which is , give my visa back and let me live in US!" ucap Aulia lalu dia terus berlalu pergi.

"Eh—ehh—key—tu—" Nael terkebil-kebil apabila Aulia mengambil kunci keretanya di tangannya. Mereka dah nak balik sebabtu dia pegang kunci di tangan tapi kerana bunyi bising tadi terus terbantut. Raid hanya mengeleng. Raid hanya melihat ke arah tangan Nael yang terkena darah.

Darah siapa? Dia ke? Dia lah, tak kan Puan Maria pula. Raid melirik ke arah pasu yang menjadi serpihan kaca itu.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now