20

61 2 0
                                    

Aulia meraup wajahnya dengan lembut, dari solat maghrib lagi dia tak habis-habis mengawal pandangannya dari melihat ke arah Raid. Entah kenapa, hatinya rasa lain macam hari ni, biasanya tak ada lah berdebar macam ni kalau dengan Raid. Jejaka itu hanya berpakaian simple, kain pelikat, baju t-shirt hitam dan kopiah hitam.

Hot & spicy!

Raid juga menjadi imam untuk solat maghrib dan isyak, suara garau jejaka itu melantunkan surah-surah ayat al- quran cukup mengugat jiwa Aulia. Tak pernah lagi dia dengar suara sesedap itu dan setiap patah ayat itu dilantun dengan tenang dan syahdu sehingga menusuk kalbunya.

"Mengelamun apa lagi, aku dah dekat pun masih nak mengelamun?" ucap Raid membuatkan Aulia terhinjut. Dia mengelengkan kepalanya dan menjeling ke arah Raid.

"U ni dah kenapa? Buatnya I sakit jantung macam mana? Mati lepastu jadi hantu, kacau u" jawab Aulia.

"Mati lepastu jadi hantu tu roh tak tenteram. Kau buat apa kat sini? Sorang-sorang ,tak takut hantu?" usik Raid.

"Menyibuk" ucap Aulia sambil memeluk tubuh. Cardigan di tubuhnya di ditarik. Raid bersandar pada pagar balkoni sambil melihat ke arah Aulia. Aulia menikam anak mata coklat Raid dengan senyuman.

"Kenapa senyum?" tanya Raid, Aulia masih lagi dengan senyuman. Raid pula hanya melihatnya, dah kenapa lah si mamat dingin ni handsome sangat malamni?

"Saja, tiba -tiba teringat dekat cerita Nia. Dia cerita ada satu hari tu u nak hantar dia pergi nursery tapi u tertinggal Nia dekat rumah. U tak perasan Nia tak da sampailah orang yang kerja kat situ tegur u tanya mana Nia. U ni janganlah buat macam tu lagi. Nasib Nia duduk dekat rumah, kalau u tertinggal dia kat mana-mana baru menangis tak keluar air mata lah jawabnya" ucap Aulia dengan tawa tapi berbaur amaran pada Raid.

"Aku rushing sangat haritu, memang tak ingat apa-apa pun. Nia pulak tak cakap tertinggal barang" ucapnya dengan senyuman kecil. Dia juga terhibur dengan kejadian 2 tahun lalu itu, nasiblah Nia baik-baik sahaja.

"Macam mana u boleh kenal Nia? Mana parents dia yang sebenarnya?" tanya Aulia penasaran.

"Nia tu anak pekerja aku. Mak ayah dia dua-dua kerja dengan aku tapi umur diaorang tak panjang. Mak Nia tak ada lepas lahirkan Nia dan ayah dia pulak kena angin ahmar. Dua-dua meninggal pada hari yang sama, Mak dengan ayah Nia tak ada keluarga dua-dua anak yatim so tak ada yang boleh jaga Nia. Arwah ayah Nia merayu dekat aku suruh jaga Nia. Lebih kurang macam tu lah ceritanya" ucap Raid tenang.

"Power ah, u busy handle business lepastu jaga Nia lagi, patut lah Nia sayang sangat dekat daddy dia" ucap Aulia.

"Tapi sekarang, kasih sayang tu macam dah terbahagi, nak tidur je suruh call kau. Sikit sikit mommy sikit sikit nak mommy, gaduh dengan Aariz nak mengadu kat mommy" balas Raid. Aulia tertawa dengan senyuman.

"I nak jadi mommy Nia tau. Nanti kalau u dah kahwin dengan siapa-siapa ,jangan suruh Nia panggil mommy tau. Panggil lah benda lain , I nak Nia panggil I sorang je mommy" ucap Aulia, eh tiber cakap nak jadi mommy Nia! Ekhem!

"Menyibuk" ejek Raid. Hidung mancung Aulia terus dicuit, membulat mata Aulia. Dia terus menarik hidung Raid. Raid memandangnya tajam, Aulia tertawa apabila Raid turut menarik hidungnya.

"Lepas"

"Kau lah lepas dulu"

"Aid! Lepas lah!"

"Kita lepas sama-sama"

"3"

"2"

"1"

"Hahahahhahahahaha"

Tawa Aulia dan Raid bergabung apabila mereka berdua tak melepaskan hidung masing-masing. Tangan Raid terus beralih pada rambut Aulia. Diusap lembut rambut panjang gadis itu. Aulia terkebil-kebil, dadanya seumpama nak pecah. Sentuhan Raid ni cukup istimewa dan pelik.

"Ekhem, maaf. Lia, Sir Raid, Mia panggil ajak plan aktiviti untuk esok" ucap Yasmin sambil menunduk.

"Okay" ucap Aulia lalu dia terus melepaskan hidung Raid dan berlalu pergi. Langkah Raid berhenti apabila Yasmin menghalangnya. Kening Raid terangkat sebelah dan dia hanya memandang Yasmin.

"Sir Raid—kalau saya nak tanya sikit boleh?" tanyanya.

"Hmm" jawabnya ringkas. Sejenis tak ramah dengan orang perempuan macam ni lah jadinya. Eip! Lepastu Aulia tu? Terlebih ramah Raid oi!

" Saya nak ucapkan terima kasih je sebab Sir Raid dah terima saya kat sini. Dah lama tak pergi bercuti , best juga kan kalau ambik udara segar secara natural macam ni" ucap Yasmin berceloteh.

"Boleh lah" ucap Raid.

"Sir Raid—-saya ekhem. Saya kan muda lagi dari Sir Raid so kalau saya panggil Abang boleh?" tanya Yasmin dengan senyuman segan. Raid mengaru lehernya.

"Well, i'm not your boss at the same time i'm not your older brother or what. Terserah lah" ucap Raid tenang.

"Teri—-"

"B! Buat apa kat luar ni, nyamuk lah. Jom masuk dalam" Aulia memotong Yasmin dengan selamba. Raid pula dah terkebil- kebil . A,B? B apa ? Babun? Bangang? Bab—. Esh sejak bila ber'B' ni?

"Pandang apa? Jom lah B, nyamuk. Yasmin, u tak nak masuk ke? U jugak yang ajak kitaorang masuk tadi" ucap Aulia lalu dia terus menarik lengan Raid dengan selamba. Raid tersenyum senget, Aulia ni memang something lah!

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now